og
57 stories
Cinta Dari Dulu (OG) by vyrisa
vyrisa
  • WpView
    Reads 114,630
  • WpVote
    Votes 2,252
  • WpPart
    Parts 27
Kisah Thaqif & Iris -Muhammad Thaqif- Pernah mencintai si gadis dengan sepenuh hati sebelum hatinya mati dihancurkan oleh gadis yang sama. Hati yang mati menyebabkan dia berdendam tidak akan melepaskan si gadis andai mereka bertemu sekali lagi pada masa akan datang. -Iris Aliyah- Pernah menghancurkan hati seorang lelaki yang ikhlas mencintainya tanpa si lelaki itu mengetahui kebenaran di sebalik apa yang telah berlaku. Ingin memohon maaf namun sayang, si lelaki sudah terlalu lama menyimpan dendam buat dia. Tiada jalan keluar buat dia selain menerima sahaja hukuman daripada si lelaki untuk membayar semua perbuatan lama yang telah dilakukannya. - "Kenapa? kenapa awak buat saya macam ni? kenapa awak tak pernah nak dengar apa yang saya nak cakap? Kenapa awak berubah sampai macam ni sekali Thaqif?" teresak-esak Iris menangis sambil memandang wajah Thaqif yang tidak langsung mempamerkan sebarang riak. "Sebab semua yang keluar dari mulut kau tu sampah. Kalau dulu kau nak jelaskan, mungkin aku boleh dengar lagi. Kau layak dapat semua ni sebab perangai buruk kau dulu." balas Thaqif kemudiannya dia menghembuskan asap rokok ke wajah cantik Iris menyebabkan gadis itu terbatuk-batuk. Iris bukanlah gadis yang lemah yang hanya menerima apa sahaja yang diberikan kepadanya. Bermacam-macam cara dilakukannya untuk terus cuba melawan dan bertahan namun akhirnya dia jatuh tersungkur juga hanya disebabkan satu perkara itu. Perkara yang membuatnya tidak dapat menemukan jalan penyelesaian yang lain. - Mula: 8/5/2022 Tamat:
BOOK 7: ALEXANDER'S WIFE [COMING SOON] by IamOpi_
IamOpi_
  • WpView
    Reads 909
  • WpVote
    Votes 71
  • WpPart
    Parts 4
⚠️DILARANG MENCURI IDEA ATAUPUN PLAGIAT KARYA SAYA. JIKA TIDAK, SAYA AKAN MEMAKLUMKAN HAL TERSEBUT KEPADA PIHAK WATTPAD !⚠️ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @aykaaa_ Bak kata peribahasa, kerana mulut badan binasa. Peribahasa yang sesuai untuk Hanum Syahranie. Kerana sikap ingin tahu dan mulutnya, dia telah mengheret kehidupannya ke dalam dunia gelap milik seorang lelaki kejam bernama Alexander Richard. Hanum dikurung dan dijadikan tawanan di Alex's Place kepunyaan Alexander. Ingin meminta pertolongan keluarga? Malah, keluarga sendiri tidak mencarinya setelah hilang beberapa minggu. "Lepaskan saya!" - HANUM SYAHRANIE "Kau akan mati tapi secara perlahan-lahan. Rumah ini akan jadi kubur kau." - ALEXANDER RICHARD. Di saat hidup Hanum terumbang-ambing keseorangan, muncullah seorang insan datang menyelamatkan hidupnya iaitu Puan Melrose, ibu kepada Alexander. "Alex sedar tak apa yang Alex dah buat? Kurung anak dara orang macam ni. Sudahlah dia masih lagi ada keluarga! Mama nak kamu pulangkan dia semula ke keluarganya..." - PUAN MELROSE. Disebabkan tidak mahu kehilangan gadis tersebut, Alexander segera menikahi Hanum agar sentiasa disisinya. kehadiran Hanum sudah mengubah hidupnya. Di saat mereka ingin bahagia bersama, ketika itulah kepercayaan Hanum terhadap Alexander goyah. "Tergamak keluarga kau buat aku macam ni? Apa salah Zaidi Fikry?" - HANUM SYAHRANIE. "Siapa dia pada kau sampai kau bertindak macam ni?" - ALEXANDER RICHARD. Walaupun bukan salahnya, Alexander tetap rasa bersalah atas kematian Zaidi Fikry. Dia mula menagih kemaafan dan kepercayaan dari Hanum semula. Dapatkah Alexander menawan kembali hati batu Hanum? Dapatkah Hanum kembali ke pangkuan keluarganya? Siapa sebenarnya Zaidi Fikry?
𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀  by asunnaraa
asunnaraa
  • WpView
    Reads 2,700
  • WpVote
    Votes 355
  • WpPart
    Parts 4
𝘙𝘈𝘏𝘚𝘐𝘈 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘈𝘕𝘛𝘈𝘙𝘈 𝘒𝘐𝘛𝘈 -𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 𝐍𝐞𝐥 𝐈𝐳𝐦𝐞𝐞𝐥 𝐊𝐚𝐢𝐬𝐞𝐫 Bukan CEO. Bukan juga ketua chef. Jauh sekali pemilik kedai makan. Dia hanyalah lelaki diberi gelaran Nik yang diamanahkan untuk melindungi seseorang puteri yang begitu sukar untuk dijaga. Lelaki yang berdarah campuran Siam itu sesungguhnya mampu mendepani pelbagai asakan musuh namun taktala berhadapan dengan seorang 'ratu', dia lelah. " 𝘍𝘰𝘳 𝘰𝘯𝘤𝘦, 𝘰𝘣𝘦𝘺 𝘮𝘦. คุณปลอดภัยกับฉัน..."(you're safe with me) 𝐍𝐢𝐚 𝐇𝐞𝐥𝐞𝐧𝐚 Nia membawa maksud ratu. Dia dilahirkan atas pinggan emas, beradu di atas katil disaluti dengan sutera mahal dan setiap permintaannya tidak pernah ditolak. Setiap kata-katanya mesti dibalas dengan 'ya'. Bertemu dengan Nik, hidupnya tunggang-terbalik! Semuanya serba tidak kena! Dia ibarat dirantai dengan besi! " 𝘍𝘰𝘳 𝘰𝘯𝘤𝘦, 𝘭𝘦𝘵 𝘮𝘦 𝘨𝘰! " Namun rahsia apa yang merantai mereka berdua sejak pertama kali bertentang mata? Adakah rahsia itu bakal membongkarkan segala persoalan yang tercipta? Atau rahsia itu hanya kekal rahsia antara mereka? " 𝘓𝘦𝘵 𝘮𝘦 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘺𝘰𝘶 𝘶𝘯𝘵𝘪𝘭 𝘺𝘰𝘶 𝘳𝘦𝘢𝘭𝘪𝘻𝘦 𝘸𝘩𝘰 𝘢𝘮 𝘐, ที่รัก..." (sayang)
BLD: HAIDAR [ON HOLD] ⚠️ by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 39,824
  • WpVote
    Votes 3,874
  • WpPart
    Parts 10
"I'M THE VILLAIN IN MY OWN LOVE STORY."-NH NAHAR HAIDAR, boleh dikatakan lelaki hero jelmaan novel tetapi bukanlah dambaan para gadis. Kerana sikapnya yang panas baran, dingin beku, suka bergaduh dan 'introvert' membuatkan dia digelar The Badboy di sekolah. "Kau nampak tak senior tu? Aku nak kau tegur dia sampai dia berminat untuk bercakap and mungkin berkawan dengan kau. Kalau kau berjaya, aku dengan kawan-kawan aku janji takkan buli kau lagi." DARA ALUNA, hidupnya biasa-biasa saja. Tidak kaya, tidak pula susah. Dia hidup bersederhana dengan ibunya. Ayah dia pula meninggal kerana serangan jantung pada beberapa tahun yang lepas. Kerana satu kejadian yang memilukan, dia terpaksa terjebak dalam kehidupan lelaki itu. Lelaki yang digelar sebagai The Badboy. "Kau dah buat aku tertarik kepada kau, and now kau nak ignore aku macam itu aje? Sekali kau masuk dalam dunia aku, jangan harap aku akan lepaskan kau." -NAHAR HAIDAR Kerana satu pertaruhan untuk menyelamatkan diri, DARA ALUNA terpaksa terjebak dalam dunia Haidar yang penuh misteri. Saat dia berlari, Haidar akan datang mengejar dari semua arah. Sehinggalah ada satu rahsia terbongkar membuatkan Haidar cuba menjauh untuk seketika. Selepas lima tahun mendiamkan diri, Haidar pulang semula untuk mengejar Dara kembali. Tetapi harapannya seolah-olah punah apabila Dara yang dia kejar dulu, sudah menjadi tunangan orang. Tunangan adik dia sendiri. "Dara dah jadi tunang aku, Haidar. Jangan ganggu Dara." -ENGKU RADEN MIKAEL. Haidar bukanlah hero dambaan gadis. Kerana Haidar, he is a villain. disguised as a protagonist. The real villain. "Aku akan dapatkan Dara walaupun aku terpaksa menentang keluarga aku sendiri. Mark my words!" -NAHAR HAIDAR Persoalannya, berjayakah Haidar merebut Dara semula atau dia akan berputih mata melihat Dara bahagia bersama adiknya sendiri? ⚠️Do not copy any part of this story 🕊Cover by AizackMesle
MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATI by naufxlmika
naufxlmika
  • WpView
    Reads 37,401
  • WpVote
    Votes 1,619
  • WpPart
    Parts 37
[sequel MRS RAYYAN. Untuk lebih memahami jalan cerita, dialu alukan untuk membaca MRS RAYYAN terlebih dahulu.] MRS RAYYAN 2: PERMATA HATI 🌹 ° Untuk permata hatiku, nyawa pun akan aku taruhkan. ° KEHIDUPAN dua pasangan itu lebih bersinar dengan kehadiran anak kecilnya. Pada mulanya semua nampak indah belaka. Kasih sayang Rayyan pada anak dan isterinya juga tidak berbelah bagi. Zaira sangat bahagia tetapi masih bahagia lagi kah bila nyawa pula menjadi taruhan. "Hari itu ada orang kasi Zaira bunga sejambak dengan coklat. Zaira ingat itu abang yang beri. Bukan hari ini aja, tapi dah tiga hari berturut-turut. " Satu per satu kejadian ngeri dan berbahaya berlaku dalam hidup suami isteri itu. Rayyan mula tanam nekad untuk melindungi permata permata hatinya. Walaupun terpaksa berbayar dengan nyawanya sendiri. "Zaira dan Zara cinta hati abang. Abang akan lindungi permata permata hati abang walaupun abang terpaksa bayar dengan nyawa abang sendiri. " Rahsia yang disimpan rapi pun mula terbongkar dan mengancam nyawa Zaira. Seakan ada seseorang yang memerhatikan dirinya dan bersedia untuk menghancurkan rumah tangga suami isteri itu. "Abang, janji dengan Zaira. Walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan Zaira. Zaira sentiasa sayangkan abang." "Zaira kan permata hati abang, abang akan benci diri abang sendiri kalau abang tinggalkan Zaira dan biarkan Zaira dalam bahaya seorang diri. "
Lillyn Malaiqa by K4KN2S
K4KN2S
  • WpView
    Reads 83,615
  • WpVote
    Votes 5,734
  • WpPart
    Parts 39
Kesetiaan insan yang bergelar suami menunggu isterinya selama 5 tahun lamanya . Menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi selama 5 tahun itu . Membesarkan anak tanpa suri di sisi bukanlah perkara mudah untuk sang suami . Namun , dia melakukan segalanya sebagai menghukum diri sendiri atas apa yang terjadi pada sang isteri . Dirinya digelar duda anak satu , yang kematian isteri . Dia membiarkan desas desus itu berlalu tanpa menerangkan perkara sebenar pada khalayak umum demi merahsiakan perkara sebenar . Ada satu sebab yang membuatnya dia merahsiakan segalanya . Apakah kebenaran disebalik rahsia yang disimpan oleh suami selama 5 tahun itu ? Di manakah isteri nya ? Start : 03 . 03 . 2019 Ending :
His Secret Side ( Published )  by Mecxira
Mecxira
  • WpView
    Reads 31,241
  • WpVote
    Votes 517
  • WpPart
    Parts 9
NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN Kaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidak perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatukan dia dengan lelaki itu. Lelaki manja yang kebudak-budakan. No way! "Dah tahu Yana tak suka Aryan dari dulu, kan? Aryan ni tak faham ke? Hati dan perasaan tak boleh dipaksa." -Ariyana Tynessa It seems like I'm waiting for something that isn't going to happen. Right?-Tengku Nufail Aryan Aryan bijak berselindung, melindungi dirinya yang penuh dengan noda dan dosa. Silap langkah, nyawa menjadi taruhan. Bahkan, andai Ariyana menyerunya untuk membunuh, akan dia lakukan tanpa berfikir panjang. "Aryan terlalu sayangkan Yana. Aryan akan buat apa saja yang Yana nak. Biarpun itu akan merubah diri Aryan menjadi orang lain."-Tengku Nufail Aryan "Andai ini balasan yang perlu aku terima atas sebab dosa-dosaku yang dahulu padanya. Aku reda..." Takdir antara mereka tiada yang salah. Hanya saja, masa silamnya mengajarnya untuk menjadi kejam. Masalah semakin bertambah apabila ada orang ketiga yang merancang untuk menghancurkan segalanya. Mampukah semuanya dihapuskan demi kesumat? Pantaskah mereka bersama jika kenyataaanya tidak seiring dengan harapan? Bagaimana dengan Ariyana, selepas mengetahui Aryan adalah seseorang yang bermandikan darah? Di sebalik namanya, ada rahsia yang tersirat. Di sebalik jiwanya, ada cinta suci yang terikat. Tetapi untuk kali ini, biarlah dia membuktikan bahawa tidak semua kemahuan dapat digenggam. Tidak semua yang dia sayang layak disimpan. Tidak semua hidup yang baik itu hidupnya tenteram. "It's nothing complicated, I just want to kill him." Published : 27 October 2023
Mikhael by Kay_Lee88
Kay_Lee88
  • WpView
    Reads 1,223
  • WpVote
    Votes 12
  • WpPart
    Parts 1
Mikhael baru berusia 34 tahun, namun dia telah mendapatkan pelbagai kejayaan dalam hidup. Orang akan lihat hidup dia sempurna. Rupa paras kacak, hidup senang, punya isteri yang jugak merangkap kekasih hati sejak zaman sekolah yang menawan, dan seorang anak perempuan yang comel. Namun, tak ada seorang pun yang tahu masalah sebenar yang sedikit demi sedikit memakan diri dia dari dalam. Segalanya berubah saat dia berjumpa dengan Lily.
Vice Versa : Vengeance by TheNichaa
TheNichaa
  • WpView
    Reads 468,780
  • WpVote
    Votes 27,429
  • WpPart
    Parts 52
Sometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yang memerangkap dirinya. Empat tahun di Henry Gurney dan keluarga memulaukan, menambahkan lagi bara pada dendamnya. Bila terpandangkan Arsha Mikayla, pasti terlintas di dalam minda bahawa gadis itu bagaikan malaikat. Kedatangan Arsha sebagai peguam peribadi Qays sedikit sebanyak membantu Qays dalam urusan pembalasan dendamnya. "Trust me, I will always protect you" - Qays Ardani Siapa sangka Qays yang dikatakan durjana itu mempunyai sikap yang protective. Kelakuan Qays selalu membuatkan perasaan Arsha keliru. Terasa Deja-vu. "Saya nak isi kekosongan dia" - Arsha Mikayla "Jangan menyesal, Arsha. Once you belong to me, you will never see your back again. Never" - Qays Ardani Dua manusia berbeza. Seorang dipandang baik, seorang lagi dipandang jahat. Seperti syaitan dan bidadari syurga. Highest Ranking #1 in Malay #1 in Thriller #1 in Mystery ✔ Inappropriate words (f**k, sh*t, etc.) ✔ PG15 (violence, inappropriate action,dirty words, etc.) TheNeeshaAdlina™