𓆩♡𓆪
15 stories
PUTERA YANG TERSINGKIR [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 8,041
  • WpVote
    Votes 778
  • WpPart
    Parts 23
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 8th BOOK "Kenapa Ayyan dilahirkan cacat, ibu? Allah tak sayangkan Ayyan ke?" Soalan itulah yang bermain dibibir Ayyan setiap kali Zafirah, ibu susuannya, memasuki bilik suram itu. Tengku Muhammad Ayyan Uwais. Gelarannya sebagai putera mahkota dilucutkan serta-merta sejak lahir kerana kecacatan yang dialami. Malahan, kehadirannya dalam keluarga diraja itu tidak diterima dan dia disisihkan oleh mereka. Dia turut dikurung di dalam bilik yang terpencil jauh di hujung istana. Ayyan tidak pernah melihat wajah adik-adiknya yang lain. Bahkan ayahanda dan bondanya turut jijik melihat wajahnya. Mujurlah ada dayang istana yang mahu menjadi ibu susuan Ayyan sekali gus menceriakan anak malang itu setiap hari. "Tahan sikit ya, sayang. Kejap lagi ibu minta ayah bawakan ubat." "D-Dalam mimpi itu, A-Ayyan dapat b-berjalan, lari-lari! Ayyan tak s-sakit..." "Semoga kita bertemu di syurga." Terimalah, PUTERA YANG TERSINGKIR. START: 12 JULAI 2024 END: 22 SEPTEMBER 2024
Through Our Metaphysics ✔ by writtenbynoa
writtenbynoa
  • WpView
    Reads 635
  • WpVote
    Votes 132
  • WpPart
    Parts 85
Through Our Metaphysics Setiap kejujuran ada harga. Setiap penipuan ada manisnya. Dan setiap takdir... menyimpan metafizik yang tak terjangka. Enam jiwa. Enam jalan cerita. Semuanya berliku dalam semesta yang dipenuhi rahsia, kenangan, dan pilihan yang memedihkan. Through Metaphysics for a Second Chance Shauqi dan Fatin bertemu dalam sebuah majlis universiti - satu pertemuan yang kelihatan biasa, namun mencetuskan rasa yang luar biasa. Cinta mereka bermula indah, tetapi Shauqi perlahan-lahan menghilang, berubah menjadi seseorang yang Fatin tidak lagi kenali. Through Metaphysics for a Forgiveness Damia dan Airil - dua jiwa yang tersua dalam sebuah permintaan. Airil mahu belajar taekwondo demi melawan pembulinya. Damia menghulur tangan, dan hubungan pun tercipta. Namun keakraban itu hanya seketika, sebelum Airil memilih untuk menjauh, tanpa sebarang penjelasan. Through Metaphysics to Understand You Nadhirah dan Zahran - pasangan yang tampak sempurna di mata semua. Tapi di balik senyuman mereka, wujud sebuah perjanjian yang mengikat - bukan kerana cinta, tetapi kerana kepentingan. Namun, apabila salah seorang diserang samseng, semuanya terlerai, memaksa mereka memilih antara hati dan kejujuran. Setiap bab menyelongkar metafizik kehidupan - tentang siapa kita, apa yang kita pilih, dan mengapa kita berdusta. Dalam dunia di mana realiti bersilang dengan ilusi, Through Our Metaphysics mengajak kita merenung: Mampukah kita mencipta akhir yang jujur untuk kisah yang dibina atas pembohongan? Note (s) : Diharamkan dari mencuri idea saya, terima kasih. Mula : Disember 15, 2021 Tamat : September 6, 2022
Parallel ✔ by writtenbynoa
writtenbynoa
  • WpView
    Reads 1,803
  • WpVote
    Votes 607
  • WpPart
    Parts 68
Parallel mengisahkan tentang Ammar, seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan tidak ambil peduli akan hal sekeliling. Sikap pentingkan diri membuatkan hidupnya sering huru-hara. Namun segalanya berubah apabila dia menemui sekeping gambar seorang gadis yang pernah hadir dalam hidupnya - gadis yang cintanya pernah ditolak ketika zaman persekolahan, sebelum gadis itu menghilang tanpa jejak. Terkesan dengan kenangan lalu, Ammar bertekad untuk menjejaki gadis itu, hanya untuk diberitahu bahawa dia telah lama meninggal dunia. Berita itu mengejutkan Ammar, lalu membenihkan rasa kehilangan yang amat dalam - bersama penyesalan yang tidak berpenghujung. Namun takdir mengatur sesuatu yang luar biasa. Dalam perjalanan pulang dari majlis pertemuan semula sekolah, Ammar terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia 'terlempar' ke masa sebelas tahun yang lalu - waktu di mana gadis itu masih hidup. Ammar yakin, peluang kedua ini adalah kesempatan untuk membahagiakan gadis itu dan menebus kesilapan silam. Namun, semakin dia mencuba, semakin banyak halangan yang muncul. Sejarah mula berubah secara perlahan-lahan. Ammar mula bimbang - jika dia gagal menghalang perubahan takdir, dia bukan sahaja akan kehilangan gadis itu buat kali kedua, malah akan terperangkap selamanya dalam dimensi masa ini, terpisah daripada jasadnya di dunia nyata. Note (s) : Ini novel pertama. Maaflah kalau cerita ni ada ayat berbelit dan susah untuk difahami. Saya dah cuba sehabis baik. Terima kasih. Diharamkan dari mencuri idea saya, terima kasih. Mula : July 1, 2021 Tamat : September 17, 2021
Cerpen: Mencari Mus'ab by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 9,052
  • WpVote
    Votes 765
  • WpPart
    Parts 8
[Completed] "Kau pilih cerita Korea ke Mus'ab bin Umair?" Tanya Farah. Aku menongkat dagu di atas meja sambil memandangnya. "Biarlah munasabah sikit. Kucing atau anjing ke... Banglo atau teres ke... Obama atau Clinton ke..."
Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?) by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 14,327
  • WpVote
    Votes 144
  • WpPart
    Parts 9
[TERBIT VERSI BUKU - KITA CUMA KAWAN, KAN? by IMAN PUBLICATION] Adam Adwa seorang bintang terkenal. Nisrina Yulia pula hanyalah ... Yulia. Dunia mereka memang tak pernah bersilang, sehinggalah Adam tercicirkan telefonnya di dalam kereta Yulia. "Lagu ni menjerit-jerit, encik. Sampai strain suara dia," kata Yulia. Tak sedar dia sedang mengkritik lagu Adam di depan penyanyinya sendiri. "Kalau awak ada pengetahuan tentang muzik, barulah awak boleh bagi pandangan sesuka hati," marah Adam. Setelah kelibat Adam hilang, Yulia menongkat tangan dengan gaya dramatik. Lemah segala sendi lutut. "Weh ... menakutkannya!" Matanya terbeliak. Sejak Yulia bertukar kerja baru, mereka kerap bertemu di studio Adam. Belum apa-apa, dah ada drama lain. "Yulia, tak semua hal boleh diselesaikan dengan berkahwin." - Fahmi "Kamu benar suka dia?" - Reza Adam yang penyendiri dan Yulia yang sunshine, bagaimana akhirnya tiba-tiba salah seorang jatuh cinta?
Hidup Dalam Mati [Completed] by N_mirae
N_mirae
  • WpView
    Reads 3,077
  • WpVote
    Votes 458
  • WpPart
    Parts 32
Kalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu pendam walhal kau boleh lepaskan segalanya yang sakit dengan air mata? Sedangkan aku di sini masih menanti empangan air mata untuk pecah, tetapi ia terlalu kukuh, tetapi air nya semakin sedikit. Kalau kau boleh marah untuk perkara yang melibatkan maruah, keluarga atau kawan baik kau, kenapa kau perlu berdiam diri? Bukan maksud aku menyuruh kau buat masalah, tapi sesekali aku rasa kau perlu pertahankan diri dsn mereka. Sedangkan aku di sini... seperti patung, yang membiarkan saja mereka memperlakukan apa sahaja kepada aku. Kau ada perasan, dan kau boleh rasa segala emosi, tapi kenapa kau mahu berpura menyorokkannya? Sedangkan aku di sini... masih tergapai mencari semua itu. "Hati kau tak mati." -Afi Haiman. "Jadi... aku minta kau terus jadi kawan aku ya?" - Ahmad Ilham. "Tak apa... abang ada..."- Bahzi. "Aku-tak, abang... tak pernah abaikan adik."- Bahri. Satu persatu berlaku, setiap satunya membuatkan aku semakin lemah. Hidup... untuk apa? Aku tak tahu kenapa aku masih hidup, tapi aku juga tak mahu mati. Ini kisah aku. Kisah hidup aku, yang tak indah, dan tak juga perit. Mungkin bagi kau yang membaca takkan percaya, tapi... ini benar kisah aku, Nur Basyirah. °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° *note: Okay hi😂 This gonna be quite short and might hurt you. Please prepare your heart. Ini hanya rekaan semata, saya minta anda membaca dengan fikiran yang terbuka, hati yang tenang dan dengan hati anda, supaya anda lebih menghayati dan memahaminya. Terima kasih kerana membaca! Maaf andai membosankan ahahaha
C | Syurga Buatmu, Ibu by MsHadyna
MsHadyna
  • WpView
    Reads 392,012
  • WpVote
    Votes 27,227
  • WpPart
    Parts 63
[COMPLETED] TW: Broken family/issue. Read at your own risk. Realiti kehidupan, menyedarkan kita tentang wujudnya golongan seperti ini. Diuji. Ujian demi ujian datang menimpa hidupnya. Diberi pilihan sama ada kebahagiaan atau penderitaan. Lantas apakah pilihan Durrah Mawardah? "Aku buat baik tapi ini balasan aku dapat daripada korang" "Sayang penat.." [NEW VERSION COMING SOON] START: 12 MAY 2022 END : 2 MARCH 2023
Ramadhan Tiba (✔) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 158,865
  • WpVote
    Votes 7,460
  • WpPart
    Parts 26
Kisah Piah dan Abang Li bermula di bulan Ramadhan dan masih lagi berjalan sehingga ke hari ini.... Excerpt : "Abang Li baru je balik dari oversea. Jumpa Piah semula tak sampai sebulan pun lagi. Tup tup, keluar pantun empat kerat. Abang Li buang tabiat ke apa?" terus Piah menyembur. Tiada lagi tapisan kata. Pada Piah, Abang Li ini jenisnya terlampau berterus terang. Dan padanannya, Piah juga perlu bercakap tanpa belok-belok. Biar lurus saja semuanya. "It only takes a second to fall in love..." Tiba-tiba Abang Li bermadah Inggeris. Mulut Piah bergerak mengunyah angin. Cup cap cup cap bunyinya. Itu tanda Piah mula mahu diserang angin sawan. Piah cakap A, Abang Li pusing ke arah B. Ini lah masalahnya bila lulusan dalam negara berbual dengan lulusan luar negara! "Falsafah Abang Li tu, boleh ambil pergi buat kuih raya. Piah ni orang kampung. Tak faham semua ayat English tu." Abang Li ketawa. Makin membuat Piah berbulu. Orang tengah serius, dia boleh pula ketawa? Memang sah Si Ramadhan bin Azri ni...ada wayar putus!
SAYAP LUKA [TERBIT] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 10,243
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 10
﷽ - SYUHADAH 1st BOOK TAJUK ASAL: DIARI HATI ALIF TAJUK BARU: SAYAP LUKA ISBN: ISBN 978-967-0078-87-8 HARGA SM: RM25 HARGA SS: RM28 TERBITAN: MUST READ SDN BHD "Arif tak nak. Arif tak nak abang sakit sebab Arif. Tak payah ibu, ayah. Jangan benarkan pembedahan itu." - Arif "Dia kata dia nak tengok kita semua bahagia... tapi dia sendiri yang menderita seorang diri." - Aqil Alif selalu jadi yang kedua-dalam keluarga, dalam cinta, dalam hidupnya sendiri. Sejak kecil, perhatian ibu ayahnya lebih tertumpu kepada adik kesayangan, Arif, yang sakit tenat. Alif sanggup korbankan impiannya demi menjaga adik, tapi semuanya musnah bila Arif pergi dahulu. Hidup diteruskan, tapi ujian tak pernah berhenti. Cinta hatinya, Naura, dikahwinkan dengan Rizal pembuli zaman sekolah yang masih berdendam. Bila dituduh mencuri, Alif dihalau oleh keluarganya sendiri. Terpaksa membawa diri ke Kuala Lumpur, Alif temui harapan baharu di sebuah rumah anak yatim. Tapi tubuhnya pula mula sakit-dan diagnosisnya bukan berita baik. Saat dia cuba bangkit semula, hadir pula adik kembarnya, Aqil, yang membuatkan dia terasa semakin terpinggir. Alif hanya mahu disayangi. Tapi bila dunia terus menolak, adakah cinta dan keluarga itu masih berbaloi untuk diperjuangkan? Sayap Luka ialah kisah tentang kasih yang dipinggirkan, tentang luka yang tidak berdarah dan tentang seorang lelaki yang cuba mencari makna wujudnya dia sebelum dia benar-benar hilang dari dunia yang tidak pernah memilihnya. Boleh beli di TikTok Must Read SDN. BHD. ✨
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz by nu_haina
nu_haina
  • WpView
    Reads 1,356,099
  • WpVote
    Votes 49,359
  • WpPart
    Parts 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-