| treasured |
125 stories
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,554,337
  • WpVote
    Votes 82,313
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
[ C ] BLOODY DANCER by elvnaa
elvnaa
  • WpView
    Reads 600,865
  • WpVote
    Votes 25,357
  • WpPart
    Parts 77
BLOODY DANCER membuka tirai. KHAIR QAYYUM Seorang jejaka berusia 31 tahun. Hidupnya sentiasa dikelilingi dengan bahaya hanya untuk melindungi orang lain sehingga hampir mengorbankan nyawa ahli keluarganya sendiri. Berkhidmat sebagai bodyguard di bawah BG EliteGuard Protection. "Saya nak berhenti, tuan. Keluarga saya lebih memerlukan saya." - KHAIR QAYYUM Ketika dia di penghujung mahu hentikan semuanya. Dia diberikan tugasan yang terakhir. Tugasan di mana dia harus melindungi seorang penari para VIP. Dia mahu menolak sekeras-kerasnya kerana dia menganggap melindungi seorang penari adalah satu pencemaran terhadap status kerjayanya. "i'll protect you with all my strength, i give you all i have, all that belong to me" - KHAIR QAYYUM AULIYA ZULAIKHA seorang gadis penari. Namanya sering disebut-sebut oleh orang-orang kaya. Dipanggil dengan gelaran murahan sudah membuatnya lali. Tubuhnya dijamah dengan pandangan bernafsu sudah membuatnya mati hati. Seorang gadis yang tidak dapat disangkal, menyimpan 1001 rahsia disebalik wajah mendungnya. Perempuan misteri yang perlahan-lahan menangkap tarikan seorang jejaka bernama Khair Qayyum. "Mama... kenapa Mama masih busuk walaupun Auliya dah mandikan Mama?" - AULIYA ZULAIKHA "Mama... kenapa ulat ni masih ada dalam mulut Mama walaupun Auliya dah buang?" AULIYA ZULAIKHA Hari demi hari, ancaman datang tanpa diundang. Merapatkan mereka sehingga timbul satu perasaan yang disebut cinta. Namun semuanya tak seindah apa yang mereka harapkan. Hadirnya cinta yang harus dikorbankan kerana kepentingan diri. "Saya seorang yang jijik. Darah saya kotor. Awak tak akan mampu hadap siapa saya." AULIYA ZULAIKHA "Jadi beritahu aku. Beritahu aku setiap titik darah kotor yang mengalir dalam tubuh badan kau tu dan aku akan sucikannya. Kau akan jadi wanita paling mulia di mata aku." KHAIR QAYYUM Rahsia besar yang dia tak pernah duga. Betapa kejamnya wahai manusia. "She's sweet poison that I gladly taste." KHAIR QAYYUM
C| Raden's Queen by umyhaise
umyhaise
  • WpView
    Reads 2,220,539
  • WpVote
    Votes 65,872
  • WpPart
    Parts 52
[ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 2] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐝𝐞𝐧 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 <> 𝐄𝐫𝐲𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚☽︎ Eryna Amanda, seorang gadis yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Namun, nasibya menjadi baik dengan adanya sebuah keluarga yang sudi mengambilnya sebagai 'anak angkat' sejak lahir. Dapat jua dia merasa mempunyai ibu bapa serta seorang kakak yang penyayang. Kewujudan Raden Ilham sebagai tunang kakaknya, Erina Khaisarah membuatkan dia gembira. Gembira kerana lelaki itu berjaya membahagiakan kakaknya. Lelaki itu juga sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri walaupun lelaki itu agak menakutkan baginya. Hari demi hari, kegembiraan dan kebahagiaan yang ada terasa bagai ditarik. Apatah lagi dengan kehadiran lelaki bernama Kasyah yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki itu mula mengganggu hidupnya. Gangguan yang pada mulanya sedikit, semakin lama semakin menjadi-jadi bila Eryna Amanda kehilangan kedua ibu bapanya. Siapa sangka lelaki yang dianggap abang sendiri itu terpaksa diterima olehnya sebagai seorang suami? Hanya kerana satu sebab. Sebab yang memberi kesan terhadap diri Amanda hingga mati. Nasibnya sudah berubah sekarang, dia sudah tidak punya apa-apa. Yang ada hanyalah suami yang masih mengharapkan kakaknya. "Diam, Amanda. Kau dan aku. Kita ni sama je, entah dari mana, tiba-tiba muncul dalam hidup orang," -Kasyah "Jangan buat macam ni. Manda cuma ada kakak seorang je sekarang," -Eryna Amanda "Sudah, Amanda. Kau hanya seorang adik bagi aku dan tak lebih dari tu," -Raden Ilham Namun, walau apa pun lelaki itu tetap menjadi pelindung dan tempat dia bergantung. "𝐵𝑒 𝑚𝑦 𝑞𝑢𝑒𝑒𝑛 𝑡𝑖𝑙𝑙 𝑦𝑜𝑢𝑟 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑏𝑟𝑒𝑎𝑡ℎ" started: 31/12/22 ended:01/01/24 ⚠️content warning⚠️ - harsh words - abused content - umyhaise
C| Rayyan's Everything [OLD VER] by umyhaise
umyhaise
  • WpView
    Reads 953,091
  • WpVote
    Votes 32,191
  • WpPart
    Parts 56
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi mendidik adik-adiknya bagi menggantikan tugas ibunya yang sudah meninggal dunia. Kehilangan si ibu membuatkan dia dipersalahkan oleh keluarganya hingga ada yang membenci. Bila sabarnya dicabar, Areena tetap berdiam dan menerima hingga lah suatu hari dia mula mengalah. Disebabkan itu, dia terfikir untuk keluar dari rumah si nenek dan menghantar adik-adik tinggal bersama ayah yang sudah lama tinggal jauh dari mereka. Tika keliru dengan keputusan sendiri, gadis muda yang dulunya bersifat baran itu melepaskan amarahnya sambil menangis di sebuah tempat. Tempat yang dia sudah yakin tiada sesiapa di situ. Kata-kata yang diterima dari seseorang yang tiba-tiba hadir tanpa diundang telah membuatkan gadis muda itu dapat menerima apa yang akan berlaku akan datang. Akhirnya, dia nekad. Berjauhan dengan yang tersayang, memang sakit. Namun, tidak sesakit bila melihat mereka mengetahui masalahnya. "Stay with me forever and I would make you the happiest woman." -Rayyan Iskandar "Awak yakin sangat ke dengan kata-kata awak tu?" -Humaira Areena Dua tahun. Hingga sekarang. Bohonglah jika gadis itu tak mahu tahu tentang gerangan yang telah menjadi temannya ketika dia menangis teruk dulu. "𝐼 ℎ𝑜𝑝𝑒 𝑤𝑒 𝑤𝑖𝑙𝑙 𝑚𝑒𝑒𝑡 𝑎𝑔𝑎𝑖𝑛..." 𝐫𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 #2 romance [140522] #1 life [070922] #1 lovestory [161022] Started: 15/03/22 End:17/09/22
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 1,090,927
  • WpVote
    Votes 34,906
  • WpPart
    Parts 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
UZAIR : KALI KEDUA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,499,488
  • WpVote
    Votes 49,204
  • WpPart
    Parts 82
FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selepas empat tahun,mencari semula dan bertemu semula bekas isterinya itu bila kebenaran mulai dibongkarkan satu persatu. -------------------------------------------- "Aku nak Isteri aku balik." - Ahmad Uzair "Lebih baik kita tak balik semula dan bawa jalan masing-masing." - Nurul Sofea MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start :25 SEPT 2024 End:3 DEC 2024 EDITED: SEP- NOV 2025
SEBELUM KITA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,477,732
  • WpVote
    Votes 62,283
  • WpPart
    Parts 101
SIXTH 🍂 ZILL & NURA 🍂 Kisah mengenai dua perkahwinan yang terkandas di tengah jalan dan daripada kedua kisah tersebut punya insan yang terluka. " I'm sorry..I tak boleh teruskan semua ni dengan you."- Nadia "Kau boleh pergi dan ikut kemahuan hati kau sekarang,aku tak kan tuntut apa-apa." - Zill -------------------------------------------- "Awak cakap awak nak berusaha untuk saya, untuk kita.Tapi kenapa macam ni?"- Nura "Jangan tanya kenapa macam ni,saya tak nak awak terluka.Awak tahu sebab yang jelas."- Adlin TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. START : 17 JANUARY 2025 END : 11 JUN 2025 EDITED : 7-23 MEI 2026
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,143,981
  • WpVote
    Votes 40,180
  • WpPart
    Parts 65
THIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah dan mula mahu mengawal anaknya dengan mahu menjodohkan Ilya dengan anak tirinya Mikhail. Kerana tidak mahu harta tersebut jatuh ke tangan orang lain. Namun Ilya tidak suka dengan abang tirinya itu. Sikap playboy dan banyak skandal langsung tidak menarik minat dirinya untuk berbaik dengan lelaki itu. Pokoknya Mikail itu bukan calon pilihan hatinya. Disebabkan itu buatkan Ilya memilih untuk mencari calon suami dalam masa terdekat. Calon suami express,Calon suami yang diupah untuk larikan diri dari mamanya dan abang tirinya itu. __________________________ "Ini apa yang I boleh tawarkan pada you. Tapi perkahwinan ini ada syaratnya." Ilya "Awak tengah beli maruah saya dengan duit ke sekarang ni?"- Khair "Tak, tapi kalau you rasa macam tu then yes."- Ilya MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. Start: 15 may 2024 End : 24 July 2024
ZARILL : SATU HATI DUA CINTA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,507,892
  • WpVote
    Votes 43,351
  • WpPart
    Parts 80
FOURTH 💫 ZARILL X HARLEEN 💫 Bercinta dengan pujaan hati sekian lama namun dipaksa berkahwin dengan alasan agar dirinya lebih terkawal dan tidak liar. "Mama tak berkenan dengan Zuris,mama tak nak dia jadi menantu mama." -Datuk Zahira "Maa..Rill cintakan Ris.Mama tahu kan?Rill dengan Ris dah bercinta lama." - Zarill Perbalahan berlarutan selama beberapa tahun sehingga Datuk Zahira mendesak dan memaksa anaknya mengikut telunjuknya. Lalu di gertak gunakan harta dan kedudukan lelaki itu dalam syarikat. Zarill yang tersepit akhirnya menurut. Berkahwin dengan wanita yang langsung dia tak cinta cuma saling kenal bila Harleen Alana itu merupakan anak kepada pembantu rumah mamanya. Berkahwin dengan Harleen tetapi masih bercinta dengan Zuris. _________________________ "Aku kahwin dengan kau sebab mama aku,harta dan kedudukan.Tak payah berangan nak jadi isteri sangat,kau berdiri sebelah aku pun tak layak." -Zarill Amri "Saya tak pernah lupa diri...."-Harleen Alana "Kau cuma layak jadi orang gaji dia je." -Zuris Arwa MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. START :25 July 2024 END : 14 September 2024
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 705,471
  • WpVote
    Votes 26,478
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026