💚 MR' ARMY💚
Истории 45
CODE OF VALOR  на hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Прочтений 64,576
  • WpVote
    Голосов 1,409
  • WpPart
    Частей 4
Lima tahun berlalu sejak Adara Darlene meninggalkan kisah lamanya bersama Darien Shah.Kini,Adara kembali bertemu lelaki itu tanpa pernah menyangka bahawa Darien bukan lagi lelaki yang pernah dikenalnya di kolej. "Jiran baru tu..macam serupa Darien!" -ADARA DARLENE "Kita pernah kenal ke?" -DARIEN SHAH Lelaki yang pernah disayangi dan pernah menjadi sebahagian dari hidup Adara,kini sudah menjadi seorang Kapten Tentera Darat.Lebih matang, lebih tenang dan menyimpan terlalu banyak perkara yang Adara tidak tahu. Termasuk satu hakikat bahawa lelaki itu pernah menjadi seorang suami kapada wanita lain. "Kau benci aku atau kau tak mampu untuk beritahu hati kau yang kau rindukan aku?" -DARIEN SHAH Pertemuan semula yang pada awalnya dianggap kebetulan perlahan-lahan membuka kembali kisah yang pernah mereka tinggalkan. "Semua orang benci aku.Semua orang benci kita,Darien!" -ADARA DARLENE "Five years changed everything about me,except the way i still look at you." -DARIEN SHAH Mampukah cinta lama kembali bersemi apabila kedua-duanya sudah berubah?Atau kali ini,mereka hanya dipertemukan untuk saling mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir? CODE OF VALOR
+ еще 5
CASANOVA LOVE (C°) на tihatti
tihatti
  • WpView
    Прочтений 136,175
  • WpVote
    Голосов 12,261
  • WpPart
    Частей 52
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END: 6/9/2026
𝐎𝐆 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 на Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Прочтений 219,593
  • WpVote
    Голосов 8,731
  • WpPart
    Частей 64
[ under RE series #1 ── .✦ ] 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 29 tahun. Seorang anggota tentera dari unit GRUP GERAK KHAS dan memegang jawatan sebagai seorang Leftenan. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
Takdirku Bukan Kita | SU | на _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Прочтений 94,047
  • WpVote
    Голосов 4,134
  • WpPart
    Частей 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
KERANA AKU BUKAN PILIHAN (TERBIT FIZIKAL 2024) на Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Прочтений 1,553,744
  • WpVote
    Голосов 16,475
  • WpPart
    Частей 14
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒍𝒂𝒈𝒊𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝙶𝙴𝙽𝚁𝙴: 𝚂𝙰𝙳 𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴/𝚃𝚁𝙰𝙶𝙴𝙳𝙸/𝙰𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 𝙼𝚄𝙻𝙰: 18 𝙼𝙴𝙸 2023 𝚃𝙰𝙼𝙰𝚃: 6 𝙹𝚄𝙻𝙰𝙸 2023
[C] Her Angel на IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Прочтений 1,008,785
  • WpVote
    Голосов 47,231
  • WpPart
    Частей 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #2 Melayu #2 Cute #3 Revenge #4 Sayang #6 Bromance #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
KAPTEN JANE: BINTANG LANGIT MALAM (Bonus Bab Awal) на karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Прочтений 2,167
  • WpVote
    Голосов 53
  • WpPart
    Частей 8
Seorang langit. Seorang lagi laut. Bila dua dunia ni bertembung, tiba-tiba hati pula yang tak ikut SOP. Kapten Aysannur bukan calang-calang wanita. Juruterbang pejuang, tegas, dominan, dan keras kepala-semua sebab dia belajar untuk jadi kuat sejak kecil. Tapi kuat macam mana pun, bila impiannya ke pasukan elit bentala digagalkan oleh seorang tentera laut, dia hilang sabar. Lelaki itu? "By the way, aku Tazan-my call sign." - Raef "Tarzan? Yang bergayut atas pokok tu?"- Aysannur Itulah Left. Komander Raef Aarfan-lawan jadi tunang, tunang jadi teka-teki. Aysa tak pernah rancang nak jatuh cinta, tapi takdir tak pernah minta izin. Antara operasi rahsia, latihan bersama dan satu insiden cemas di Kepulauan Natuna... Aysa mula melihat sisi Raef yang dia tak sangka ada. Lembut di balik tegas. Setia di balik selamba. "Aysannur, sudikah kau permudahkan urusan kita... dan validkan rasa aku?" - Raef Tapi cinta bukan senang bila masing-masing bertugas demi negara. Bila Aysa dipanggil ke Lubnan dan Raef pula dihantar ke medan, mereka diuji sekali lagi, antara tanggungjawab dan rasa, antara laut dan langit. Ini bukan sekadar cerita cinta tentera. Ini tentang dua insan yang belajar menerima, melepaskan dan memilih untuk tetap kembali... kepada satu sama lain.
HUNT HER (ongoing) на Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Прочтений 50,026
  • WpVote
    Голосов 118
  • WpPart
    Частей 1
Action| Romance| Thriller Kisah tentera khas Tunku Izrafiel X Natrah Harnia "Kau dengar sini perempuan, surat cinta kau tu sampah! Sampai mati aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan macam kau! Kalau ada kau seorang pun dalam dunia ni, aku tak akan pilih kau!" Tunku Izrafiel Sakit dan kecewa perasaan Natrah Harnia saat perasaan kasihnya di balas dengan cacian. Dia sedar gadis miskin sepertinya tak layak mencintai lelaki seperti Tunku Izrafiel. 10 tahun berlalu. Kisah sedih hidup Natrah Harnia tak pernah berakhir apabila dipaksa berkahwin dengan Jutawan demi melaksanakan hutang Paksu yang tak berhati perut. Saban hari dia diseksa oleh suaminya Dr. Khaleed dan madunya, Julia. Tiada hari yang indah dalam hidup Natrah Harnia. Sehinggalah dia dipertemukan dengan Tunku Izrafiel yang ketika itu sedang bertugas menjalankan misi membanteras pengganas. Ketika nyawa Natrah Harnia di hujung tanduk Tunku Izrafiel muncul sebagai penyelamat. "Kau hutang budi dengan aku." Tunku Izrafiel "Saya tak minta awak selamatkan saya dan saya tak ada duit nak bayar hutang awak."- Natrah Harnia Demi membayar hutang budi Tunku Izrafiel memaksa Natrah Harnia menjadi orang gaji menjaga ibunya yang kurang siuman. Semakin lama mengenali Natrah Harnia, Tunku Izrafiel mula berasa perasaannya pada wanita itu berbeza. Sanggup berhabis hingga jutaan ringgit demi membebaskan wanita itu dari genggaman suami durjana. "Kenapa awak lakukan semua ini, Izrafiel? Jangan ingat sikap baik awak ni, saya akan lupakan kata-kata cacian awak dulu."- Natrah Harnia "Cakap lah apa pun aku nak kau di sini sampai mati."- Tunku Izrafiel Adakah Natrah Harnia akan terselamat daripada suaminya yang kejam? Apakah sengketa yang membuatkan Tunku Izrafiel terlalu membenci Natrah Harnia? Apakah benci akan bertukar cinta?