AzuraAdzmy's Reading List
32 stories
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 36,291
  • WpVote
    Votes 1,672
  • WpPart
    Parts 13
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
TUAN CHAISAI IMRAN (On Going) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 757
  • WpVote
    Votes 80
  • WpPart
    Parts 6
Siapa sangka, di sebalik senyum ceria Isyani, tersembunyi luka yang membunuhnya perlahan-lahan. Dia menghidap penyakit Bulimia Nervosa. Gangguan pemakanan yang memerangkapnya dalam kitaran makan berlebihan, kemudian memaksa dirinya memuntahkan segalanya kembali. Sejak mengenali Tuan Chaisai, hidup Isyani mula berubah. Pertemuannya dengan Tuan Chaisai Imran berjaya menembusi topeng cerianya menjadi titik mula kisah yang dia dambakan sebelum ini. "Saya tengok awak ni tak gemuk pun. Langsing aje. Kenapa kena muntahkan balik makanan?" - TUAN CHAISAI IMRAN "Dulu... saya tak selangsing ini. Saya dihina. Dibuli. Dipermalukan. Doktor takkan faham apa yang saya lalui." - ISYANI INAYA Isyani cuma perlukan seseorang yang boleh memeluk hatinya yang retak, seseorang yang mampu menghilangkan satu persatu rasa tidak yakin yang menghantuinya. Namun tunangnya, Rafiq, sama sekali tidak pernah meyakinkan dia. "Tolonglah jaga pemakanan kau tu. Aku tak nak orang lain ejek aku ada tunang gemuk. Kau sengaja bagi aku malu, kan?!" - RAFIQ Dan ketika dunia semakin menekan dada Isyani, Tuhan menghadirkan Tuan Chaisai. Lelaki yang mampu meredakan gelora dalam diri gadis itu hanya dengan satu renungan. Lelaki yang tahu persis cara memujuk hati Isyani yang sentiasa merasa dirinya tidak cukup. "Instead of wishing you were someone else, be proud of who you are. You never know who was looking at you wishing they were you." - TUAN CHAISAI IMRAN "Awak ni sweet talker, kan? Bukan dengan saya saja awak guna ayat macam ni. Dengan perempuan lain pun sama, kan?" - ISYANI INAYA Tanpa disedari, kehadiran Isyani menjadi cahaya yang membuka pintu hati Tuan Chaisai yang selama ini terkunci rapat. Dan lelaki itu... menjadi pelindung yang Isyani tak pernah tahu dia perlukan. Namun mampukah dua jiwa yang pernah terluka menemukan bahagia bersama? Atau takdir sedang menanti untuk menguji mereka sekali lagi? * no plagiat allowed!
ARYAN ANNISA [C] by flowershiera
flowershiera
  • WpView
    Reads 2,187,183
  • WpVote
    Votes 54,735
  • WpPart
    Parts 80
LOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupan gadis itu umpama kisah Cinderella.Kehidupan remaja yang penuh dengan derita. Raiyan Aryan Seorang lelaki yang tinggi egonya seperti Gunung Everest.Dengan wajah yang sempurna tetapi hati yang penuh kebencian, dia bertekad untuk memastikan Annisa tidak pernah merasa bahagia.Baginya, gadis itu tidak layak untuk menikmati kedamaian dalam hidupnya. Namun, tanpa mereka duga, satu rancangan kotor mengikat mereka dalam satu ikatan yang tidak diingini.Perkahwinan yang penuh dengan kebencian dan ego. Mampukah cinta menemukan jalannya dalam hati yang penuh luka atau adakah ego akan terus menjadi penghalang kebahagiaan mereka? "Ryan kan yang perangkap Nisa" HANI ANNISA "Tolonglah jujur Ryan" HANI ANNISA "Aku akan musnahkan kehidupan kau" RAIYAN ARYAN "You make me crazy honey" RAIYAN ARYAN >Banyak typo. >Idea sendiri. >No copy. Happy Reading~ Thank you~
Mr. Rayden Xavier  by KimAirien
KimAirien
  • WpView
    Reads 69,700
  • WpVote
    Votes 570
  • WpPart
    Parts 3
დ Royal Black Mafia 𝔖𝔢𝔯𝔦𝔢𝔰 2 ꨄ︎ [ 𝓢𝓮𝓪𝓼𝓸𝓷 1 ] [ 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬 𝐇𝐚𝐜𝐤𝐞𝐫 𝐍𝐨.1 ] . . Rᴀʏᴅᴇɴ Xᴀᴠɪᴇʀ || Xʏʟɪᴀ Lʏɴᴇʟᴇ . . Xylia Lynele - seorang gadis campuran Rusia . Gadis yang cantik , lemah lembut dan baik hati . Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga . Dia sering di manja oleh ibu bapanya. Tapi setelah mamanya pergi meninggalkan dia dan papanya Tuan Fahrin selama 2 tahun . Gadis itu pula baru sahaja mencapai umur 11 tahun . Papanya Tuan Fahrin sudah mengahwini seorang gadis yang akan menjadi ibu tirinya . Walaupun gadis itu ibu tirinya , dia tidak pernah melawan kata dan terima dengan hati yang terbuka . Ibu tirinya itu juga mempunya seorang anak perempuan . Rayden Xavier jejaka dingin dan hati beku yang campuran France , tetapi dia menatap di Malaysia bersama kawannya yang lain . Dia seorang yang tidak suka dan benci Akan perempuan. Dia hanya memandang perempuan dengan sebelah mata saja . " Encik , encik boleh tolong Saya ? "𝓧𝔂𝓵𝓲𝓪 𝓛𝔂𝓷𝓮𝓵𝓮 Suatu hari Keluarga Xavier menyuruhnya berkahwin . Tetapi jawapannya tetap sama. Akan tetapi ibu tirinya berkata jikalau dia tidak jumpa calon, ibu tirinya sendiri akan mengahwininya dengan perempuan pilihannya sendiri . " Lia , Kahwin dengan aku . Aku Akan pastikan Kau selamat ." 𝓡𝓪𝔂𝓭𝓮𝓷 𝓧𝓪𝓿𝓲𝓮𝓻 " Sa...Saya..setuju ." 𝓧𝔂𝓵𝓲𝓪 𝓛𝔂𝓷𝓮𝓵𝓮
OG| Kash Zayn by Arishaaq__
Arishaaq__
  • WpView
    Reads 68
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 3
Sebuah karya pertama Arishaa Dia Bunga Qairisa Melisa kehidupan yang dipenuhi pelbagai cabaran. Perkahwinan yang dibina hancur begitu sahaja, tetapi bagi Bunga dia tahu tersembunyi hikmah disebalik cabaran yang dihadapinya. Tetapi Bunga tidak pernah mengeluh dengan kehidupannya. Disaat Bunga mengalah, hadirnya dia memberi semangat. Disaat Bunga keseorangan, dia hadir menjadi peneman. Bagi Bunga lelaki itu ibarat penolongnya. "Kau milik aku Bunga, bukan dia!" -Izz "Betapa ruginya kau melepaskan sekuntum bunga yang berharga." -Kash Zayn •Dilarang meniru karya saya
𝙄𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙇𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙤𝙨𝙖  ( OG ) by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 37,203
  • WpVote
    Votes 1,830
  • WpPart
    Parts 43
His Possessive Sin " Cuma Cempaka Inara yang layak bertahta dihati abang.. Fath Zayden " Cempaka Inara... wanita yang dipaksa mengikat janji dengan seorang lelaki bernama Fath Zayden - Lelaki dingin yang penuh luka silam.Hidup bersama bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila cinta yang datang hanya diiringi dendam dan ujian. Namun, siapa sangka... di sebalik kerasnya hati Fath, ada ruang yang akhirnya jatuh hanya untuk seorang Inara. Mampukah rumah tangga yang bermula dengan kebencian itu bertahan, bila masa lalu terus menghantui. Mampukah dua dunia yang bertentangan hidup dalam satu ikatan suci? Atau perkahwinan ini akan menjadi lebih perit daripada luka lama yang belum sembuh? Fath Zayden X Cempaka Inara Book 2 by thederyshaa
Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband [C] by niniaaar
niniaaar
  • WpView
    Reads 74,434
  • WpVote
    Votes 1,992
  • WpPart
    Parts 28
Tajuk: Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband Genre: Dark Romance | Obsession | Sad Love SINOPSIS Aleesya Safiya tidak pernah meminta untuk dijodohkan, apatah lagi dengan lelaki yang membencinya sepenuh hati. Tengku Rafael Zafran, lelaki berdarah Sepanyol yang sempurna di mata semua orang, tetapi dingin dan kejam terhadapnya. "Aku takkan pernah cintakan kau. Jangan berangan." Kata-kata itu menjadi luka yang tertanam dalam hati Aleesya. Bagi Rafael, perkahwinan ini hanyalah paksaan. Dia sudah ada kekasih yang dia cintai, dan Aleesya hanyalah beban dalam hidupnya. Dia mengabaikan Aleesya, melukakan hatinya, dan membiarkan gadis itu menangis dalam senyap. Namun, semuanya berubah pada satu saat. Saat Rafael kehilangan Aleesya. Dari kebencian, perasaan itu bertukar menjadi obsesi. Rafael mula menginginkannya, merinduinya, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Aleesya tidak meninggalkannya. Tetapi, bagaimana jika hati Aleesya sudah mati untuk Rafael? Dan lebih penting lagi-adakah Rafael mampu mendapatkan kembali cinta yang dia sendiri telah hancurkan?
MANJA LEILA : HIS HOME by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 242,027
  • WpVote
    Votes 17,733
  • WpPart
    Parts 47
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE PUBLISH DATE : 1/9/2025 - ??? ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Sleeping Beauty Untuk Tengku Kyz by MoonlightBunnyx
MoonlightBunnyx
  • WpView
    Reads 1,599
  • WpVote
    Votes 142
  • WpPart
    Parts 50
Tengku Hana Airis, seorang saintis muda berusia 24 tahun, terperangkap dalam dunia maya akibat eksperimen teknologi yang gagal dan koma selama lima tahun. Di dalam dunia maya itu, dia bertemu dengan Tengku Kyz Rayyan, seorang saintis dingin. Mereka bekerjasama untuk keluar, dan akhirnya berjaya. Namun, apabila Hana terjaga di usia 29 tahun, dia mendapati dunia luar telah berubah pesat. Lebih mengejutkan, dia dipaksa berkahwin dengan Kyz! Kyz sebenarnya duda anak dua dan perkahwinan ini diaturkan sepatutnya untuk adiknya, Tengku Amni Qaleesha, tetapi Hana terpaksa menggantikan tempat adiknya demi keluarga. "Kau duda anak dua?!" - Tengku Hana Airis "Haah. Tapi boleh tambah lagi ni~" - Tengku Kyz Rayyan "Mama Hana, sayang Aily tak?" - Tengku Aily Adreana Sikap degil Hana dan dingin Kyz sering menyebabkan pertengkaran, tetapi Kyz tetap menunjukkan perhatian dalam diam. Di tengah ancaman siber yang menggugat keselamatan negara, mereka berdua terpaksa berganding bahu. Sementara itu, pelbagai rahsia mula terbongkar, termasuk satu rahsia besar yang Hana sembunyikan daripada Kyz. "We live in different worlds, but do our feelings remain the same?" - Tengku Hana Airis "True love isn't just about defying space and time. It's the bridge connecting two souls through the chaos of the unimaginable." - Tengku Kyz Rayyan Apa sebenarnya yang Hana sembunyikan? Dan mampukah mereka menempuh realiti yang menyakitkan tanpa terkorban dalam kebencian masa silam? "Kalau boleh putar masa, aku harap aku tak pernah jatuh cinta pada kau, Hana." - Tengku Kyz Rayyan "I hope to stop time, so this feeling will last forever" - Tengku Hana Airis "Mama Hana, jangan tinggalkan Aisy." - Tengku Aisy Adrean ~Apa agaknya ending kisah cinta mereka? ~Mampukah Hana membetulkan masa depannya? ~Mampukah Kyz menghadapi kebenaran yang menyakitkan dari Hana? ~Akankah Hana menjadi permaisuri baru dihati Kyz? @typo alert @plot twist alert @kindly vote,like&share @selamat membaca