AinaNabilaAzman
- LECTURAS 47,786
- Votos 3,399
- Partes 80
"Iris binti Zakuan, aku ceraikan kau dengan talak satu!" - KHAIR.
Pedih tercarik luka hati Iris dibuatnya apabila suami yang disayangi tiba-tiba melafazkan cerai. Bahtera perkahwinan yang dibina ranap begitu saja saat Khair dengan mudah meninggalkan dirinya bersama seorang anak yang masih bayi. Iris Zakuan yang cemerlang dalam kehidupan sebagai seorang selebriti popular akhirnya kecundang dalam meniti kehidupan sebenar.
Setelah bercerai, dia cuba menegakkan hak dan keadilan untuk anaknya pula. Dia mengemis... meminta simpati pada Khair dan keluarga mentuanya agar hak si anak terbela sehingga sanggup turun naik mahkamah semata-mata kerana si anak.
"Ian ni pun anak you. Takkanlah secebis masa bersama pun you tak boleh bagi? I tahu kita dah tak ada apa-apa hubungan tapi hubungan you dengan Ian takkan putus sampai bila-bila!" - IRIS ZAKUAN.
"Oh, tak cukup dengan tuntutan nafkah RM6K, you nak tuntut pulak masa I dengan budak ni? Hei, budak ni pun entah betul entah tidak anak I lepas tu you main ikut sedap anak tekak aje minta itu ini!" - KHAIR.
Setelah dihina bertubi-tubi, akhirnya Iris kembali bangkit. Dia menghidupkan kembali kerjayanya sebagai seorang selebriti di kaca TV dan berubah menjadi semakin cantik. Banyak anugerah yang dia terima dan rezeki kewangan berpihak kepadanya dan 15 tahun kemudian... Khair kembali memohon maaf dan mengharapkan peluang kedua.
"Daddy minta maaf. Daddy tak sepatutnya tinggalkan Ian dengan mommy dulu." - KHAIR.
"Saya tak ada ayah. Ayah saya dah mati masa umur saya baby lagi. Jadi, encik jangan berlakon seolah-olah encik ayah saya boleh tak?" - ARRIAN ISKANDAR.
"Jangan macam ni, Khair! You dah ada isteri! Jangan buat isteri you macam ni. Antara kita cuma anak bukan cinta." - IRIS ZAKUAN.
Berjuang demi amanah tuhan meskipun pahit ditelan.
RACUN RINDU