Azrinah4's Reading List
2 stories
LEO'S POSSESSION | eBook by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 77,088
  • WpVote
    Votes 6,750
  • WpPart
    Parts 45
RAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. Hidupnya hanya bertunjangkan nafsu, kuasa dan wang ringgit. Ketika berusia 17 tahun, Leo sudah kehilangan kedua orang tuanya yang telah terlibat dalam kemalangan ketika berada di dalam kapal di atas laut. Bagi Leo, perempuan hanya lah untuk berseronok. Bukan untuk disayangi, apatah lagi untuk dicintai. Selepas kematian kedua orang tuanya, Leo dibesarkan dengan persekitaran keluarga yang hidup dalam pergaulan bebas oleh ayah saudaranya, David. Dan Leo terus membesar menjadi seorang lelaki yang lupa agama. DARLINA SOFEA BT IDRIS, anak yatim piatu dan gadis gelandangan. Satu peristiwa hitam telah meragut nyawa kedua ibu bapanya ketika dia berusia 12 tahun dan menyebabkan dia terus terpisah dari ahli keluarga dan saudaranya yang lain sehingga hilang jejak. Dan sejak itu, Darlina telah menjadi anak gelandangan dan dia berkawan rapat dengan dua beradik yang juga gelandangan, Haris dan Zed. Mencuri sudah menjadi kebiasaan mereka bertiga demi untuk mengisi perut. Kerana satu kejadian ketika tiga sekawan itu memecah masuk ke mansion WHITE OWL untuk mencuri atas arahan Master James, telah menyebabkan mereka tertangkap. Adakah mereka terkorban atau sebaliknya? Dan detik ini, menjadi pertemuan pertama antara Leo dan Darlina. Pertemuan yang berlaku dalam keadaan yang sangat tragis dan langsung tiada manisnya. Namun siapa sangka, hati Leo yang tak pernah kenal erti cinta itu, mula berpaling tadah dan menderhaka. "Ê, tên trộm, cậu đã đánh cắp trái tim tôi rồi! (Hei pencuri! Kau telah mencuri hati aku!)" - Leo
1 | Aayden's Amore [ EDITING & SLOW UPDATE ] by Itsmechinta
Itsmechinta
  • WpView
    Reads 596,807
  • WpVote
    Votes 5,532
  • WpPart
    Parts 12
[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pendiam. Camelia Razqya hidup bersama nenek setelah kehilangan kedua orang tuanya. Dia menyangka nenek menyayangi dan akan menjaganya dengan baik. Tetapi tidak. Hidupnya tersiksa apabila dijadikan orang gaji oleh neneknya sendiri. Dia kekal bertahan kerana perasaan sayang terhadap neneknya melebihi segalanya. Lagipula, dia tiada siapa-siapa selain Puan Khadijah. Dia kekal bertahan sehingga ... "Mulai harini, kau keluar dari rumah ni! Aku dah tak nak jaga kau lagi, menyusahkan aku je." - Puan Khadijah "Kenapa nenek buat Camelia macam ni nek, apa salah Camelia dekat nenek? Camelia pun sayang ibu dengan ayah. Camelia pun taknak diorang tinggalkan Camelia nek hikss..." - Camelia Razqya Namun Camelia merasa sedikit lega apabila Auliya membawanya untuk tinggal bersama. Pertemuan kali pertama bertentang mata dengan Aayden Nadhif merubah segala-galanya. Walaupun Aayden seorang yang beku dan kasar, Camelia bersyukur kerana Aayden tidak pernah berkasar dengannya. Sikap gelabah dan comel Camelia Razqya membuatkan Aayden angau sendirian. Dia yang tidak pernah jatuh cinta kepada mana-mana perempuan merasa sedikit terusik apabila melihat wajah cantik dan polos Camelia. "Saya tak layak untuk tuan Aayden, saya pembantu rumah je." - Camelia Razqya "Ada aku suruh kau jadi pembantu rumah ke? Aku suruh kau jadi suri rumah aku je, little pumpkin." - Aayden Nadhif Bagaimanakah lelaki beku ini ingin menambat hati gadis polos? Mampukan Aayden mengembalikan senyuman manis di bibir Camelia seperti dahulu? Mature content Harsh words Not a mafia story ‼️