Done
69 stories
[C] Cinta Kiriman Tuhan  by hsdahlia
hsdahlia
  • WpView
    Reads 133,897
  • WpVote
    Votes 4,804
  • WpPart
    Parts 30
Satu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa mencintai satu sama lain. "Semua yang jadi di luar jangkaan. Tapi saya akan bertanggungjawab." - Raden Andika "Anggap semua ini takdir untuk kita." "Orang cakap berkenalan dan bercinta selepas kahwin lagi indah, kan?" - Puan Mariam "Terlalu indah, sebab dia CINTA KIRIMAN TUHAN buat Raden Andika." All Rights Reserved ©hsdahlia Start: 26 January 2024 End: 16 October 2024 Status: Complete ⚠️NO PLAGIARISM⚠️
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 602,600
  • WpVote
    Votes 22,412
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
MR. ASH SEBELAH RUMAH by Blackcurrant01
Blackcurrant01
  • WpView
    Reads 129,234
  • WpVote
    Votes 4,377
  • WpPart
    Parts 54
Anak bongsu Pakcik Yusuf sebelah rumah sudah lama berada di luar negara dan baru ini dia akhirnya pulang ke Malaysia. Sekarang ini dia tinggal bersama ibu bapa dia, jiran sebelah kami sekeluarga. Tak kuasa lah pula aku nak korek cerita disebalik kepulangannya ke pangkuan keluarga atau sebab dia tinggal di luar negara selama hampir sepuluh tahun. Aku ini bukannya jenis yang suka jaga tepi kain orang. Kami pun baru sahaja lima tahun menghuni di kawasan perumahan ini. Tetapi satu yang aku pasti, mulut dia perlu disumbat dengan tisu! Tidak sudah-sudah mahu menyakat orang. Elok saja dia nampak aku berada di luar rumah, pasti ada saja yang nak dikatakan. "Hah, nak pergi mana pulak tu? Dah nak maghrib ni," - ASH "Suka hati oranglah nak pergi mana pun. Sibuk je." - IJA "Kenalah sibuk, awak tu bakal isteri saya tahu tak?" - ASH Ish, merepek sajalah anak Pakcik Yusuf seorang ini! Aku bukanlah tidak mahu berbaik dengan jiran aku yang seorang ini, tetapi sudah terkena masa dia baru saja pindah ke sini. Belum sempat pun lagi mahu berkenalan dengan si dia, sudah disakat. "Assalamualaikum, tengah buat apa tu?"- IJA "Waalaikumussalam. Tengah basuh pinggan, sayang. Meh lah, tolong saya."- ASH Tanpa aku sedar, sudah lama dia merancang. Sedang kami di alam bahagia, datang pula api-api yang cuba membakar mahligai yang kami bina. Mampukah aku pertahankan hubungan kami daripada hasad dengki manusia?
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 224,309
  • WpVote
    Votes 8,554
  • WpPart
    Parts 47
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 919,969
  • WpVote
    Votes 39,035
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Eternal First Love by notiesya
notiesya
  • WpView
    Reads 21,818
  • WpVote
    Votes 726
  • WpPart
    Parts 47
TOP 1 STORY [October] 🥇sadlovestory 🥇bos 🥇tragedi 🥈broken 🥉family Zia Amira bukan sahaja perlu melayan perangai bosnya yang kerek, Nik Uwais Izzan, tapi juga jadi pelindung setia setiap kali ada orang datang cari lelaki itu. Dari alasan paling logik... sampailah alasan paling pelik. "You, boss you ada tak harini? Cakap I nak jumpa. Cakap perempuan cantik," kata seorang stranger perempuan dengan penuh yakin. Zia menghela nafas panjang. Kata-kata bosnya terngiang di telinga. "Zia, ingat. Kalau ada orang cari saya, awak kelentong jelah apa-apa." "Huuuh... maaf ya. Boss saya cirit-birit, so dia tak masuk office," jawab Zia selamba. Di balik pintu kaca biliknya, Nik Uwais yang sedari tadi memerhati hampir ketawa terbahak, tapi ditahan. "Kau cakap aku cirit-birit eh? Nice lied, little girl," sengihnya penuh sinis -------- Namun, disebalik sisi ceria dan selambanya Zia Amira, ramai tidak tahu rahsia hitam yang dia sorok selama ini. Sejak kecil dia menjadi mangsa kebencian keluarga sendiri. "Ibu sakit... ibuuu sakitttt!" Jeritan seorang budak perempuan bergema, tubuh kecil itu kesakitan dipukul tanpa belas. Tangisan itu pernah memenuhi malam-malamnya, jeritan itu masih menghantuinya hingga kini. Zia bukan sahaja berperang di pejabat... tetapi juga dengan luka silam yang tak pernah sembuh. Apakah Uwais akan menjadi lelaki pertama yang mampu menembusi tembok yang Zia bina bertahun-tahun? Atau Zia akan terus tenggelam dalam kepedihan yang cuba dia sorok di balik senyuman? START : 28/8/2025 END : 15/9/2025
Her Obsession : Faris Zakwan ✅ by EisyaAnne
EisyaAnne
  • WpView
    Reads 251,832
  • WpVote
    Votes 4,823
  • WpPart
    Parts 50
Helena Arissa Dato' Harris, seorang gadis seksi dan manja. Walau berpendidikan tinggi, dia tidak mahu bekerja. Hidupnya hanya berseronok dan memikat Faris Zakwan, kawan baik abangnya. Baginya, Faris adalah seorang lelaki yang dapat membahagiakannya. 7 tahun mengejar cinta lelaki itu, dia tidak pernah berputus asa untuk menjadikan Faris sebagai miliknya. Bagi Faris Zakwan pula, Helena tidak layak untuk dijadikan sebagai isteri. Baginya, dia ingin mempunyai seorang isteri yang manis dan sopan, tidak seperti Helena yang seksi itu. Pertemuan kali pertamanya bersama Aisyah Qaisara, setiausaha barunya, membuat dia jatuh cinta. Sikap gadis itu yang lemah lembut dan sopan memikat hatinya. Aisyah Qaisara, pertama kali memandang Faris, hatinya berdegup kencang. Namun, dia sedar bahawa dia tidak setaraf dengan Helena untuk mendapatkan cinta lelaki itu. Tetapi sebaliknya berlaku apabila Faris terus cuba mendekatinya. Qaisara jadi keliru memikirkan sikap bossnya itu. Dalam usaha untuk menjadikan Faris miliknya, Helena kecewa apabila Faris ingin berkahwin dengan orang lain. Berkali-kali dia memujuk dan merayu pada lelaki itu untuk menerimanya, namun dibalas dingin oleh Faris. Apakah yang akan terjadi? Siapakah yang dapat memiliki hati Faris? Adakah Helena yang setia menanti kasih lelaki itu ataupun Qaisara, gadis idaman Faris? Start: 27 January 2023 End: Every week ada update
Lumière by onlyblossom_
onlyblossom_
  • WpView
    Reads 115,612
  • WpVote
    Votes 4,862
  • WpPart
    Parts 74
Lyra Elowen Safiya, pemilik sebuah kafe kecil iaitu Lumière yang cozy dan penuh dengan aroma kopi serta kek buatan sendiri. Tak pernah sangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah "perkenalan" yang tak dijangka. Dia cuma kenal Sofea Althea, kawan serumah masa zaman universiti dulu. Sofea selalu bercerita tentang abangnya kepada Lyra. Lelaki yang langsung tak pernah muncul sepanjang kunjungan Lyra ke rumah keluarganya. Ezric Kael Amin merupakan seorang chef terkenal yang bekerja di Hotel Regalia Grand. Kael terkenal dengan sikapnya yang pendiam dan tegas. Dia juga lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan mencipta menu-menu baharu. Kael terlalu sibuk mengejar kesempurnaan dalam dunia kulinari hingga tak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sibuk mengurus dapur hotel lima bintang sambil memastikan reputasinya sebagai chef terus unggul. Dia jarang di rumah dan langsung tak ambil tahu tentang "kawan baik" Sofea yang sering menjadi perbualan keluarganya. Tapi bila Puan Hanisah mula menyuarakan niat untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan yang tak lain tak bukan ialah Lyra. Dia mula rasa hidupnya terganggu. Tanpa sedar, dua dunia yang selama ini terpisah mula bertemu. Rahsia, konflik dan perasaan yang perlahan-lahan tumbuh menjadikan kisah mereka bukan sekadar tentang makanan atau jodoh pilihan keluarga. Tetapi tentang mengenali diri sendiri dan mungkin juga cinta yang tak disangka.
KESAYANGAN MR'S HACKER (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 704,356
  • WpVote
    Votes 28,140
  • WpPart
    Parts 45
STORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Tengku Cash Marqeen "Yela.. Aku tolong first dan last. Selepas ini aku tak nak tolong kau lagi." Irdina Waktu pernikahan hampir tiba namun pengantin perempuan tidak munculkan diri. Akhirnya pesanan duka di terima, si pengantin ingin menarik diri pada saat akhir. "Why me? Adik tak nak kahwin abi. Adik tak nak." Irdina "Because you mylovely daughter. Please.. demi menjaga maruah mereka, terima lamaran ini." - Pak Ismail. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Tengku Cash Marqeen dan Irdina disatukan. Jika bertemu pasti mereka akan bertikam lidah dan mencari kesalahan antara mereka. Mampukah mereka mencipta cinta bersama dengan hubungan yang sedingin salju?
H A R I S   Z U F R A N  (RAW) by syza_ra
syza_ra
  • WpView
    Reads 884,933
  • WpVote
    Votes 27,752
  • WpPart
    Parts 54
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permintaan papa dan mamanya tapi akhirnya dia terpaksa akur untuk menjadi seorang isteri kepada Harris Zufran Harris Zufran seorang pemilik kandang kambing dan satu lagi pekerjaannya dirahsiakan, peribadinya yang baik sentiasa membuatkan orang kampung berasa senang berkahwin dengan seorang wanita kaya yang tidak mencintai dirinya hanya kerana dia berasal dari kampung membuatkan dirinya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah seorang isteri kisah selanjutnya di Mrs Zufran -he is precious- ☡COPYRIGHT IS NOT ALLOWED☡