AfiqahSakinah's Reading List
199 stories
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 495,804
  • WpVote
    Votes 32,821
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026 Bagaimana jika seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita sejak kecil, akhirnya menjadi seseorang yang paling ingin kita cintai? RAJA KHAYRA membesar dengan seorang lelaki yang sentiasa ada di sisinya iaitu TENGKU AYDEEN ISKANDAR. Lelaki yang menjadi tempat dia bergantung, tempat dia mencari perlindungan dan seseorang yang tidak pernah gagal membuatnya berasa selamat. Dan semakin dewasa, perasaan itu perlahan-lahan berubah. Daripada kasih seorang adik kepada cinta seorang wanita. Raja Khayra tidak pernah menyangka bahawa perasaan yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi sesuatu yang begitu sukar untuk dimiliki. Lebih menyakitkan apabila dia mengetahui Tengku Aydeen sudah mempunyai teman wanita. "Kenapa abang tak boleh sayangkan Ara balik?" -RAJA KHAYRA "Sebab abang takut abang tak mampu sayangkan Ara lebih dari seorang adik. Dan Ara... seseorang yang abang patut lindungi. Bukan seseorang yang abang boleh cintai." -TENGKU AYDEEN Antara cinta yang sudah lama berakar dan sebuah hubungan yang terlanjur dianggap seperti keluarga, mampukah mereka menemukan jalan pulang kepada satu sama lain?
Kau Milik Ku (✔)  By Anaa by anaa_1992
anaa_1992
  • WpView
    Reads 1,653,061
  • WpVote
    Votes 23,848
  • WpPart
    Parts 55
Kylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di taman ini. Dia cuba memberanikan diri menyoal kepada angin yang berhembus. "Siapa?" Kylia memandang di sekeliling taman di villa itu. Suasana yang senyap menenangkan tapi ia juga boleh menjadi suasana yang mengerikan. Tiba-tiba suara jeritan Kylia bergema satu taman. "Diam, ini aku, kau kenal kan?" Sepasang mata itu menilik sosok tubuh kecil itu. Mulutnya di tekup supaya Kylia tidak terus menjerit. ******** BACAAN DEWASA*** Hanya buat kisah dewasa, jadi jangan pernah sesekali singgah sini jikalau rasa mental dan iman tak kuat. Sayang semua dah cukup dewasa untuk memikir tentang dosa masing-masing kan? 😉 Oh! Cover ambil di google, credit to owner, if that was your picture. Kindly DM me, i will change it.
[C] Aeldra Hayyan : Sweet Scelestus by BiesChapter
BiesChapter
  • WpView
    Reads 551,507
  • WpVote
    Votes 5,499
  • WpPart
    Parts 37
Aween Athasha, godaanya membuatkan Dato' muda jatuh tersungkur dalam belaiannya. Godaan demi godaan yang Aween Athasha berikan untuk Aeldra Hayyan membuatkan Aeldra jatuh ke jurang cinta yang paling dalam.. Aeldra Hayyan, Dato' muda yang penuh harta dan kerjaya.. meletakkan dia dalam pelukan Aween menjadikan dia putera yang palling bahagia, walaupun wanita itu hanyalah sekadar 'perempuan simpanan' semata. Kekacauan cinta Aween Athasha dengan Dannial Evans membuatkan gadis itu hilang pertimbangan, dan berhasrat melunaskan dendam yang tersimpan sehingga dia sanggup menjadi simpanan 'pakcik' bekas teman lelakinya sendiri. Tanpa di duga , Aween jatuh ke dalam belaian dan cinta hangat yang Aeldra berikan padanya.. Tanpa Aeldra sedar cinta yang begitu dalam pada Aween bertukar menjadi dendam bila cintanya di khianati dengan tiba tiba.. "Just did your job.. I rakam untuk koleksi i sendiri.. Kalau you lari lagi , i boleh sebarkan pada dunia , biar dunia tahu , betapa jalangnya you.." - AELDRA HAYYAN "Im so sorry , i buat semua ni biar you dapat yang lebih baik daripada i. In the end i wasn't woman enough for you !That's something I'll always have to live with, Hann.." -AWEEN ATHASHA "Bullshit ! Don't call me Hann ! Call me Dato Aeldra , you just my subordinates!" -AELDRA HAYYAN ⚠️ ⚠️MATURE CONTENT⚠️⚠️
Han's Baby [ COMPLETE ] by Itsmechinta
Itsmechinta
  • WpView
    Reads 877,077
  • WpVote
    Votes 28,261
  • WpPart
    Parts 72
Andara Safiyya, seorang gadis malang yang dibenci oleh ayah kandungnya sendiri tanpa dia tahu apa sebabnya. Safiyya sendiri tidak tahu apa itu erti bahagia. Kerana dia tidak pernah merasa bahagia sepanjang dia tinggal di teratak Tuan Adam. "Perlu ke papa bangga? She's not my daughter." - Tuan Adam Pertemuan yang tidak disangka antara Hanz Zaidan dan Andara Safiyya telah meruntuhkan benteng dihati keras lelaki itu. Dia tidak percaya dengan cinta tetapi akhirnya dia jatuh ke lubuk yang paling dalam. "Selama 24 tahun saya hidup, papa tak pernah langsung cakap yang papa bangga dengan saya. Ucapan tahniah daripada seorang ayah pun saya tak pernah dapat." - Andara Safiyya "Then let me say it. Congratulations and i'm so proud of you, dear Dara." - Hanz Zaidan Kehadiran Hanz Zaidan membawa peluang yang besar kepada Andara Safiyya untuk merasakan sendiri apa itu erti bahagia. Lelaki pertama yang sanggup melakukan apa sahaja untuknya. "Her shining eyes drive me crazy!" - Hanz Zaidan "I fall in love with him!" - Andara Safiyya Mampukah Hanz Zaidan mengekalkan senyuman di bibir milik Andara Safiyya sehingga ke alam perkahwinan? Adakah Tuan Adam akan berhenti menyiksa fizikal dan mental anak perempuannya?
KHALI - HEKHAYAAD SIRI 1 🔞 by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 459,424
  • WpVote
    Votes 5,560
  • WpPart
    Parts 7
BACAAN MATANG ! (Available hanya 5 bab awal) GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ CERITA INDIAN BUKAN MELAYU ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
SATU MALAM | C by Milomasinn
Milomasinn
  • WpView
    Reads 418,995
  • WpVote
    Votes 14,014
  • WpPart
    Parts 70
KARYA PERTAMA | Rayyan Malik ×× Alya Sofia Alya Sofia cuma mahu bekerja dan terus hidup. Tetapi satu malam mengubah segalanya apabila dia bertemu Rayyan Malik - CEO muda yang dingin, berpengaruh, dan terlalu berbahaya untuk disentuh. Dia fikir hubungan mereka akan tamat selepas malam itu. Malangnya, Rayyan Malik bukan lelaki yang mudah melepaskan apa yang dia mahu. Semakin Alya cuba melarikan diri, semakin Rayyan mendekat dengan cara yang menyesakkan. Di sebalik wajah tenang dan kuasa yang dimiliki lelaki itu, tersembunyi obsesi yang perlahan-lahan mula menghancurkan hidup Alya. Dalam dunia Rayyan Malik, tiada istilah kebetulan. Sekali dia memilih seseorang... jalan keluar sudah terlambat. Dan Alya baru sedar- malam itu bukan permulaan sebuah cinta. Tetapi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih gelap. Start: 20/5/2026 End:
𝐅𝐢𝐫𝐚𝐬𝐡'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 [𝐂] by Amor_midnightt
Amor_midnightt
  • WpView
    Reads 122,307
  • WpVote
    Votes 3,368
  • WpPart
    Parts 70
Dellaa Amanda Rosie Louis merupakan seorang gadis yang membesar dikelilingi ramai abang. Dia satu-satunya puteri dalam keluarga mereka. Sejak kecil, Dellaa dibesarkan dengan penuh kasih sayang serta dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapanya dan abang-abangnya. Namun, di sebalik senyuman manis dan wajah suci itu, tersimpan seribu kesedihan serta trauma yang tidak pernah diketahui sesiapa. Muhammad Firash Calvin pula merupakan anak tunggal dan satu-satunya waris keluarganya. Jejaka itu dikenali sebagai seorang yang dingin dan sukar didekati. Walaupun usianya sudah menginjak dewasa, langsung tidak terlintas di fikirannya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Satu peristiwa yang berlaku pada masa lalu telah mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang anti terhadap perempuan. Baginya, hanya ada satu perkara yang penting. Kerja. Kerja. Dan kerja. Segalanya berubah apabila Firash kembali bertemu dengan Dellaa ketika dia berkunjung ke rumah gadis itu. Firash merupakan sahabat baik kepada abang-abang Dellaa, dan dari situlah perasaan yang selama ini dipendam serta cuba dipadamkan mula muncul semula. Obsessed. Perasaan yang disangka telah mati, rupa-rupanya masih hidup. Malah semakin sukar untuk dikawal. Apakah perangai obsesif Firash akan kembali menguasai dirinya? Apakah yang bakal terjadi kepada Dellaa? Adakah mereka akan disatukan dalam sebuah perkahwinan? Atau takdir telah merancang sesuatu yang jauh di luar jangkaan mereka berdua?
AALTHAF DAFFA (IN PROCESS REVAMP) by fyrrose
fyrrose
  • WpView
    Reads 1,395,173
  • WpVote
    Votes 25,119
  • WpPart
    Parts 47
Gara-gara sang lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada Faaeqa Farha lari pada hari akad nikah mereka. Cukup malu dan terasa di khianati menyelubungi diri. Tiba-tiba... "Biar saya jadi pengganti"- Aalthaf Daffa Faaeqa seakan tidak percaya dan tak terima apa yang dia dengar. Pelbagai persoalan kenapa dia sanggup ganti tempat bekas tunangnya. Kenapa dia sanggup bernikah dengannya. Akhirnya dia setuju atas pujukan keluarga. "Hai, my little wife. You're mine now. From this day forward, you belong to me"- Aalthaf Daffa "Dalam mimpi awak"- Faaeqa Farha "Don't tempt me. Nak tak nak kau kena terima yang aku suami kau, shorty"- Aalthaf Daffa Aalthaf Daffa, ayah saudara kepada bekas tunangnya. Faaeqa pada mulanya tidak terima akhirnya redha si dia menjadi suami walaupun umur beza 14 tahun. Pelbagai dugaan bila menjadi isteri kepada si duda tua. Macam-macam cara Faaeqa cuba buat Aalthaf jengkel terhadap dia tapi gagal. Ada saja balasan si suami tua membuatkan Faaeqa tercabar. Akhirnya Faaeqa terjatuh cinta kepada Aalthaf Daffa yang tidak jemu dan sentiasa sabar akan diri nya. Tetapi tak semesti dalam perkahwinan sentiasa bahagia. Perkahwinan mereka di uji apabila bekas tunang iaitu Ezzat Daniel kembali menghantuinya. "Banyak-banyak lelaki kenapa bapak saudara aku, kau kahwin ?!"- Ezzat Daniel "Suka hati aku lah nak kahwin dengan sesiapa pun ! Kau ingat siapa yang tinggal siapa !"- Faaeqa Farha Adakah perkahwinan mereka akan kekal ? Adakah Ezzat akan berjaya merampas Faaeqa dari Aalthaf ? Adakah Aalthaf akan sentiasa melindungi isterinya ? "I don't care if you're my niece but I never let you touch what mine"- Aalthaf Daffa START: 08/01/2025 END: 30/9/2025
HUGO DENNIZ (EBOOK) by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 312,984
  • WpVote
    Votes 29,722
  • WpPart
    Parts 10
Hari yang sepatutnya menjadi kenangan terindah di dalam hidupnya bertukar menjadi kes pembunuhan satu keluarga. Hanya dirinya yang terselamat. Satu demi satu nyawa ahli keluarganya melayang. Dia menyaksikan pembunuhan kejam itu berlaku. Hidupnya penuh dengan kegelapan. Dia hilang arah tuju hidup dan dia mahu menamatkan segalanya. "Kenapa... kau selamatkan aku?" Two broken souls. Met each other. HUGO DENNIZ - Dia anak kepada pasangan Tan Sri Heldric dan Puan Sri Maria. Merupakan salah seorang jutawan yang mempunyai syarikat penerbangan. Dia seorang yang suka merantau bersama teman-temannya sehingga suatu hari dia menjadi penyelamat gadis itu. KATERINA ROSALIND PEARL - Seorang gadis bermata amber. Sifatnya penuh ingin tahu yang mendalam dan dia seorang yang berani bertindak. Dia berasal daripada keluarga yang sederhana. Ketika usianya 19 tahun dia berpindah ke Jerman bersama rakannya Nick dan menetap di rumah Aunty Avena, adik kepada ayahnya. "My pearl..." "When I fall in love, it will be forever." - START : 8 OCTOBER 2023 END :
 A Royalty Female Lead [ FANTASY ] by Nsadlee
Nsadlee
  • WpView
    Reads 47,551
  • WpVote
    Votes 6,742
  • WpPart
    Parts 29
FANTASY. Satu dunia impian fantasi dalam pemikiran dan wujud dalam khayalan pembaca yang bergelut di dalam dunia novel . Bukan itu sahaja, namun lebih banyak imaginasi dalam pelbagai bidang di dalam pemikiran manusia yang mewujudkan satu dunia fantasi. Siapa sangka... Gadis polos yang hanya seorang gadis biasa merupakan seorang penulis novel yang tidak terlalu terkenal dalam bidang penulisan. Langsung tiada tarikan daripada pembaca dengan buku yang diterbitkan . Keazaman yang mendalam meminati bidang penulisan terus dibangkitkan dengan yakin diri . "Aku nak tanya... Kau memang tak mahu ada suami ke?" DELIMA ARRASYA "Kalau watak utama novel aku wujud baru aku khawin" AURORA TIARA ESTELLA Hanya kerana kejadian yang tidak dijangka berlaku membuatkan gadis ini jatuh terjerumus masuk ke dalam sebuah dunia jauh daripada realiti. Satu kehidupan dibawah kerajaan berlangit biru unggu , berbumikan tanah , berasalkan dari kerabat diraja. Adakah ini mimpi yang dipanggil mimpi indah? "Apa?! Puteri pilihan raja?!" AURORA TIARA ESTELLA Pertemuan dengan jejaka dingin persis sang Putera Raja bermata merah kehitaman yang menawan menjadi idaman ramai wanita "Kenapa kau tidak mahu menjadi isteri aku?" ALEXANDER DARRIEL Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka tidak seindah seperti yang diidamkan, Banyak rahsia yang terpendam dan menjadi tanda tanya sang Puteri. satu persatu kejadian dan rahsia mula terbongkar . Cinta yang mula berputik diantara satu pasangan dua dunia berbeza. "Hello my little pumpkin.." ALEXANDER DARRIEL Adakah ini hanya la sebuah mimpi? "Aku perlu ubah jalan cerita ni..." Cinta berbeza alam?... Mampukah mereka mempertahankannya bersama? Berjayakah misi Tiara untuk pulang ke dunia asalnya? Apakah pengakhiran bagi pasangan yang hidup dalam dua dunia berbeza? start : 29/10/2021 complete :