Malay romance
104 stories
[HIATUS] SECOND GLANCE LOVE by bintangwrites
bintangwrites
  • WpView
    Reads 21,840
  • WpVote
    Votes 1,340
  • WpPart
    Parts 28
UNTUK PEMBACA MATANG! *** SPIN OFF FROM THE PLAYBOY [STAND ALONE SERIES BUT YOU CAN READ THE PLAYBOY FIRST IF YOU WANT] *** Raden Thaqif, seorang lelaki berkulit hitam manis namun memiliki wajah yang tampan. Disukai dan disenangi oleh orang tua-tua di kampung kerana hatinya yang mulia dan bicara yang penuh dengan kesopanan. Tidak kurang juga dengan para anak gadis. Membesar di kampung dan hanya bekerja sebagai penjaga kebun dan ternakan di kandang memandangkan itu merupakan harta sepeninggalan arwah bapanya selepas meninggal di dalam kemalangan jalan raya. Dhia Humaira, kejelitaan yang dimiliki membuatkan dia menjadi idaman para lelaki namun sayang sifat yang dimiliki tidak mencerminkan kecantikan yang dimiliki. Mulutnya langsung tidak berlapik, jika dia tidak suka, dia akan mengatakan dia tidak suka. Jika dia marah, dia akan sembur begitu sahaja tanpa menghiraukan hati insan yang mendengarnya. Namun, Thaqif masih mencintainya meski begitu. Tidak peduli berapa kali Dhia menghalaunya, menghinanya, Thaqif masih setia berada di sisi, seolah-olah lelaki itu tidak memiliki perasaan. Bagi Thaqif, Dhia adalah cinta pertamanya. Bagi Dhia, cinta Thaqif menjijikkan kerana pertalian hubungan sepupu yang dimiliki oleh mereka. Dek kerana sikap Dhia yang dianggap 'tidak matang' oleh keluarga, gadis itu dipaksa menerima perkahwinan yang diaturkan bersama dengan Thaqif. Kerana bagi keluarganya, Thaqif bisa membantu mengubah sang adik. Dhia memberontak, dia benci. Dia tidak suka diatur! Di tambah lagi, dia memiliki Hud Iskandar sebagai kekasih hatinya. Satu rancangan diatur. Rancangan yang akan mengubah segala-galanya, takdir yang dimiliki di antara dirinya dan Thaqif. *** Start: 1 Jun 2025 End: [Akan diupdate setiap kali waktu lapang]
Heartless Husband ( Elham Umar ) EBOOK by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 6,411
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 4
Bertemankan luka, Nur Sara melangkah dalam rumah yang sunyi. Dia mencintai dalam diam, berkorban dalam senyap, mendoakan dalam air mata. Elham Umar, lelaki yang buta oleh cinta lalu akhirnya tersungkur dalam penyesalan saat kebenaran membongkar kebohongan. Dalam setiap hela nafas yang berat. Dalam setiap sujud yang panjang. Cinta yang baru tumbuh perlahan. Saat luka bertukar menjadi syurga kecil, mereka menemukan makna sebenar cinta di bawah langit yang satu, di bawah rahmat Tuhan yang abadi.
Suri Tanpa Takhta by yangnajiha
yangnajiha
  • WpView
    Reads 68,983
  • WpVote
    Votes 1,069
  • WpPart
    Parts 20
Nawal, gadis polos yang dibesarkan dalam keluarga beragama, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah perkahwinan. Cinta dalam diamnya pada Zarif Iman sepatutnya terpatri indah di pelamin. Namun, di hari bahagia itulah takdir berkata lain. Pengantin yang dinanti tidak hadir, dan tempatnya digantikan oleh Zaef Iman-kembar yang sama wajah, tetapi asing pada jiwa. Zaef tidak pernah mahukan perkahwinan itu. Bahkan, sejak awal lagi, dia menikam hati Nawal dengan sebuah lafaz yang tidak mungkin dilupakan: "Aku takkan pernah cintakan kau, Nawal. Kalau satu hari nanti aku lafazkan yang aku sayang atau cintakan kau, masa tu jatuhlah talak antara kita." Namun takdir terus mengikat mereka. Dalam pertengkaran, hadir manisnya kenangan. Dalam benci, terbit benih cinta yang perlahan-lahan tumbuh tanpa disedari. Tetapi mampukah cinta bertahan bila ia diikat dengan sumpah yang menjadi racun? Di tengah-tengah kekeliruan itu, muncul rahsia besar yang menggoncang seluruh hidup Nawal. Zarif tidak pernah benar-benar hilang. Cinta lama yang disangka sudah pergi buat selamanya, rupa-rupanya masih bernyawa. Dalam dilema yang tidak berkesudahan, hanya iman yang mampu menuntun. Tetapi mampukah iman bertahan bila cinta dan air mata semakin menyesakkan? Atau akhirnya Nawal harus pergi demi mencari tenang yang hakiki?
Zauji [C] by kitty_ichi
kitty_ichi
  • WpView
    Reads 15,563
  • WpVote
    Votes 624
  • WpPart
    Parts 17
-first of all, author nak cakap yang cerita ni di published sewaktu author baru nak jinak-jinak dalam dunia penulisan.so,sebarang kesalahan ejaan harap di maafkan. Sebab author malas nak edit semula! InshaAllah next book author cuba perbaiki- Hidupnya dibesarkan dengan harta dan tidak pernah sekalipun merasa pahitnya kesusahan. Berjumpa dengan pelbagai jenis lelaki membuatnya muak dengan kehidupan Perlukah dia mencuba sesuatu yang lain?kahwin dengan orang yang tidak setaraf dengannya?tidak pernah terlintas difikiran Tapi kenapa si dia berbeza?si dia membuatkan gadis liar sepertinya tertawan "Kau terdedah macam ni nak tunjuk dekat siapa?"-Idris Haider Setiap hari dia hanya mampu menelan kata-kata pahit si suami "Saya nak goda suami saya sendiri pun tak boleh?"-Aura Delisha Dan hari-hari jugalah dia berusaha untuk menawan hati si jejaka "Saya anggap ris macam abang saya..tak lebih"-Irdina Khadeeja Tipulah jika dia kata tidak cemburu apabila ada perempuan yang memenuhi cita rasa si suami mulai muncul dengan tiba-tiba "Kalau kau sakitkan hati Aura,aku rampas dia balik!"-Affan Mukhriz Kemunculan bekas kekasihnya itu turut memberi kesan pada perkahwinannya "Kenapa awak tak pernah cakap awak suka saya?adakah sebab saya bukan perempuan pilihan awak?"-Aura Delisha Ikhlaskah hatinya untuk melepaskan jejaka yang sangat dicintainya itu? "Anna uhibbu kafillah ya zaujah"-Idris Haider Kata-kata yang selama ini ditunggu akhirnya terucap jua - CLICHE ALERT! - START - 31/10/2022 END - 28/6/2023 P/S:STORY LINE TOTALLY MY OWN IDEA P/S:RINGANKAN TANGAN UNTUK KOMEN YA!
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️ by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 621,868
  • WpVote
    Votes 18,534
  • WpPart
    Parts 70
3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang ikhlas menaruh hati padanya telah membuka sedikit ruang pada diri untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Cuba untuk berkawan tanpa menyerahkan hati yang masih kosong. "Amra, saya nak beli kereta lah. Lepas saya beli kereta, saya nak kumpul duit. Saya nak halalkan awak untuk saya," - Syed Harraz Malieq "Encik Hakim jangan ambil serius dengan apa yang Yaz cakap tau. Dia gurau je tu," - Ku Amra Raisa "Kalau betul pun apa salahnya. Tapi make sure jangan terima dia sebab dia desak atau terpaksa. Fikir perasaan sendiri dulu. Hidup sekarang kena selfish. Kalau betul awak suka dia, boleh terima baik buruk dia, why not?" - Syed Hakim Mikael Tetapi satu kejadian telah merubah takdir yang tidak pernah tertulis buat Raisa dan Harraz. Pelbagai tentangan dan amarah yang perlu Raisa dan juga Hakim tempuh akibat dari kejadian itu. "Kalau angah sayang dia pun tak berdosa ibu. Dia isteri angah," - Syed Hakim Mikael "I will not make that happen. Sebelum kau jatuh sayang dekat Amra, better pulangkan dia dekat aku ngah," - Syed Harraz Malieq Bersama-sama Raisa dan Hakim cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis serta merungkai misteri si pelaku yang merencana kejadian yang telah menimpa mereka. Dapatkah Raisa menyesuaikan diri dengan Hakim yang asalnya seorang majikan kepada seorang suami? Dapatkan Hakim mempertahankan perkahwinannya kali ini? ***** Syed Hakim Mikael Syed Ali • Soft-spoken, soft-hearted, protective, clingy Ku Amra Raisa Ku Rafiee • Matang, manja, clingy Start: 5.5.2024 End: 14.8.2024
[C] Dhia Khaira by ciktembam
ciktembam
  • WpView
    Reads 490,005
  • WpVote
    Votes 13,980
  • WpPart
    Parts 44
Aku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "Tak apa, saya faham. Tapi, apa awak buat ni?" Soal Muhammad Zaffarin apabila isterinya cuba membuka butang kemejanya. "Saya sayang awak," "Saya sayang awak juga," Zaffarin menyelit rambut isterinya di belakang telinga. "Like what?" Soal Dhia Khaira nakal. "Like this!" #KalauAdaJodoh
Menanti Bahagia  by hanaakhairul
hanaakhairul
  • WpView
    Reads 110,463
  • WpVote
    Votes 4,465
  • WpPart
    Parts 44
>> COMPLETED Takdir mempertemukan dia dengan gurunya sendiri, penyelamatnya dari diculik. Tidak tahu di mana letaknya akal fikiran, sekeping hati milik Hanis Syazrina tiba-tiba sahaja terpaut dengan guru muda itu. Namun apakan daya, niatnya untuk bersuamikan lelaki yang bergelar guru itu tidak kesampaian. Cinta pertamanya gagal? Ye, itulah perkara paling teruk yang pernah terjadi dalam sejarah hidup Hanis Syazrina. Faleeq Irham, dia bergelar guru. Walau belum berumah tangga, hatinya tetap tidak mampu menerima gadis lain selain satu nama yang sudah lama bertapak di hati. Entah bagaimana, Hanis Syazrina dengan beraninya menawar diri untuk menjadi isterinya. Berumah tangga dengan pelajarnya sendiri? Tak mungkin! "Cikgu kata cikgu single, saya nak kahwin dengan cikgu" - Hanis Syazrina "Stop lah Hanis, jangan mengarut boleh tak? Awak dekat dunia mana ni? Lupakan je lah niat awak untuk hidup dengan saya sebab saya takkan kahwin dengan pelajar saya sendiri. Saya dah nak kahwin dah pun, awak fokus untuk masa depan awak lebih baik daripada awak sibuk kejarkan orang yang tak nak dekat awak"- Faleeq Irham Namun siapa yang mampu melawan takdir, mereka dipertemukan semula. Jejak kasih di tengah jalan? Dengan rela hati Faleeq menerimanya sebagai isteri, namun hanya jasad sahaja bukan hatinya. Apa yang berlaku? "Saya jamin, cikgu akan jatuh cinta pada saya satu hari nanti!" - Hanis Syazrina. "Awak takkan mampu gantikan tempat dia" - Faleeq Irham. Masih wujudkah perkahwinan yang tidak dilanda badai? Semestinya tidak. Tiada jaminan buat rumah tangganya untuk kekal bertahan, masihkah ada ruang di dalam hati Hanis buat Faleeq setelah ruang itu dipersia berkali-kali? >> Jemput baca, jangan lupa vote tau 💗 🦋 Beautiful cover ; @lunnariz_ ⚠️ Plagiarism wasn't allowed
Cinta Sejati by haelhelena
haelhelena
  • WpView
    Reads 223,592
  • WpVote
    Votes 8,521
  • WpPart
    Parts 50
Ikatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "Perempuan ni siapa?" -Wafa Tahani "My ex-fiance." -Althaf Zaiden "And you still can't move on?" Sakit. Perit. Hati isteri mana saja tidak terluka saat suami sendiri menyatakan cinta untuk perempuan lain? "Cinta Wafa hanya untuk abang, tapi kenapa cinta abang untuk perempuan lain?" -Wafa Tahani "You manipulate me!" -Wafa Tahani Hari demi hari Wafa tinggal sebumbung dengan lelaki itu, semakin parah keadaan hatinya berantakan. Akhirnya, dia lelah berjuang demi cinta yang tidak kesampaian. Di saat Wafa pergi membawa diri, baru Althaf mengerti apa itu menghargai. "Maafkanlah atas segala khilaf abang, Wafa. Kembalilah kepada abang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, hidup abang tak akan pernah lengkap tanpa Wafa di sisi abang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, Althaf Zaiden yang hidup tanpa Wafa Tahani di sisinya seumpama jasad yang sudah berpindah rohnya." -Althaf Zaiden Kali ini, Althaf pula yang berjuang demi mempertahankan cinta mereka. Namun, bagaimana pengakhirannya jikalau isterinya sudah benar-benar mati rasa? Apabila luka sudah terlalu dalam, masih adakah peluang untuk cinta sejati menemukan jalannya semula? Start: 21.10.2023 End: 28.9.2024
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 436,352
  • WpVote
    Votes 18,391
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim