R
10 stories
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 por MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LECTURAS 714,503
  • WpVote
    Votos 33,544
  • WpPart
    Partes 61
[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )
UNENDING LOVE [TERBIT] por MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LECTURAS 1,328,728
  • WpVote
    Votos 1,136
  • WpPart
    Partes 3
[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Sering sahaja digelar 'tomboy' oleh orang sekeliling tetapi dia peduli apa... ini hidup dia, dia berhak buat apa sahaja dia mahukan. Itulah prinsip hidup seorang Raysa Amanda. Heriz Zayyan, seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang, memiliki kekayaan yang luar biasa, perwatakan dingin dan sombong. Walaupun usia sudah meningkat, tidak pernah terfikir dirinya untuk berkahwin. Baginya, perempuan hanya menyusahkan. Tiada yang boleh menyenangkannya, rumit! Pertemuan antara Raysa dan Heriz yang tidak dirancang membuatkan gadis itu mula menaruh hati. Sifat Heriz yang protective dan caring sentiasa memberinya harapan untuk memiliki lelaki itu. Namun... Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya... Hati yang berbunga indah untuk lelaki itu mula layu apabila Heriz menaruh hati pada sahabat baiknya, Aleeya Qistina. "Eh, aku rasalah kan aku dah jatuh cintalah, Raysa." -Heriz Zayyan Terus terkubur harapan yang menggunung, hati yang sentiasa berkembang mekar untuk lelaki itu mula mati sedikit demi sedikit dihenyak kenyataan. Mampukah Raysa Amanda menerima kenyataan bahawa lelaki yang dicintai tidak mampu dimiliki? Highest ranking no. 1 in sad romance ( 28/9/2022 ) Highest ranking no. 1 in sad ( 6/10/2022 ) Highest ranking no. 1 in broken ( 29/10/2022 )
Tempat Sempurna por Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    LECTURAS 6,094,663
  • WpVote
    Votos 298,286
  • WpPart
    Partes 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
[B1] MAHFUZ (TERBIT) por bellofa
bellofa
  • WpView
    LECTURAS 3,160,539
  • WpVote
    Votos 36,260
  • WpPart
    Partes 16
(2020 - belum di-edit. Ayat berterabur) "Mungkin sudah tertulis disana, kau dan aku bukan takdir" - kawasan bahaya HAHA
Dear, Arjuna  por IeqahKazumi
IeqahKazumi
  • WpView
    LECTURAS 48,897
  • WpVote
    Votos 6,634
  • WpPart
    Partes 26
ARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada pilihan melainkan hanya menyendiri. Siapa aje yang berani nak kawan dengan orang yang suka cakap sorang - sorang ni ? Dah gila agaknya kalau ada ! Namun dalam diam, gadis ini telah lama menyimpan perasaan pada seorang pelajar lelaki a.k.a bakal ketua pelajar sekolahnya iaitu Arjuna. Walaupun kewujudannya tidak pernah disedari oleh Arjuna namun Inara tetap menyukainya. Alahh kira Arjuna tu crush Inara lah. Suatu hari telah terjadi satu kejadian yang betul - betul tidak Inara sangkakan. Kejadian apa ? Kejadian di mana Arjuna telah menjatuhkan dirinya dari tingkat 3 bangunan sekolah mereka pada hari karnival sekolah. Dalam erti kata lain dia bunuh diri. Tapi betul ke Arjuna bunuh diri ? Atau ada kisah lain disebaliknya ? Nak tahu ? Teruskan membaca cerita " Dear, Arjuna " yaaa ? P/s : Jangan lupa vote selepas baca ya. - Hak cipta terpelihara ! Jangan sesiapa pun copy ya ? Please be honest 😊 [ 25/08/2021 - 06/11/2021 ]
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮 por nurflwr
nurflwr
  • WpView
    LECTURAS 1,352,980
  • WpVote
    Votos 70,732
  • WpPart
    Partes 35
𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚 "the best story ever 💯" melvilleto "Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad and dh beratus novel aku baca.. srs mmg ni the best la so far.. tak penah lagi ade novel yg buat aku rasa deep gila ceni, mesej yg nak disampaikan jelas, manusia ni nak kejar manusia sampai tak sedar yg dia sepatutnya kene perbaiki dulu hubungan dia dgn allah .. apa apa pon, keep it sis. Aku harap nanti ade lagi novel yg best and mind blowing camni" sfiahsani "Kawan akak bnyk bgi idea lh tmbh lgi dngn idea kakak. Itulh jalan cerita ni TIPTOP " rndmdlove "Tiap kali baca msti tersengih" ladyrnf "story yg u buat semuanya lain drpd yg lain love it!! ❤" tapp123 "Islam itu indah dan simple" wooziho "Just nk ckp good job author u berjaya blend the story with mix emotions and good moral value value! " slurpi " Diluar sana, jika ada perempuan yang ditindas, moga dia boleh bangkit seperti iris." AffendyHakim Part yang paling kekal di sanubari. Erm.. The part yg Iris dah bersiap dengan secantik yg mungkin demi merealiasasikan mimpi dan angan2 dia untuk menyambut hari jadi bersama Hyde di samping meluahkan isi hati dia. Tapi, Hyde yang diimpikan akhirnya pergi bersama Abigail dari tanah air. Nasib baik pemergian dan kedatangan Hyde bersama Balqis sebagai muslim itu berjaya menyatukan dua hati yang kian gigih memegang pada prinsip "walau jauh mana pun jarak cinta mereka, andai itu takdir Allah, sudah pasti segalanya bakal elok tersusun, melakar episod cinta penuh bahagia" _ btsjungkooks
Arjuna Hatiku | C por MiracleQie_
MiracleQie_
  • WpView
    LECTURAS 695,653
  • WpVote
    Votos 20,495
  • WpPart
    Partes 75
[COMPLETE ✔] 🔱Second Winner White Diamond Award - Romance Genre Orang kata, kalau kita terlampau sayang dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi benci... "Opss, maafkan saya encik." - Intan Zulaikha "Hey, tak nampak jalan ke?" - Hafiz Rafael Mereka pernah saling cinta, namun cinta yang terbina diikat tanpa restu. Belum sempat mengecap bahagia musibah pula datang menimpa. Mampukah sisa cinta semalam bertahan hingga ke akhirnya ? Antara kenangan dan masa depan yang mana satu pilihan hati Intan Zulaikha? Kehadiran Iqbal Shafique dalam hari-hari mendatang dalam hidup Intan Zulaikha lain pula ceritanya, mamat sewel yang tak padan langsung dengan tittle Leftenan Jeneral Airforce TUDM namun selalu menyakitkan hatinya. Sungguh dia pening dalam pilihan, yang kanan macam CatDog, yang kiri macam magnet! "Tajam tak?" - Iqbal Shafique "You ni penakut jarum ke? Jet pejuang yang besar tu boleh pulak bawak, jarum yang kecik ni pun you takut!" - Intan Zulaikha ..tapi aku lupa yang orang kata lagi, kalau kita terlampau benci dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi sayang.. "Jangan nak berdrama kat sini, kan saya dah cakap yang sekali saya sayang, sampai bila-bila pun sayang! " -Intan Zulaikha Siapakah arjuna yang bertakhta di dalam hati Intan Zulaikha? Start : 5 October 2018 End : 28 Jun 2019
Hacker 426 ✔️  por nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    LECTURAS 3,564,988
  • WpVote
    Votos 341,201
  • WpPart
    Partes 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
[B3] TAQI por bellofa
bellofa
  • WpView
    LECTURAS 456,874
  • WpVote
    Votos 60,144
  • WpPart
    Partes 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI
GAVRIEL por Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    LECTURAS 2,814,454
  • WpVote
    Votos 207,237
  • WpPart
    Partes 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021