Na-update namin ang aming Mga Alituntunin sa Nilalaman.
Suriin ang pinakabagong mga alituntunin para patuloy na makapagbahagi ng mga kuwento nang ligtas.
Matuto pa
NurFariesyaAisyah's Reading List
6 mga kuwento
𝐌𝐚𝐰𝐚���𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 ni lvndrella
lvndrella
  • WpView
    MGA BUMASA 2,288,817
  • WpVote
    Mga Boto 90,740
  • WpPart
    Mga Parte 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Seseorang Untuk Aku  ni AmoreLuxe
AmoreLuxe
  • WpView
    MGA BUMASA 1,108
  • WpVote
    Mga Boto 6
  • WpPart
    Mga Parte 7
"Seseorang Untuk Aku" Mengisahkan perjalanan seorang lelaki yang masih setia menunggu cinta matinya, iaitu isterinya yang menyembunyikan rahsia terbesar. Setelah bertahun-tahun berbahagia mereka bersama, isterinya mula jatuh sakit. Dia merahsiakan penyakitnya daripada suaminya dan berusaha mengelakkan kesedihan dan kebimbangan dalam hidup mereka. "Sayang okey, abang... jangan risau." Hanya itu yang kerap dijawab olehnya. Suaminya terlalu percaya akan kata-kata itu, tanpa disedari bahawa hari-hari kebahagiaan mereka semakin menghilang. Suatu malam, ketika bercuti ke tempat yang mereka impikan sejak dahulu lagi, dia terpaksa menghadap realiti yang pahit. "Abang, ada sesuatu yang perlu saya beritahu kepada abang. Sebenarnya, saya sudah lama sakit..." kata isterinya. Lemah. Hati lelaki itu mula hancur mendengar pengakuan daripada isterinya. Ketika dia cuba mencari kekuatan untuk menghadapi kenyataan, isterinya semakin teruk. Kesudahannya, dia pergi meninggalkan suaminya. Bukan sahaja dengan kehilangan tetapi juga dengan satu rahsia terakhir. Dalam kesedihan yang mendalam, lelaki itu menemui satu surat yang ditinggalkan oleh isterinya. "Saya akan tunggu awak, sayang... walaupun awak sudah tiada, saya akan terus menunggu, hingga ke akhir hayat saya." Hari demi hari berlalu, ia tetap setia menunggu isterinya yang sudah pergi meninggalkanya.
ZAR |  TERBIT ni tihatti
tihatti
  • WpView
    MGA BUMASA 1,627,827
  • WpVote
    Mga Boto 16,937
  • WpPart
    Mga Parte 11
Terbit PBAKL 2025 Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibirnya kadangkala menyakitkan hati, dengan loghat pekatnya menyebabkan dia berjumpa gadis ini, " Ni Aku hat besaq ragam laguni hang langgaq, awat hang punya mata tu hang letak dekat kepala lutut ka? Harap muka elok, perangai tu pirahh boleh pergi blah!" Tercegang seketika Adwa Naila, membarah hatinya, bukan niat ingin melanggar lelaki ini, namun belum sempat kata maaf dituturkan, terus lelaki ini menyemburnya dengan loghat yang tidak dia fahami, Garang, Tegas! Dua perkataan ini cukup menggambarkan diri Zar Uzair pada pandangan mata Adwa Naila, Zar lelaki yang suka mengarah itu ini, menyusahkan dirinya namun laki-laki ini juga tetap teguh berdiri tatkala hatinya dipatah- patahkan, "Don't give your whole heart to someone called a man" "Because the heart that we always worship and admire is what will poison us" " Engkau kutip sampah yang aku buang" "Aku tak kutip tapi aku ambil kesempatan yang terlalu lama aku tunggu, dia bukanya sampah melainkan anugerah tuhan untuk aku, dan aku bukanlah bodoh, namun lelaki yang cerdik akalnya untuk sentiasa hargai dirinya" "Adwa Naila, Adwa cahaya, Nailah anugerah, hang tau dak maksud nya terhadap aku?" " Maksud awak?" " Adwa Naila adalah anugerah untuk Zar Uzair" " Dan kalau bukan kita yang pikul tanggungjawab ini, siapa lagi? Anggaplah ini adalah jihad yang paling agung yang kita pernah lakukan" "Everyone want to keep us apart" "All I want is always stay beside you Adwa" "But I can't have you, sebab Adwa bukanlah milik Abang sepenuhnya, namun milik Tuhan yang satu" WARNING: THIS STORY IS PURELY FICTIONAL, IT HAS NOTHING TO DO WITH LIFE AND DEATH START: 29 NOVEMBER 2023 END: 25 SEPTEMBER 2024
MR PIRATE [Complete] ni CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    MGA BUMASA 6,215,203
  • WpVote
    Mga Boto 426,681
  • WpPart
    Mga Parte 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
HERO DANIKKA (COMPLETE) ni MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    MGA BUMASA 12,990,018
  • WpVote
    Mga Boto 744,550
  • WpPart
    Mga Parte 70
"Esok anak mummy yang dekat Jerman tu nak balik. Nayra mesti dah lupa dia kan?" "Abang Hero ke mummy?" HERO DANIKKA- Sebaris nama yang pernah menjadi kisah silam seorang Anayra Sophia. Dialah abang kepada gadis comel itu. Abang Hero! Dia lelaki dingin yang sentiasa dengan aura bekunya. Suka menjerkah tak kira masa lagaknya seperti seorang komander.Menetap di bumi Jerman buat masa yang lama, sehingga dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke tanah air. Pertemuan semula dengan keluarganya di KLIA dan dia bertemu kembali dengan budak comel yang sekarang ini sudah membesar menjadi seorang gadis yang sungguh jelita. "Jangan panggil aku abang Hero dah lepasni. Aku tak suka. Sebab, kau bukannya adik aku." ANAYRA SOPHIA- Anak angkat di dalam keluarga besar Tuan Denniz dan dia satu-satunya puteri dalam keluarga itu. Dikelilingi oleh abang-abangnya yang sangat overprotective. Dia menjadi sebahagian daripada keluarga itu sejak usianya 9 tahun. Atas belas ihsan, Katerina telah mengambilnya dan dijadikan sebagai anak angkat. Start - 26 March 2022 End - 02 April 2023 [ STAND ALONE BOOK ] [ READ AT YOUR OWN RISK ]
Sweet Punishment  [ in editing ] ni uchisske
uchisske
  • WpView
    MGA BUMASA 303,534
  • WpVote
    Mga Boto 9,587
  • WpPart
    Mga Parte 36
Ayish Aiman x Aleesya Nabilah cerita rekaan semata-mata, tiada berkaitan yang hidup ataupun yang mati. ________ Aleesya tidak menyangka hubungan cinta yang dibina selama ini hancur begitu sahaja apabila mengetahui kekasihnya berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri. Hancur luluh hatinya, namun Aleesya tidak mahu terus meratapi nasib. Demi membalas dendam, dia mengambil keputusan yang nekad berkahwin dengan Ayish, pak cik sepupu kepada bekas kekasihnya. Pada awalnya, perkahwinan itu hanya sekadar perjanjian tanpa cinta. Namun, sedikit demi sedikit, kebahagiaan mula menyapa hati Aleesya apabila Ayish melayaninya dengan penuh kasih sayang. Hubungan mereka semakin erat dan cinta mula berputik. Namun, ketika kebahagiaan terasa semakin dekat, sebuah rahsia dari masa silam Ayish terbongkar, membuatkan Aleesya mula meragui keikhlasan suaminya. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Ayish? Mampukah Aleesya menerima kenyataan tersebut, atau kebahagiaan yang baru dibinanya akan runtuh sekali lagi? _______ ⚠️ 18+ (c) 2023