ian4_ian__'s Reading List
2 stories
matrimonio forzato | revamp by bberlynaaa
bberlynaaa
  • WpView
    Reads 9,702
  • WpVote
    Votes 579
  • WpPart
    Parts 5
Mereka dikenali sebagai pelindung undang-undang.Memakai lencana, memegang senjata, dan menjalankan misi atas nama keadilan. Fattah Asyari, Mike, dan Marcus kelihatan seperti barisan hero sempurna. Tenang, berdisiplin, dan tidak pernah gagal. Setiap operasi jenayah yang mereka sertai berakhir dengan kemenangan. Setiap perompak yang diburu jatuh ke tangan mereka. Terlalu sempurna... seolah-olah semua langkah telah dirancang lebih awal.Namun kebenaran jarang berpihak kepada yang kelihatan suci. Di sebalik penyamaran itu, tersembunyi satu agenda yang jauh lebih gelap.Dendam yang dipendam bertahun-tahun. Apa yang mereka lakukan bukan semata-mata untuk menegakkan undang-undang, tetapi untuk merampas kembali hak dan harta yang telah dicuri secara sistematik oleh mereka yang berkuasa, termasuk mereka yang bersembunyi di sebalik seragam yang sama. Ketika bandar semakin tenggelam dalam kekacauan, muncul seorang lelaki misteri yang mengatur segalanya dari belakang tabir. Identitinya kabur, kehadirannya jarang disedari, namun setiap gerakan musuh sentiasa berada selangkah di hadapan rancangannya.Dia adalah arkitek kepada kehancuran yang terancang. Kehadiran lelaki itu membangkitkan sesuatu yang lama terpendam dalam diri Fattah.Serpihan memori yang kabur, mimpi tentang masa silam, dan rasa kehilangan yang tidak pernah mampu dijelaskan.Semakin kebenaran menghampiri permukaan, semakin jelas bahawa permainan ini bukan sekadar tentang jenayah atau kuasa.Ia adalah tentang dua jiwa yang terpisah oleh tragedi,tentang identiti yang dicuri,dan tentang keadilan yang hanya boleh ditebus melalui pengkhianatan. Dalam dunia di mana undang-undang boleh dibeli dan kebenaran boleh dipadam,siapakah sebenarnya yang layak dipanggil hero?Apabila topeng-topeng itu akhirnya jatuh...adakah dendam ini akan membawa pembebasan atau kehancuran mutlak?
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,900,171
  • WpVote
    Votes 285,187
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023