Felixvx
- Reads 814
- Votes 58
- Parts 12
"PAPA!!!QALISH TAK NAKKK!!!.TAK NAK .TAK NAK....TAK NAK PINDAH SANA.;jerit Qalisha sekuat hati
"Kamu nak ke tak nak papa dah buat keputusan dan keputusan papa dah muktamad kamu kena belajar untuk berdikari...FAHAM !!!; Tengking Tuan Adam
"Papa berguraukan takkan la Qalish nak sekolah tentera...Mama tengok papa ni .Papa bergurau kan???; tanya Mamanya sambil meminta simpati.
Perpindahan Qalish ke sekolah baru tanpa kerelaannya membuatkan dia tidak selesa dengan semua yang ada di sekelilingnya dan antaranya ialah habuk padang kawad,baju tentera yang panas dan orang-orang yang kelihatan garang.Tetapi pertemuannya dengan Mikail mengubah perasaannya yang tidak selesa kepada membiasa.Layanan Mikail yang mesra walaupun berbeza umur dan berbeza pangkat membuatkan Qalish selesa bersamanya.
Namun begitu,pertemuan yang tidak dirancang dengan Putera membuatkan hidupnya bagai tidak tentu arah.Layanan lelaki itu yang sangat garang membuatkan Qalish menjadi takut dan benci akan lelaki itu .Qalish berharap sangat dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki itu.Tapi apakan nasib dah namanya duduk dalam satu kem nak taknak bertembung muka itu pasti akan terjadi.
Putera menangis semahu-mahunya selepas mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenalinya.Qalish yang mendengar tangisan itu menghampiri untuk mengetahui apa yang terjadi tetapi tidak diduga pelukan yang dia terima.Putera memeluknya seerat yang boleh sebelum tangannya lemah longlai dan badannya tersungkum ke lantai lalu tidak sedarkan diri.
Qalish menjadi tidak tentu arah apabila Mikail melafazkan cinta.Apakah keputusan Qalish?Adakah cinta Mikail akan berbalas?Siapa yang menghubungi Putera?Kenapa Putera menangis semahunya selepas mendapat panggilan itu? Kenapa Putera pengsan?
Semuanya akan terbongkar sekiranya kamu menginginkannya.Teruskan membaca untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.