nurhnnh's Reading List
65 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 245,770
  • WpVote
    Votes 22,989
  • WpPart
    Parts 53
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka tidak mudah.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 607,215
  • WpVote
    Votes 23,344
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
The Unexpected Life by raz577_
raz577_
  • WpView
    Reads 4,603,172
  • WpVote
    Votes 162,722
  • WpPart
    Parts 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor... bertukar 360° apabila keluarganya diistihar bankrup kerana ayahnya dituduh melakukan kesalahan dalam syarikat. Dan... si dalang yang menyebabkan musibah ini adalah kawan baik ayah Arluna sendiri a.k.a ayah teman lelakinya. Hidup Arluna hilang arah. Malangnya, dugaan ini belum berakhir. Kejadian yang berlaku di sebuah hotel menjahanamkan lagi situasi buruk Arluna. Berpunca daripada kawan baiknya sendiri! 'Gunting dalam lipatan' yang sebenarnya ada hubungan dengan kekasih Arluna! Satu malam yang berlalu sepantas kilat. Tanpa Arluna sedar... Diri dia sudah bukan seperti dulu. Lelaki yang tidak dikenali itu muncul membawa tawaran yang tidak mampu Arluna tolak. Huluran tangan itu berserta dengan satu jaminan. Jaminan yang dapat ubah hidup dia semula. "Jadi isteri aku dan aku akan pastikan hidup manusia yang musnahkan hidup kau hancur," "Apa yang awak akan dapat? I'm not stupid... semua perkara yang orang buat dalam dunia ni bersebab. Dan... Siapa awak? Tiba-tiba muncul untuk bantu saya?," tanya Arluna was-was. Pertama kali melihat jejaka kacak ini, dia dapat rasakan yang hidupnya akan berubah. Aura disekelilingi lelaki itu sangat kuat. Aura megah, aura dingin, aura yang mampu buat orang tunduk pada dia. Apa akan jadi pada hidup seorang Arluna Aisyah? *A peek of typical manhwa/manhua storyline in the begining of the story. Of course, yes it is cliche. *a messypiece, not a masterpiece. *Danger: typos everywhere ! Cover book by: @thelesyeuxdelily #1 in romance(16/8/2020) #1 in romance(08/6/2021)
LUKA YANG TERPENDAM (SU) by delunania
delunania
  • WpView
    Reads 24,000
  • WpVote
    Votes 2,131
  • WpPart
    Parts 15
Mature content | FIRST BOOK Elara Qyrania, seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama mak ciknya, Mak Cik Leha, yang menganggap kehadiran Elara sebagai pembawa sial. Akibat hutang yang menjerut leher, suami kepada ibu saudaranya sanggup menjual Elara kepada tuan kelab malam. Walaupun hati Elara berat, dia terpaksa akur dengan keadaan itu. Namun, sebagai seorang wanita, dia memilih untuk tabah dan pasrah. Dalam hiruk-pikuk kelab malam itu, Elara tidak sedar dirinya dijadikan kambing hitam dalam rancangan licik untuk menjerat Zayden Elric. Pada mulanya, Zayden menolak mentah-mentah permintaan Elara. Baginya, apa yang terjadi bukan tanggungjawabnya. Hatinya masih beku, egonya masih menebal. Sejak berkahwin, dia tidak pernah mempedulikan Elara dan membiarkan gadis itu menderita sendirian. Mampukah tautan kasih ini bertahan, atau bakal lebur dalam sekelip mata dek badai yang melanda?
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 548,770
  • WpVote
    Votes 48,980
  • WpPart
    Parts 90
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Dia Kekasih Bayangan |OG by thelykaa
thelykaa
  • WpView
    Reads 19,639
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 8
(Sequel) -"Sempurnakan Cinta Kita" 'Dia Kekasih Bayangan' ⭑.ᐟ Let me introduce the characters in this story ⭑.ᐟ ⭑.ᐟ Important character ⭑.ᐟ ╰┈➤ Tengku Ariyan Kasyaf (29 Tahun) ╰┈➤ Tengku Nayra Alana (28 Tahun) ╰┈➤ Tengku Naila Alisa (29 Tahun) ╰┈➤ Heziq Kyle (29 Tahun ) .𖥔 ݁ ˖ supporting character.𖥔 ݁ ˖ ╰┈➤Rayna Sofea (26 Tahun) ╰┈➤ Diandra Mellweson (28 Tahun) ╰┈➤ Nihan Herlin (23 tahun) ╰┈➤ Krish Henrry (25 Tahun) ╰┈➤ Saif Adam (25 Tahun) ╰┈➤Muhammad Arif Iskandar ( 29 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Taufik Haikal (29 Tahun) ╰┈➤ Saferra Aurora Kerisya (8 Tahun) ˖⋆⭒˚.⋆Enjoy and happy reading ⋆⭒˚.⋆
Nuh's Secret Wife [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 1,824,536
  • WpVote
    Votes 49,780
  • WpPart
    Parts 34
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mempunyai pasangan hidup berbanding dirinya. Sikit pun Nuh tak heran. Tapi disebabkan desakan Nenda Asiah pula yang membuatkan Nuh tertekan. Asal balik kerja tanya soalan yang sama sehingga Nuh penat beralasan yang sama dan Nenda Asiah juga muak mendengar alasan yang sama. Sampaikan Nenda Asiah terpaksa mengugut cucunya itu. "Nuh cakap Nuh tak kisah kan soal jodoh Nuh? Apa kata nenda kenenkan Nuh dengan Maleeka?"-Nenda Asiah Crapp!! Nak terpisah roh dari badan bila mendengar sebaris nama yang meniti di bibir nendanya. Nuh geleng kepala dibuatnya. "Cik bunga tolong aku cik bunga"- Nuh "Satu malam RM500 apa macam? Setuju pak dato'?"-Nur Calla Nak taknak, Nuh terpaksa bersetuju. Namun satu hal sudah selamat, timbul lagi satu hal pula. Itulah pepatah dah cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata besar masalahnya. "Nuh tak boleh nikah dengan Maleeka..." "Kalau susah sangat dato' nak deal dengan nenda, kita cer-" "Diamlah! Jangan cakap pelik-pelik lagi!"
PENGORBANAN HATI by nazyatim_
nazyatim_
  • WpView
    Reads 244,365
  • WpVote
    Votes 5,632
  • WpPart
    Parts 84
Second story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas dendam terhadap seseorang. Jasmine Nur Anissa seorang wanita sempurna di mata dunia. Segalanya dia ada. Namun dia juga kalah dalam percintaan... apabila hatinya sendiri memilih untuk mencintai sahabat baiknya. " boleh tak... sekali je... you terima I sebagai isteri you, Adyan..? Sekali je..." " perempuan macam kau..? Jadi isteri aku..? Lebih baik, kau teruskan bermimpilah. Aku tak akan pernah anggap kau sebagai isteri aku." **** Perkahwinan yang bermula tanpa cinta. Hanya dendam. Hanya keterpaksaan. Namun waktu perlahan-lahan mengubah segalanya... Perkataan murah dan jijik itu... bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dijangka iaitu cinta. " ini takdir tentang kita, bukan orang lain.." " takdir tentang kita..? Ini bukan takdir kita adyan... Perkahwinan kita ni cuma satu rancangan. Bukannya takdir." ***** Saat bahagia mula menjengah... masa lalu kembali menghantui. Dan orang ketiga hadir membawa luka yang belum sembuh. " zaman sekarang... you can do anything for divorce. Pergi mahkamah, tuntut fasakh..!" **** Dan akhirnya... dalam diam, satu pengorbanan dibuat. " sumpah, saya izinkan awak dengan dia, Adyan..." Di mana letaknya kebahagiaan..? Adakah melepaskan itu tanda cinta... atau sekadar menyerah..? " adakah salah pengorbanan yang aku lakukan... untuk dirinya..?" - Jasmine Nur Anissa -
KHAIR : SEEK OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 3,170,085
  • WpVote
    Votes 73,198
  • WpPart
    Parts 64
❣️1ST OBSESSED SERIES❣️ Umur bukan halangan seorang gadis untuk mencari teman hidup. Malah semakin berumur lelaki itu makin dia suka! Makin hot! "You ni gila la." - Izz Arman Khair "Yup. I gila-gilakan you! Jadi kekasih I jom?" - Haellyn Aryssa Pening! Dia terjatuh hati pada rakan bisnes papanya. Kerja gila jatuh cinta dengan orang yang berumur seakan-akan papanya. Tapi siapa tahu mungkin cinta akan berputik? "We're never can be together. Ingat ayat I tu sampai you mati." - Izz Arman Khair "As you wish. See you when I see you." Haellyn Aryssa --- Konflik ringan saja. Kelakar dan sweet. Matured content only🤍 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @navyaae 🤍
MR ZAFRAN (SPICY LOVE NEW VERSION) [EBOOK] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 134,630
  • WpVote
    Votes 1,994
  • WpPart
    Parts 6
Spicy Love new version!❤️‍🔥 Perbezaan umur 22 tahun tidak menjejaskan seorang gadis yang ingin memiliki kawan bapanya sebagai suami sendiri kerana angan-angannya adalah untuk memiliki 'sugar daddy'. "I nak you." - Trisha Khaisara "You muda lagi sayang. You anak kawan i." -Zafran Zarifuddin Awalnya Zafran berfikir bahawa anak kawannya itu hanya bergurau. Namun tidak sangka pula gadis itu semakin berani mencabar nafsunya. "Seksi tak i? I seksi hanya untuk you.. daddy." -Trisha Khaisara "Don't challenge me little girl." -Zafran Zarifuddin Makin pening! Sehinggakan papanya sendiri hampir sakit dengan karenah anaknya. Sexy storyline⚠️ Matured⚠️ Sweet,comedy and light conflict. Make sure you're matured enough to read this story🫶🏻 18+ readers only🔞 Read at your own risk⛔️ ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou.