JennieblinkJennie's Reading List
142 stories
Bahagia Yang Aku Tunggu by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 327,601
  • WpVote
    Votes 11,800
  • WpPart
    Parts 72
3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda daripada dia. Tapi dia, langsung tak berminat. KASTURI pula adalah gadis yang cukup manis. Kawan baik kepada adik perempuan Eriq, Elisya Hanim. Sama-sama mengajar disebuah sekolah menengah. Pertemuan Kasturi dengan Eriq Haiyan itu telah menjentik satu perasaan dihatinya. Dia sukakan lelaki itu. "Hanim, kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau ada abang yang kacak?" - KASTURI Sejak dia tahu kewujudan Eriq Haiyan, makin kerap pula Kasturi berkunjung ke rumah Hanim. Semata-mata untuk memikat abang sahabatnya itu. "Aku tak suka kau. Tak payahlah ganggu aku lagi!" -ERIQ HAIYAN. Eriq tu, mulut saja kata tak suka. Tapi hati siapalah yang tahu. Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya. Tak mahu gadis itu terlalu berharap, dia buat keputusan untuk menjauh dan kembali semula ke Perth. Kembalinya Eriq ke Perth membuatkan Kasturi terpaksa menerima cadangan Puan Raudah untuk berkahwin dengan abang angkatnya sendiri. Hati memang tak rela. Tapi dia cuba ikhlaskan. Namun, kalau jodoh tak panjang, tak kekal lama. Lagi pula, Kasturi menjadi mangsa dera suaminya. Dua tahun berlalu, Eriq pulang semula ke Malaysia dengan satu impian yang besar. Dia ingin melamar Kasturi. Dia sudah yakin dengan perasaannya. Namun harapannya musnah setelah mengetahui Kasturi sudah berkahwin. Tak apalah. Bukan jodoh dia dengan Kasturi. Niat nak move on terpaksa dibatalkan apabila Kasturi sah bercerai dengan bekas suaminya. Impian Eriq cuma satu. Dia nak Kasturi jadi miliknya. Bila hati Kasturi kembali berpaut padanya, dia gembira. Tapi yang berlaku tak seindah yang dibayangkan. Mampukah Eriq Haiyan dan Kasturi bahagia? Adakah hubungan mereka akan direstui semua orang? Atau akan ada seseorang yang bakal menghancurkan hubungan serta hidup mereka?
TUAN NAUFAL ✓ by dreyaaa_
dreyaaa_
  • WpView
    Reads 1,080,005
  • WpVote
    Votes 55,958
  • WpPart
    Parts 76
awas typo mengisahkan tentang engku aireen mikasya pelajar form 5 yang menyukai Tuan harraz Naufal ketua pelajar form 6 ... mikasya gadis yang cantik ,manis dan comel..digilai ramai lelaki naufal..jejaka yang digilai ramai gadis ..siapa yg memilikinya sgtlah bertuah..matanya yang berwarna kelabu ,muka yang cukup pakej dan badan yang sgt sempurna membuatkan ramai gadis cair dengan nyaa termasuklah mikasya suka dekat headprefect ? adakah mereka akan saling menyukai?.. "Saya suka awak"mikasya Apakah yang akan naufal balas? Adakah mereka suka sama suka? nak tahu lebih lanjut? silakan membaca #ideasendiri #tolongsupport #byktypo
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,380,422
  • WpVote
    Votes 329,937
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 500,114
  • WpVote
    Votes 17,204
  • WpPart
    Parts 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 210,842
  • WpVote
    Votes 13,898
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 156,234
  • WpVote
    Votes 12,839
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
KERANA KAU YANG KUPILIH (TERBIT PBAKL 2024) by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 555,620
  • WpVote
    Votes 4,602
  • WpPart
    Parts 8
𝔻𝕣 𝕌𝕗𝕒𝕚𝕣𝕒𝕙 𝕌𝕞𝕞𝕒𝕣𝕒 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕄𝕒𝕣𝕚𝕥𝕚𝕞 ℕ𝕦𝕒𝕚𝕞𝕒𝕟 𝕌𝕞𝕒𝕣 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒍𝒂𝒈𝒊𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝙶𝙴𝙽𝚁𝙴: 𝙰𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽/𝙼𝙸𝚂𝚃𝙴𝚁𝙸/𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴 𝙼𝚄𝙻𝙰: 11 Oktober 2023 𝚃𝙰𝙼𝙰𝚃: 23 November 2023
Rahsia Takdir Antara Kita  by scarletwani
scarletwani
  • WpView
    Reads 2,271,413
  • WpVote
    Votes 56,714
  • WpPart
    Parts 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan bersama Huzair Adha merangkap abang kepada teman lelakinya. Atau lebih tepat lagi,bakal abang ipar Nur Hanis sendiri! "Saya tak sangka,Hanis..awak sanggup curangi saya. paling saya tak dapat terima,awak curang bersama abang saya sendiri!" - Firdaus Adha Hanis dibuang oleh keluarga akibat tidak dapat menerima berita yang memburukkan maruah keluarga mereka. Paling sedih,Ibu mertua dan adik iparnya seakan akan membenci Nur Hanis selepas berkahwin dengan Huzair Adha. "Mungkin saya tak patut muncul dalam dunia ni. Mungkin kelahiran saya adalah satu kesalahan yang amat besar. Please Huzair,jangan cari saya lagi" -Nur Hanis "Aku sangka kau adalah wanita paling mulia dalam dunia ni tapi aku silap, kau adalah perempuan paling durjana yang pernah aku jumpa,Hanis!" - Huzair Adha Siapa sangka takdir Allah yang kita sendiri tak dapat dijangka. Dan siapa sangka semua yang berlaku ini adalah rancangan semata mata.
Call Sign : Black Mamba by Ieyqaroses
Ieyqaroses
  • WpView
    Reads 12,466
  • WpVote
    Votes 696
  • WpPart
    Parts 51
[BOOK 3] Zavier Aydan, seorang perjaka tinggi lampai bermata hazel merupakan salah seorang ahli pasukan elit di bawah JKDM. Perjaka yang tenang dalam berkata-kata dan ceria ketika bersama orang tersayang. Alnaira Hilya, gadis yang tampak lemah lembut dari segi luaran. Ternyata merupakan seorang gadis yang kasar dalam percakapannya. Nadanya sinis dan dingin setiap kali bercakap dengan orang luar. Lebih tepat, kaum Adam. Orang kata lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan. Katanya lambat-laun mesti akan ada salah seorang yang terikat hatinya. Betullah tu. Dan Alnaira orang pertama yang sudah jatuh hati dengan sahabatnya, Zavier sejak dia diselamatkan oleh perjaka itu dari dibuli dulu. Namun rasa cinta itu hilang tatkala mereka terpaksa berpisah dek ingin mengecapi impian masing-masing. Sepanjang mereka terputus hubungan, pelbagai perkara yang terjadi dalam hidup Alnaira membuatkan gadis itu sudah tawar hati terhadap lelaki. "Setiap yang ada di depan mata takkan mampu menandingi si dia yang sudah ada di dalam hati." - Zavier Aydan. "Kau mampu mencintai aku sedalamnya. Tak mustahil kau boleh tinggalkan aku sejauhnya." - Alnaira Hilya. Hidupnya berubah serta-merta apabila perjaka bermata hazel itu tiba-tiba muncul di depannya. Dan yang lagi dahsyat ialah lelaki itu mahu menikahinya! Gila! "Yasin ayat 40. Jangan pernah bermimpi yang kita akan bersama." - Alnaira Hilya. "Mencintai orang sebaikmu ialah pilihanku. Sedih, sakit dan kecewa itu risikoku kerana aku yang memilihmu. Menyesal? Tidak. Selagi mana aku mencintaimu." - Zavier Aydan. Alnaira yang Zavier kenal berbeza dengan Alnaira yang pernah menjadi sahabatnya dulu. Gadis itu sudah berubah sepenuhnya sehingga dia juga dibenci oleh Alnaira tanpa sebab. Apa yang terjadi pada gadis itu sehingga Alnaira tiada rasa untuk terima cintanya? "4284. Fi Hifzillah, my Zhena..." - Zavier Aydan. "4284. Fi Amanillah, Tuan..." - Alnaira Hilya. START : 4/1/2024 END :
Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG] by KayraAmelya
KayraAmelya
  • WpView
    Reads 41,863
  • WpVote
    Votes 1,882
  • WpPart
    Parts 39
[Demon Wolf : Chapter 2] ❝ Stubborn husband but sometimes becomes sweet to his wife ❞ Dia, Amsyar Hayder Alessandro. Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Dia berusia 24 tahun. Dan merupakan adik kepada Asyraf Hayden. Perangai dia memang minta penampar tetapi ramai orang yang meminatinya dalam diam. Dia keras kepala. Dia memang bukan seorang yang romantik. Tapi, kalau dia dah jadi romantik... Abang dia pun boleh kalah tau. "Mi amas vin, anĝeleto." - Amsyar Hayder "Ya, memang saya faham pun." - Afrin Raihana Ya, gadis itulah yang telah berjaya mencuri hati seorang jejaka yang perangainya memang minta kaki. "Kahwin dengan aku." - Amsyar Hayder "Saya tak bersedia lagi." - Afrin Raihana Seorang gadis yang bernama Afrin Raihana adalah seorang yang berperwatakan ceria, baik hati dan merupakan sahabat baik Dareen Aryana. Dia juga seorang hati yang kental. Tetapi, ada suatu masa itu. Dia sudah tawar hati kerana ada salah faham yang berlaku di antara mereka. "Jangan cari saya lagi." - Afrin Raihana "Eh, aku ada buat salah dengan kau ke?" - Amsyar Hayder "Padan muka. Siapa suruh tak explain betul-betul kat bini kau. " - Asyraf Hayden "Jangan risau lah. Dia selamat." - Aaron Robert "Mana kau tahu?" - Amsyar Hayder "Aku kan semua benda tahu." - Aaron Robert ⋆⋆⋆ Dan sebenarnya, Amsyar Hayder ini mempunyai penyakit DID sama seperti abangnya, Asyraf Hayden. "Hays. Aku nak tubuh aku balik." - Amsyar Hayder "Aku takkan kasi sebab kau yang terima syarat aku haritu." - Hays "Hays, tolong kembalikan Amsyar. Dia pemilik tubuh ni, awak tak boleh kuasai tubuh dia." - Afrin Raihana "Sedar sikit yang kau tu cuma menumpang je." - Putra Sufi _____ "Dia, aku punya seorang." - Hays Yes, he's the real devil. ♪♪♪ STORY 1 - MRS. ASYRAF HAYDEN (C) STORY 2 - MRS. AMSYAR HAYDER Baca Book 1 dulu kalau tak nak confuse. Start : 16/12/23 End : -