❤️
2 stories
My Beautiful Sunshine by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 2,548,085
  • WpVote
    Votes 61,016
  • WpPart
    Parts 52
Megat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, saat gadis itu menumpahkan kopi pada scrubs yang dipakainya. Airis Dahlia - Walaupun beberapa bulan telah berlalu sejak peristiwa lelaki misteri yang menyelamatkannya daripada bekas teman lelakinya, wajah jejaka itu masih tersemat utuh di ingatannya. Penyesalan terbesarnya ialah tika dia tidak bertanyakan nama jejaka tersebut. Namun, nasib baik menyebelahinya bila dia kembali bertemu dengan jejaka tersebut. Megat Arfan dan Airis Dahlia. Seorang doktor dan seorang pelajar dietetik. Seorang yang tenang dan seorang hyper. Seorang yang memendam perasaan dan seorang yang jujur dengan perasaannya. Kerana ibu bapa mereka bersatu. Tetapi kerana ibu bapa juga, Airis Dahlia ingin mengundurkan diri dari hidup seorang Megat Arfan. Mampukah Megat Arfan mempertahan Airis Dahlia, his beautiful sunshine ? ⚠️ MATURE CONTENT
Cinta Senakal Dia ✔ [TERBIT] by LaurenAlyrra
LaurenAlyrra
  • WpView
    Reads 2,642,478
  • WpVote
    Votes 27,379
  • WpPart
    Parts 14
[BAB PROLOG - BAB 10 SEDIA UNTUK DIBACA] Selepas menolak lamaran abang sepupunya, Irdina Qaisara terpaksa menerima lamaran bos sendiri, Uwais Haqqani tanpa sebarang syarat. Uwais Haqqani, bos yang beku di pejabat, tidak percaya pada cinta dan tidak melayan perempuan. Dia memaksa Irdina berkahwin dengannya atas dasar mahu membuktikan yang perkahwinan mereka akan kekal walaupun tanpa cinta, tidak seperti perkahwinan mama dan papanya. Selepas berkahwin, sikap Uwais berubah 360°. Dari beku kepada romantis. Sampaikan panggilan pun bertukar juga. Irdina hairan dengan sikap Uwais tapi dia endahkan saja. Dia lagi suka dengan sikap Uwais yang romantis itu. Siapa sangka perkahwinan yang terbina tanpa cinta akhirnya berubah. Mereka sama-sama jatuh cinta. Sama-sama menyimpan perasaan cinta. Tapi, kerana dendam seseorang, Irdina terpaksa meninggalkan Uwais seorang diri. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan namun Irdina tetap tidak dijumpainya juga. Uwais tetap mencari Irdina di merata tempat. Baginya, Irdina tetap dekat di hatinya walaupun mereka terpisah jasad. Sejauh manakah kekuatan cinta mereka berdua dan adakah Uwais dan Irdina akan bertemu kembali?