quainsha
86 stories
MR. Ryan Zyran | SU by quinnuaz
quinnuaz
  • WpView
    Reads 1,494
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 2
Student × Lecturer Nur Isya Zyana × Muhammad Ar- Ryan Zryan
Dalam Tawanan Mr Educator | SU ( Slow Update )  by AuthorRihhh
AuthorRihhh
  • WpView
    Reads 231
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 5
Maizatul Arasya tidak pernah menyangka hidupnya akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang berbeza dari sebelumnya. Baginya, lelaki hanyalah sekadar lelaki, sama ada berpakaian moden ataupun berkopiah, akhirnya mereka tetap membawa wajah yang sama. Wajah kepura-puraan. Dia pernah dikhianati oleh janji-janji manis seorang yang berlagak alim, lalu hatinya tertutup daripada menerima cinta, apatah lagi untuk mempercayai seorang lelaki yang datang atas nama agama. Namun, segalanya berubah apabila muncul sosok bernama Wan Afzhan Maleeq bin Wan Rafeeq Ghazali, seorang pendidik yang tidak sekadar mengajar dengan buku dan pena, tetapi dengan akhlak dan kesabaran yang luar biasa. Pertemuan pertama mereka penuh dengan pertengkaran dan salah faham. Bagi Maizatul, Afzhan hanyalah seorang lagi "lelaki penunggang agama" yang cuba masuk ke dalam hidupnya. Bagi Afzhan pula, Maizatul seorang wanita muda yang masih cetek di dunia luar, di balik ketegasan, tersimpan luka yang tak tergambar. Konflik bermula apabila Afzhan hadir ke rumah Maizatul tanpa diundang. Kata-kata sinis dan herdikan Maizatul tidak sedikitpun menggoyahkan ketenangan Afzhan. Malah, setiap hujahnya dibalas dengan kesabaran dan ketegasan yang membuatkan Maizatul keliru. Siapa sebenarnya lelaki ini? Mengapa dia seakan-akan tidak terusik walaupun dihina, malah masih mampu membalas dengan senyuman tipis? Perjalanan mereka tidak mudah. Pertembungan ego, salah faham, dan luka masa lalu sering membuatkan Maizatul menolak kehadiran Afzhan. Tetapi di balik ketegasan Afzhan, ada kelembutan seorang guru. Dia mengajarkan Maizatul bukan sahaja tentang makna cinta, tetapi tentang erti kembali kepada fitrah. Sedikit demi sedikit, tembok keras di hati Maizatul mula retak, memberi ruang untuk cahaya kepercayaan kembali masuk. "Afzhan, dia satu yang berjaya merawat hati. Dan pada dia juga, perlahan-lahan kembalikan kepercayaanku pada dia. Aku miliknya, selamanya"
Secret Latte Love | OG [hiatus] by lvlyycipp
lvlyycipp
  • WpView
    Reads 2,416
  • WpVote
    Votes 1,433
  • WpPart
    Parts 8
Darren Idris × Lyra Salsabella Start : 7/10/2025 End :
Dendam Yang Terbalas [SU] by -Zyallee
-Zyallee
  • WpView
    Reads 2,510
  • WpVote
    Votes 1,763
  • WpPart
    Parts 13
Inara Ayesha. Yang dahulunya hanya mangsa dipijak tanpa belas. Luka itu membekas, membentuk parut yang tak pernah sembuh. Dua tahun berlalu, hidupnya masih dihantui bayangan silam. Sehinggalah satu pertemuan mengubah segalanya. "Kau masih ada pilihan. Terus hidup dalam bayangan dendam... atau ikut aku untuk cari tahu siapa sebenarnya dalang semua ini." Liena Damian. Seorang wanita yang identitinya tersembunyi, hadir di dalam hidup Inara Ayesha. Dari situ, benang kusut mulai terlerai. "If you're going to make me a piece in your game, don't be suprised if I decide to play." Ayla Alyssa "Aku nak lihat sendiri... orang terakhir yang musnahkan hidup aku menerima balasannya." Saat keadilan akhirnya berpihak padanya, melihat musuhnya menerima balasan, dia menyedari satu hal. Dendamnya hanyalah pintu masuk kepada sesuatu yang lebih besar. Kini, giliran dia berdiri tegak... menyaksikan dunia akhirnya memberi balasan yang setimpal. "Kerana balasan bukan noktah, tetapi permulaan."
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 549,377
  • WpVote
    Votes 32,975
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
WILDAN  by novday
novday
  • WpView
    Reads 223,382
  • WpVote
    Votes 13,402
  • WpPart
    Parts 77
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐦𝐬𝐞𝐥𝐟. . Once upon a time; "𝐈𝐟 𝐰𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐧𝐞𝐱𝐭 𝐞𝐧𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫, 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐦𝐞?" "𝐈𝐧 𝐬𝐡𝐚𝐚 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇. 𝐈𝐟 𝐇𝐞 𝐰𝐢𝐥𝐥𝐬." You were no one but only a stranger whom I never knew before. Yet out of the blue you appeared and protected me, as if I am the most cherished person for you. 𝐌𝐲 𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐦𝐲 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐨𝐫, 𝐦𝐲 𝐬𝐚𝐯𝐢𝐨𝐮𝐫. . Sinopsis penuh di chapter pertama. . Mula: 31/12/2020 Tamat: 9/6/2021 Amaran: Dilarang menciplak atau memplagiat. Sebarang bentuk penghasilan semula adalah tidak dibenarkan sama sekali. © Hak Cipta Terpelihara oleh novday
Ivan Donovan: The Masked Killer by shapeshifterVO
shapeshifterVO
  • WpView
    Reads 78
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 2
Ivan Donovan membesar dengan bayang darah dan siren polis yang tak pernah padam. Ayahnya, seorang pegawai polis yang jujur, mati ditembak oleh rakan sepasukannya sendiri sekumpulan pegawai korup yang cuba melarikan diri selepas menyelewengkan bukti besar kes rasuah. Ivan menyaksikan segalanya pada usia sembilan tahun. Sejak malam itu, dia berhenti percaya kepada keadilan. Dua puluh tahun kemudian, Ivan menjadi lelaki yang cuba hidup dengan cara biasa tapi di sebalik wajah tenangnya, fikirannya terpecah menjadi empat. Dalam dirinya, lahir tiga bayang yang tidak pernah tidur: Raze, pembela keadilan yang menukar dendam menjadi peluru. Elara, suara lembut yang menenangkan, tapi juga menghasut dengan kasih sayang yang beracun. Noel, kanak-kanak sembilan tahun yang masih terperangkap di malam pembunuhan ayah mereka. Ivan sendiri tidak sedar bila dunia nyata dan dunia dalam kepalanya bertukar tempat. Setiap kali "hilang masa", mayat seorang pegawai polis akan ditemui dengan leher terikat tali, bunga ros merah di tangan, dan doa pendek terukir di dinding: "Untuk yang lupa makna keadilan." Ketika kebenaran mula terbongkar, Noel alter kanak-kanak itu akhirnya membuka memori sebenar malam ayah mereka dibunuh. Ia bukan sekadar kehilangan, tapi akar kepada segala kehancuran. Ivan sedar: setiap darah yang tumpah bukan membalaskan kematian ayahnya, tetapi mengulangi tragedi itu dengan wajah yang berbeza. Dalam pertarungan terakhir antara realiti dan halusinasi, Ivan berdiri di depan cermin yang retak, menatap pantulan yang berubah-ubah antara dirinya, Raze, dan Declan bertanya soalan yang tak lagi punya jawapan: "Siapa sebenarnya pembunuh?"
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 94,728
  • WpVote
    Votes 4,151
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!