zawinaziehahzaly's Reading List
39 stories
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 63,437
  • WpVote
    Votes 8,624
  • WpPart
    Parts 40
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 899,477
  • WpVote
    Votes 31,806
  • WpPart
    Parts 77
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen tak nak susahkan abang." -Aireen Zhafira "Sayang tak pernah susahkan abang. Please sayang, stay with me and i will prove to you that im not wrong." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me, Sayang." -Zill Rayzael --- START: 30 JULY 2025 END: 18 OCTOBER 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 637,215
  • WpVote
    Votes 31,670
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
BELLINA. by PoisonAnggeric_
PoisonAnggeric_
  • WpView
    Reads 2,937
  • WpVote
    Votes 232
  • WpPart
    Parts 7
Proudly presenting~ 🌹BELLINA. Sinopsis. Bellina Anggeric-seorang remaja berusia 16 tahun yang bijak pandai serta penuh bakat.Dia dikenali sebagai murid cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum di sekolahnya. Menjelang usia 17 tahun,Bellina menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan berjaya meraih keputusan yang sangat gemilang. Di mata orang sekeliling, Bellina memiliki minda yang cerdas dan mental yang sangat stabil kerana mampu mengimbangi pelajaran serta aktiviti luar dengan sempurna. Bagi mereka, kehidupan Bellina pastinya indah dan tanpa cela. Namun, adakah persepsi itu benar? Adakah dia benar-benar menjalani hidup sebaik yang digambarkan oleh masyarakat? Edriel D'Tarmizy-Dingin.Satu perkataan itu sudah cukup merumuskan keseluruhan keperibadiannya. Dia bersikap kasar,menjauhi wanita,gemar menyendiri dan sering tampak tenang tanpa emosi. Edriel juga seorang gila kerja, atau sering disebut workaholic.Hariannya dipenuhi dengan urusan kerja sehingga pejabatnya sendiri sudah dianggap sebagai rumah kedua.Tidak dapat disangkal kepintarannya pada usia muda 22 tahun, hotel dan kafe miliknya beroperasi dengan jaya tanpa sebarang bantuan daripada bapanya.Segala rutin hidupnya mula berubah apabila nama Bellina Anggeric mula tertanam di hatinya. "Kenapa kau panggil aku pakcik?" -Edriel D'Tarmizy- "Sebab pakcik dah tua.Muka pun macam pakcik-pakcik." -Bellina Anggeric- "Excuse me?Are you kidding me, Anggeric?" -Edriel D'Tarmizy- HAPPY READING SAYANG II SEKALIAN💋🌹
Him: The Hierarchy [Slow Update] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 7,113
  • WpVote
    Votes 339
  • WpPart
    Parts 3
Allysa Natasha, si dara yang sedaya upaya memikat hati seorang jejaka yang bernama Tengku Raiz. Beri la apa sekali pun alasan, gadis itu akan tetap mengejar jejaka impiannya. "Tengku ni lama lagi ke?" - Allysa "Lama apa?"- Tengku "Nak cinta saya?!" - Allysa Ya, itulah dia. Kisah cinta daripada si dara dan pujaannya. Perbezaan umur sebanyak 6 tahun membuatkan Tengku berasa tidak selesa namun bagi si dara, umur hanyalah angka! "Aku dengan kau beza 6 tahun, Allysa" - Tengku "Alah, umur hanya angka!" - Allysa Dapatkah si dara gapai hati beku seorang Tengku Raiz? Dapatkah si dara mencairkan seorang Raiz?
Langit, Sampaikan Rindu Ini [SLOW UPDATE] by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 130
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 2
(2ND STORY) Dayyan Hudzaifah x Nur Eshal Raihana
Isteri Pilihan Syurga (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 76,539
  • WpVote
    Votes 3,329
  • WpPart
    Parts 44
Bella Yumna dan Taufiq Firdaus berkahwin kerana saling mencintai. Namun, setelah tiga tahun, rumah tangga mereka diancam penceraian. "Taufiq Firdaus, tolong lepaskan saya." - Bella Yumna Tindakan Puan Sri Sabrina, ibu kandung kepada Taufiq lagi mengeruhkan keadaan. Soal zuriat menjadi alasan untuk wanita itu menyakiti hati Bella. Bahkan, Puan Sri Sabrina telah memilih Wafa Hanan sebagai isteri kedua Taufiq. "Wafa... Kak Bella nak melamar Wafa sebagai isteri Abang Taufiq." - Bella Yumna "Kita jumpa di mahkamah selepas saya kahwin. Saya nak awak tetap jadi isteri saya dan tengok sendiri saya jadi suami perempuan lain." - Taufiq Firdaus Kerana permintaan Taufiq, Bella terus kuatkan hati dan melihat suami sendiri berkahwin. Kerana masih ada cinta, Taufiq belum berhenti memujuk supaya mereka berdua tak perlu berpisah. Setelah itu, Bella hilang begitu sahaja daripada Taufiq. Sepanjang menghilang, Bella membina hidupnya semula. Seorang lelaki juga hadir melafazkan cinta. "Awak tahu kan saya ikhlas cintakan awak. Tapi, saya tahu cinta saya itu tabu." - Ahmad Baihaqi Tidak sedar dua tahun masa berlalu, Taufiq, Wafa dan Bella bertemu semula di bumi Amsterdam. Mungkin, pertemuan kali ini bakal menoktahkan segalanya. Bella mahu menyelesaikan urusan yang tertunda. Taufiq juga merancang untuk tidak mengikat Bella lagi sehingga... "Abang, Kak Bella masih isteri abang yang sah. Wafa nak Kak Bella jadi isteri abang seperti dulu, sebelum Wafa muncul." - Wafa Hanan Bella dihimpit oleh Wafa. Antara Taufiq Firdaus dan Ahmad Baihaqi, dengan siapakah Bella akan bergelar isteri pilihan syurga?
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,557,966
  • WpVote
    Votes 30,319
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
Erina Tihani: Bukan Aku Tak Cinta (Terbit) by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 793,143
  • WpVote
    Votes 4,701
  • WpPart
    Parts 10
Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya.
MY GREY GUY by adawiyahasmadi
adawiyahasmadi
  • WpView
    Reads 2,148,546
  • WpVote
    Votes 56,855
  • WpPart
    Parts 58
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) FIRST BOOK! -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadis-gadis di luar sana jatuh hati kepadanya. Bagaimana tidak kalau wajah kacukan perancis dan melayu itu menjadi tatapan mereka. Paling istimewa ialah matanya yang berwarna kelabu menjadi tumpuan orang ramai. Kaya ? Hanya petik jari terus dapat apa yang dia mahukan. Nama pun CEO kan ? MADIENA DELISHA seorang gadis yang hanya berasal dari kampung. Seorang yang lemah lembut dan yang paling tidak terduga perangai polosnya. Hanya seorang peniaga nasi lemak di tepi jalan. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh gadis kampung ini untuk menampung kehidupan sehariannya. ... Bang ! Bang ! Bang ! Siapa sangka wajah kacak itu mempunyai sisi gelap yang amat menakutkan. Hanya keluarga dan orang terdekat sahaja yang tahu. "I will not let go of those who have touched what should be mine.." - Luth Aelden Evrard. "I-I'm sorry.." "Kepala bapak kau sorry !" -Henry Dzakwan. "Bapak dia dah mati lah Henry.." -Aryan Gilbert. "Dia dah mula dah.." -Felix Adry. "Stupido.." -Markuez Raymond. Bang ! Bang ! Bang ! ... ⚠️ karya tersendiri. ⚠️ siapa copy esok santau aku sampai. ⚠️ tak ada watak GAY dalam cerita ni tau, baca dulu baru judge :)