Brokennn
4 stories
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,677,830
  • WpVote
    Votes 259,660
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Bukan Cinta Sempurna ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 2,438,625
  • WpVote
    Votes 28,928
  • WpPart
    Parts 11
(Terbit PBAKL 2024) (ADAPTASI DRAMA AKASIA BUKAN IPAR SEMPURNA DI TV3) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐌𝐑 𝐏𝐈𝐋𝐎𝐓✔️ by CameliaBatrisyix
CameliaBatrisyix
  • WpView
    Reads 854,206
  • WpVote
    Votes 36,223
  • WpPart
    Parts 80
Uwais Eskandar x Clarissa Batrisyia Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Clarissa Batrisyia, seorang gadis yang ceria dan happy go lucky. Namun kehidupannya berubah apabila bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Uwais Eskandar. Uwais Eskandar seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang pesawat, sejak munculnya Uwais di hidup Rissa. Semuanya berubah. "Siapa kata aku suka dan jatuh cinta pada kau? Kau fikir kau seorang aje ke perempuan yang ada dekat dunia ni, hmm? Sorry but you're not my taste!" - UWAIS ESKANDAR Kena pula dengan Rissa yang mulut berbisa ni, kalau melawan memang dia adalah juara! "Cakap guna otak sikit boleh tak wahai hamba Allah yang berlagak dan poyo?! Kau fikir kau seorang aje yang ada mulit? Jangan sampai Allah tarik nikmat bercakap tu, haa tak pasal-pasal jadi OKU sebab bisu!" - CLARISSA BATRISYIA Sekejap macam anjing dan kucing, sekejap macam kuku dan isi. Namun selepas beberapa bulan, mereka berdua mulai rapat dan telah bergelar 'tunang' pada masing-masing. Hanya disebabkan satu peristiwa hitam yang terjadi semasa mereka bertunang, Uwais bukan seperti dulu lagi. Lelaki itu berubah menjadi seorang lelaki yang ego! Nak tahu kisah selebihnya? Bacalah novel Love From MR Pilot🤍 #1 - fiksyen #1 - novelmelayu #1 - pilots #1 - romance #1 - cinta
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,680,452
  • WpVote
    Votes 28,934
  • WpPart
    Parts 9
[ Terbit - Fajar Pakeer ] 2025 Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara. Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa. Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji. "Saya buta, Jibrail. Saya cacat." - Yasmeen Alana. "Cik Alana tetap sempurna pada mata saya." - Mohd Zeyad Jibrail. Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail. Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan? "Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku." - Mohd Zeyad Jibrail. Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba. Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran? Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina? Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia. "Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata."