Sad
5 stories
Permergianku adalah yang terbaik  by lyaqyh
lyaqyh
  • WpView
    Reads 50,953
  • WpVote
    Votes 2,251
  • WpPart
    Parts 4
I CRIED!😭😭 Tapi sebelum tu, Lya nak beritahu.Ni bukan Lya yang buat . Tapi kawan Lya punya kakak 👏. . . . . . . . . . . Selepas kemalangan yang berlaku 13 tahun yang lalu kepada kakak kembar Fiya, Fira, Keluarga mereka tidak lagi melayan Fiya . Mereka membenci Fiya! Kerana Fiyalah , fira kemalangan. kerana Fiyalah Fira kehilangan sebelah buah pinggangnya. Fiya tidak ada sesiapa lagi untuk menemaninya selain makcik imah . Makcik Imah hanya seorang penjaga yang sangat menyayangi Fiya seperti anak nya sendiri. Fiya dengan kedua kakaknya bagaikan bumi dan langit. Kedua kakaknya dilayan seperti Princess. Begitu jauh bezanya dengan fiya. Sekolah fiya hanyalah sekolah kerajaan yang tidak mempunyai kualiti tertinggi. Begitu jauh bezanya dengan kak aina dan kak fira. Mereka di sekolahkan di sekolah yang berkualiti tinggi sehingga mengeluarkan duit yang banyak . #72 in Short Story - 20.08.17
IZZ ARYAN © by thusfthi
thusfthi
  • WpView
    Reads 267,224
  • WpVote
    Votes 9,066
  • WpPart
    Parts 38
'Cinta tak semestinya memiliki' "Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman." - Izz Aryan Izz telah dibuang daripada keluarga Dato' Afzan setelah difitnah oleh saudara kembarnya sendiri. Sungguh dia tidak sangka kehidupannya akan berubah 100% bermula pada hari dia melangkah keluar dari banglo mewah itu. Hidupnya yang dulunya mewah bertukar menjadi susah. Tapi dia bukannya lemah, Izz tetap meneruskan juga kehidupannya. Dalam dirinya dilanda kesusahan, Izz berkenalan dengan seorang gadis yang agak brutal bernama Raysha Izreen. Raysha adalah semangat baru untuk Izz meneruskan kehidupan. Izz dan Raysha telah berjanji akan menjadi sahabat buat selama-lamanya. "Kenapalah kau baik sangat dengan aku Izz. Bagaimana aku nak lepaskan kau kalau begini. Bagaimana aku nak padam perasaan aku terhadap kau Izz" -Ray / Raysha Izreen Raysha terpaksa memendam perasaannya terhadap Izz. Dia tahu Izz sudah lama meminati seorang gadis bernama Elina. Sakitnya memendam rasa hanya dia sahaja yang tahu. Saat perasaan sayangnya semakin membua-buak, muncul pula seorang lelaki bernama Izhaan. Dia langsung tidak mengenali lelaki itu apatah lagi jatuh cinta pada lelaki itu. Kegilaan Izhaan menambahkan rasa benci Ray terhadapnya sahaja. ××××× Copyright © 2019 by thussss_ Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan adalah kebetulan dan tidak disengajakan. Elemen sensitif di dalam cerita ini hanya hiburan dan teladan sahaja. Elemen sensitif juga tidak berniat untuk memprovok sebarang isu sensitif. 🔒Start : 7th February 2019 🔓End :11th February 2019 🎉Achievement × #Teen No 1 (23 July 2019)
Aisyah by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 261,862
  • WpVote
    Votes 10,256
  • WpPart
    Parts 36
Aisyah dalam bahasa Arab bermaksud kebahagiaan. Selama dia dibesarkan di dalam keluarga kecil yang hanya ada dia dan adiknya sahaja, dia sudah rasa bersyukur. Hadirnya keluarga seorang lelaki merisik tentangnya, telah mengikat dia untuk memegang jawatan seorang isteri. Untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki itu tidaklah sepertimana yang diimpikan olehnya. Maklumlah, hidupnya hanyalah keluarganya dan lelaki itu lelaki yabg pertama merisik tentangnya, Setiap perempuan yang lahir di muka bumi Allah ini, pasti ingin menjadi seorang bidadari pada suaminya. Tapi, untuk Aisyah biarlah dia tidak menjadi bidadari syurga suaminya asalkan suaminya bahagia walaupun dia terpaksa menderita dalam kebahagiaan suaminya. "Andai kebahagiaan awak bukanlah dari saya, maka pulangkanlah saya semula kepada keluarga saya. Sepertimana, awak datang mengambil saya dari keluarga saya." ~Aisyah
Sesal  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 564,469
  • WpVote
    Votes 15,555
  • WpPart
    Parts 25
Sara Irdina dan Haridz Hakimi disatukan kerana satu insiden. Perkahwinan mereka terjadi hanya kerana perangkap rakan baiknya sendiri. Sakit hati tidak terkata. Sara Irdina tabah menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun pelbagai perkara dilakukan Haridz Hakimi yang menyakiti hatinya. Hari berganti hari membuatkan hati masing-masing berpaut. Cinta yang mereka rasakan tidak dapat untuk diungkap. Namun sekali lagi , hatinya disakiti. Membuatkan dirinya merana bersama anak-anaknya. Bagaimana Sara Irdina sanggup menghadapi cabaran dengan perangai Haridz Hakimi yang berubah-ubah?
Salamku Untuk Kali Terakhir  by marisinc
marisinc
  • WpView
    Reads 119,561
  • WpVote
    Votes 4,169
  • WpPart
    Parts 88
Berkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Zafuan sebagai kenalan dari kecil. Zimi sebagai bakal tunang. Sedikit pun tak mencacatkan hubungan tanpa nama itu. Tapi, apa akan jadi bila Amna Sofea betul-betul dinikahi Hazimi Redza. Masihkan hubungan Amna Sofea dan Muhd Faiz tetap wujud? Atau, takdir lain yang bermain antara mereka? Warning! Don't read if you expect to be happy ending and loving and romantic. I have depression. So, I'll make you depress too.