Choco Mint old account
8 stories
Sumpahan Abadi Hikaru by Choco_mint2704
Sumpahan Abadi Hikaru
Choco_mint2704
  • Reads 16,098
  • Votes 1,675
  • Parts 33
Hikaru Ryuichi merupakan seorang remaja yang memiliki kuasa yang sangat luar biasa atau overpowered. Walaupun begitu, dia memiliki sebuah kisah yang menyedihkan yang disembunyikan disebalik keceriaan dirinya itu. Hidupnya tidak seindah yang orang lain bayangkan kerana dia harus menjaga 2 orang adiknya yang salah satu daripada mereka mengalami masalah kesihatan. Bukan itu saja, dia juga harus berjuang melawan masalahnya sendiri iaitu sebuah sumpahan abadi yang memberi kebaikan malah keburukan pada dirinya. Dia juga telah menderita dengan pelbagai perkara sebaik saja dia mulai tinggal bersama makcik & pakciknya tetapi dia senang kerana adik-adik yang lain dijaga dengan baik berbanding dirinya. Sebagai seorang abang paling tua dia harus mengharungi pelbagai perkara termasuklah dunia belajar di sebuah universiti yang sangat terkenal yang tanpa dia fikir akan pergi. Dia menyangka hidupnya bakal berubah akan tetapi hal itu sama sekali tidak seperti yang dia bayangkan malah jauh lebih teruk dari apa yang dia bayangkan. Dia seringkali dibuli & diremehkan malah dihina kerana kekurangan dirinya itu tapi dia tidak pernah mengalah untuk terus melawan. Dia hanya menumpukan pada pelajarannya & tidak menghiraukan orang yang membencinya. Tanpa dia sedar, dia juga telah bertemu seorang sahabat yang setia membantu dirinya. Walaupun dia gembira akan hal itu, dia sebenarnya turut bersedih akan hal itu kerana harus merahsiakan sesuatu yang sama sekali dia tidak suka kongsikan. Mampukah dia merahsiakan perkara itu buat selamanya? Apakah kisah disebalik sumpahan diri Hikaru itu? Apakah penyebab dia masuk ke universiti itu? Ikuti kisah Hikaru Satoru dalam menjalani hidupnya dalam mengharungi kesemua cabaran hidupnya..
Rafiq:Budak Luar Biasa by Choco_mint2704
Rafiq:Budak Luar Biasa
Choco_mint2704
  • Reads 15,996
  • Votes 1,795
  • Parts 30
Muhammad Rafiq Luqman merupakan seorang budak yang bernasib malang. Sejak kecil lagi, sudah tinggal bersendirian kerana ibubapanya yang terbunuh kerana sebuah serangan raksasa yang pernah memakan ramai jiwa korban di tempat tinggalnya sehinggakan hanya dia adalah mangsa yang terselamat. Dia mulai ditempatkan di rumah anak yatim. Bermula dari situlah, kehidupan Rafiq mulai berubah. Dia juga telah mulai sedar yang orang lain juga pernah menderita seperti nya. Walaupun begitu, Rafiq juga memiliki sebuah kuasa yang sangat luar biasa & juga memiliki sebuah kelemahan yang tiada siapa ketahui. ikut kisah Rafiq dalam mengenal dunia baru & melawan musuh yang mencabar dirinya. Apakah cerita di sebalik kisah dirinya? Apakah kuasa yang dimiliki oleh Rafiq? Apakah kelemahan Rafiq itu? ketahui jawapannya melukis kisah Rafiq:Budak Luar Biasa
Rahsia Si Mr.Arkitek by Choco_mint2704
Rahsia Si Mr.Arkitek
Choco_mint2704
  • Reads 1,013
  • Votes 119
  • Parts 11
Rabiatul Adawiah merupakan seseorang yang berjaya diterima untuk menjadi penuntut Universiti Teknologi di sebuah Negara bernama Balad Masalim. Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarganya, dia sudah berjanji akan membawa pulang sebuah kejayaan pada keluarganya. Dengan tekad & izin Allah SWT, dia selamat tiba di negara itu. Akan tetapi sebuah pertemuan yang tidak dia rancangkan telah mengubah hidupnya. Nik Azwan Zulki merupakan seorang penuntut yang mengambil jurusan seni bina untuk menjadi seorang arkitek yang tanpa sengaja telah bertemu dengannya. Walaupun begitu, Azwan adalah seorang penuntut yang penuh dengan misteri sehingga banyak rumor & gosip tentang dirinya mulai tersebar di universiti nya. Suatu hari, tanpa sengaja sebuah rahsia terbesar hidup Azwan telah terbongkar tanpa sengaja olehnya. Rahsia itu bukan saja mengejutkan dirinya malah dia juga hampir tidak mempercayai perkara itu. Adakah Rabiatul akan menerima diri Azwan yang sebenar atau terus meninggalkan dirinya itu? Mampukah Rabiatul mengharungi perjalanannya dalam menuntut ilmu & berjauhan dari keluarga tercinta? Bagaimanakah mereka mulai bertemu? Apakah rahsia terbesar hidup Azwan itu? Ikutilah kisah ini untuk mengetahui jawapannya!
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam by Choco_mint2704
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam
Choco_mint2704
  • Reads 63,390
  • Votes 6,178
  • Parts 74
Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup jauh dari masyarakat manusia biasa bagi menyembunyikan rahsia mereka sementara yang sudah dibesarkan bersama para Awakend yang lain mungkin merasai hal itu cuma biasa.i Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Syed Qaiser. Dilahir dengan kuasa yang hebat malah luar biasa. pakar dalam semua perkara & hidup berdikari malah tinggal bersendirian & hanya bertemankan seekor sahabat berbulu. Tapi dipinggirkan oleh kumpulan sendiri yang hanya memandang dirinya dengan sebelah mata kerana pendiam tanpa mengira kekuatan & kelebihan dirinya itu. Bagi kumpulan lain yang menghargai, pasti merasai kerugian sementara yang pandang sebelah mata padanya hanya menghina dirinya. Walaupun begitu, dia tidak kisah akan suasana & caranya dilayan. Dia hanya meneruskan hidup sebagai awakend yang memiliki kuasa luar biasa yang tiada pada manusia biasa. Ikuti kisah selok-belok perjalanan Hidup Qaiser sebagai seorang remaja yang bergelar sebagai Hero yang pendiam.
Zariel:Budak Berhood Putih by Choco_mint2704
Zariel:Budak Berhood Putih
Choco_mint2704
  • Reads 160,821
  • Votes 17,993
  • Parts 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada malam yang dingin itu. Nasibnya mulai berubah sebaik saja dia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memburu di hutan yang sama. Akibat kasihan akan nasib Zariel yang masih bayi itu, dia terus saja mengambil keputusan untuk membesarkannya. Setelah beberapa tahun, dia membesar menjadi seorang remaja & harus mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya termasuklah di sekolahnya. Bukan senang untuk menyembunyikan rahsianya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat & tabah menghadapi setiap cabarannya itu. Tapi semuanya berubah sebaik saja dia didapati memiliki kuasa yang sangat overpowered sehingga menarik minat para gurdian yang menjaga kerajaan itu. Bermula dari situ, dia telah dipilih untuk menerima tawaran ke sebuah akademi istimewa yang melatih orang sepertinya untuk membunuh para raksasa yang digelar sebagai Demoniac. Dia turut digelar dengan nama Budak Berhood Putih. Mampukah dia terus mengharungi segala cabaran itu & mengapa dia digelar dengan gelaran Budak Berhood Putih? Ikuti kisah Zariel dalam pengembaraannya untuk menghadapi setiap cabarannya itu.
Rayyan:Budak Serigala Hybrid by Choco_mint2704
Rayyan:Budak Serigala Hybrid
Choco_mint2704
  • Reads 4,359
  • Votes 567
  • Parts 13
Rayyan merupakan seorang remaja muda yang telah menjadi manusia Serigala Hybrid yang hasilnya daripada menjalani pelbagai eksperimen gila yang sangat menakutkan. Walaupun begitu, hidupnya mulai berubah setelah bertahun-tahun menderita sebagai spesimen ujikaji manusia yang kejam & tidak berhati perut. Kini, dia mulai menjalani hidup normal bersama keluarga angkatnya. Senormal mana pun kehidupan Rayyan, pasti akan ada cabaran yang dia harus hadapi sebagai Manusia Serigala Hybrid walaupun dia hidup di dunia fantasi yang memiliki pelbagai bangsa berbeza seperti bangsa manusia atau bangsa beast. Apa yang lebih menyedihkan, dia juga harus menderita dengan kesan sampingan yang terjadi akibat hasil daripada eksperimen merbahaya yang pernah mengancam nyawanya dulu. Akan tetapi, kes yang sama seperti Rayyan itu mulai berulang lagi sebaik saja sebuah organisasi gelap mulai muncul & menculik manusia lain untuk dijadikan bahan eksperimen gila malah raksasa yang sangat agresif turut dicipta & dilepaskan untuk membunuh malah menyerang manusia-manusia lain yang tidak berdosa. Apakah yang telah Rayyan lalui selama dia menjadi spesimen ujikaji? Siapakah orang yang telah menyelamatkan dirinya?? Apakah derita yang harus dia hadapi akibat daripada eksperimen itu? Organisasi gelap apakah itu? IKUTI KISAH RAYYAN, BUDAK SERIGALA HYBRID DALAM MISI MENUMPASKAN ORGANISASI GELAP YANG TELAH MELAKUKAN KESEMUA PERKARA KEJI ITU...
Seorang Hero Yang Tersakiti by Choco_mint2704
Seorang Hero Yang Tersakiti
Choco_mint2704
  • Reads 338
  • Votes 61
  • Parts 2
Di dunia ini takkan ada yang pernah aman & adil buat semua orang. Semua orang perlukan startegi & keperluan untuk teruskan kehidupan, tidak kiralah sehingga ia perlu mengorbankan nyawa seseorang sekalipun kerana dunia ini tidak adil. Kerana yang jahat, berkuasa, memiliki harta & darjat disanjung tinggi oleh masyarakat tanpa mengisahkan keadaan masa depan mereka yang bakal hancurkan kelak sementara sang bawahan yang baik & lemah dipandang rendah malah dipergunakan sebagai mainan sang penjahat. Adakah seorang hero yang lahir daripada orang bawahan dihormati walaupun sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk menyelamatkan mereka daripada bahaya & ancaman? sudah semestinya tidak bukan? Inilah nasib sang hero yang telah dikhianati malah disakiti sehingga jatuh ke dalam kegelapan kejahatan. Adakah ini semua salah sang hero yang tersakiti atau para masyarakat kejam disekelilingnya? Siapakah yang patut dipersalahkan? Sang Hero? Para masyarakat yang kejam? Dengarkanlah kisah Seorang Hero Yang Tersakiti yang dimana seorang hero yang telah menyelamatkan ribuan nyawa bakal dikhianati malah disakiti sehingga jatuh ke dalam kegelapan kejahatan...
Dunia Ryuzania: Bangsa Zelnora Yang Terakhir by Choco_mint2704
Dunia Ryuzania: Bangsa Zelnora Yang Terakhir
Choco_mint2704
  • Reads 827
  • Votes 94
  • Parts 3
Dunia Ryuzania ialah dunia fantasi yang penuh dengan keajaiban kuasa magis & makhluk mitos yang luar biasa malah diluar jangkaan manusia biasa. Dunia ini memiliki 8 jenis bangsa yang masing-masing akan memerintah di tempat-tempat yang tertentu seperti laut, tanah, kawasan pergunungan, langit malah dunia bawah tanah yang gelap & lain-lain lagi. Walaupun begitu, dunia ini sama sekali tidak aman malah tidak terlepas daripada peperangan yang dashyat sehingga suatu masa, bangsa-bangsa yang berbeza itu akhirnya, telah memikirkan jalan penyelesaian untuk berdamai. Walaupun sudah menjalankan hubungan yang baik diantara semua bangsa yang berbeza, norma yang buruk masih lagi ada di sekitar masyarakat mereka iaitu penindasan & ketidakadilan. Di mana yang lemah ditindas malah dihina sementara yang kuat disanjungi & dihormati oleh semua. Walaupun begitu, kesemua bangsa-bangsa ini telah diperintah oleh sebuah bangsa, iaitu Bangsa Ke-9, Bangsa Zelnora. Bangsa ini adalah satu-satunya bangsa yang paling kuat & mampu menggunakan hampir kesemua kuasa yang dimiliki oleh bangsa-bangsa yang lain. Sayangnya, disebabkan sebuah peperangan besar, Bangsa Zelnora akhirnya telah pupus daripada dunia tanpa meninggalkan seorang pun keturunannya & akhirnya pemerintahan ke atas semua bangsa diambil alih oleh Bangsa yang paling dipercayai iaitu, Bangsa Lightores. Tapi, semuanya berubah sebaik saja sebuah rumor mulai tersebar kepada masyarakat. Rumor tentang kemunculan Bangsa Zelnora yang terakhir yang masih terselamat. Apakah penyebab peperangan besar yang telah berlaku sehingga menyebabkan Bangsa Zelnora pupus? Adakah rumor yang tersebar itu benar & siapakah Bangsa Zelnora ini? Ikuti Kisah Bangsa Zelnora Yang Terakhir untuk mengetahui rahsia sebenar disebalik semua peperangan yang telah berlaku di Dunia Ryuzania....