Monggoljb83
- Reads 1,292
- Votes 25
- Parts 49
Armand Harith, CEO muda yang dingin dan garang, baru saja memenangi tender mega Smart City yang bakal mengangkat syarikatnya ke tahap global. Tapi semuanya berubah apabila satu wasiat pelik arwah datuknya muncul - untuk mewarisi harta keluarga, Armand wajib kahwin dengan cucu sahabat lama datuknya.
Hana Aiman, gadis biasa, anak tunggal yang hidup susah demi menjaga ayah sakit, muncul sebagai calon PA CEO. Dengan tudung senget dan fail lusuh, Hana tak tahu dia sebenarnya kunci kepada syarat warisan itu.
Dari PA jadi isteri kontrak, hubungan mereka penuh konflik - Armand dingin, Hana cuba menggoda. Di pejabat, gosip panas; di rumah, keheningan yang memuncak menjadi adegan ehem yang cukup buat pembaca tersipu.
Apabila syarikat hampir jatuh, Hana bangkit jadi penyelamat dan isteri setia. Akhirnya ais hati Armand cair, dan cinta sebenar pun tercipta.
Tapi ingat, bab ehem tu, jangan bagi adik baca!