🤍
4 stories
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 593,755
  • WpVote
    Votes 42,905
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 456,773
  • WpVote
    Votes 22,325
  • WpPart
    Parts 54
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE] by inunsin_official
inunsin_official
  • WpView
    Reads 115,572
  • WpVote
    Votes 4,840
  • WpPart
    Parts 61
"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki itu, makin dia jatuh cinta. SEROJA NIRMALA. Gadis pendiam itu menarik perhatiannya, tetapi tujuannya datang ke sekolah ini bukan untuk membuang masa. Dia ada misi yang perlu diselesaikan. Tiada masa memikirkan tentang perempuan, apalagi bercinta! Peristiwa demi peristiwa yang berlaku, menguatkan firasat Arif bahawa Seroja merupakan sasaran mereka. Disebabkan Arif selalu menjadi penyelamatnya, Seroja terasa makin terhutang budi. Dia ingin membalas semula kebaikan tersebut. Malangnya, saat Seroja bertemu dengannya, dia dikejutkan dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Arif. "Aku bukan Ahmad Arif. Kalau aku tiada di sisi, tolong sentiasa berhati-hati."-Ahmad Arif Malang memang tidak berbau. Sekali lagi, Seroja dikejutkan dengan kematian ibunya yang tiba-tiba. Terlantar di dapur. Separuh muka ibunya dibasahi darah yang belum berhenti mengalir. "Kalau kau masih nak teruskan siasatan, mulai hari ini kau bukan anak aku lagi!"-Dato' Safwan Tujuh tahun berlalu dengan pantas. Impiannya juga sudah tercapai, walau tanpa keluarga tersayang. Namun, hidupnya sangat malang apabila menemui mayat di tempat kerjanya. Sangkanya, itu yang terakhir. Sebaliknya, itu semua hanya permulaan! "Kau tahu kan, kalau berlaku pembunuhan kali ketiga, kes ini akan dilabel sebagai pembunuhan bersiri."-Darren Kehadiran The Cerebellum Stealer, menyusutkan otaknya. Namun, disebabkan itu juga dia boleh kembali bertentang mata dengan gadis itu lagi. "Aku akan selalu ada dengan kau, Seroja."- Afif Ahnaf MULA: 1 FEBRUARI 2024 HABIS: 21 JULAI 2024 idea hak cipta © inunsin
KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT] by mawarputih58
mawarputih58
  • WpView
    Reads 1,143,681
  • WpVote
    Votes 10,010
  • WpPart
    Parts 14
TERBIT - di bawah rumah penerbitan HA Novels