HanaAisyah31's Reading List
2 stories
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 82,242
  • WpVote
    Votes 5,866
  • WpPart
    Parts 57
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
LA's: His Precious 2 by fatinzainal10
fatinzainal10
  • WpView
    Reads 12,314
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 19
[SEQUEL LA'S: HIS PRECIOUS] Tidak mudah bagi seorang yang bernama Muhammad Laith Asyraf yang hidup sebagai bapa tunggal selepas isterinya, Airis Nur Farhah pergi meninggalkannya setahun yang lalu. "Papa bukanlah seseorang yang sempurna, malah jauh dari kata sempura. Tapi papa janji yang papa akan cuba menjadi yang terbaik buat Adriez." - Muhammad Laith Asyraf Dia menjadi semakin buntu apabila ibunya, iaitu Puan Suraya sering kali mendesak dirinya untuk berkahwin semula atas dasar kepentingan anaknya, Muhammad Adriez Fahd. "Ibu tahu yang Asyraf masih tak boleh lupakan arwah Airis. Tapi Asyraf tak boleh pentingkan diri sendiri. Asyraf kena fikirkan juga pasal Adriez yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu." -Puan Suraya "Saya ikhlas, Asyraf. Saya ikhlas nak jadi isteri kepada awak dan mama kepada Adriez. Kita boleh hidup bahagia selamanya." - Haura Sofea Apakah pengakhiran kisah cinta di antara Muhammad Laith Asyraf dan Airis Nur Farhah? Adakah Haura Sofea bakal menjadi permaisuri hati yang baru di hati jejaka duda anak satu itu? Start: 16 June 2024 End: