New
173 stories
𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 118,728
  • WpVote
    Votes 6,953
  • WpPart
    Parts 66
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀 Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 522,152
  • WpVote
    Votes 17,649
  • WpPart
    Parts 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
IRIS LUTFIYA by atikahika02
atikahika02
  • WpView
    Reads 557,202
  • WpVote
    Votes 17,132
  • WpPart
    Parts 56
#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak lemah seperti perempuan serta tidak menyusahkan.Lebih baik menjadi lelaki kerana lelaki tidak mudah menangis. Apabila meningkat dewasa,dia bangkit untuk menunjukkan kepada bapanya yang perempuan juga boleh berjaya.Perempuan juga boleh jadi kuat. Namun,semuanya seakan hancur begitu sahaja setelah dia bernikah.Kata-kata bapanya juga benar. Dia lemah. Dia menyusahkan. Air matanya juga sering tumpah. Tapi,dia bukan perampas. Dia hanya gadis yang bernama Iris Lutfiya.
Jangan Berhenti Bercinta (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 5,938
  • WpVote
    Votes 670
  • WpPart
    Parts 36
"Bila nak kahwin?" Itulah soalan yang selalu Rita Atasha dapat setiap kali dia pergi ke mana-mana majlis keramaian, berjumpa dengan yang mengenali dirinya dan daripada Tok Ayahnya sendiri oleh kerana tahun ini dia sudah berumur 30 tahun tapi bebayang calon suami pun tak nampak lagi! "Kenapa Rita mesti kahwin? Hidup single tapi cantik dan kaya are thousand times better than be married." - RITA ATASHA Dia boleh hidup tanpa lelaki tapi dia tak boleh hidup tanpa duit. Lebih-lebih lagi duit dari Tok Ayah. "Kalau Rita nak nama Rita ada dalam wasiat harta Tok Ayah, Rita kena kahwin dalam masa satu bulan dari sekarang. Kalau tak, bahagian Rita akan diserahkan kepada Hilman." - TUN ILYAS Maka, inilah bermulanya rancangan gila si perempuan high maintenance. Rita mula mencari semula lelaki yang mengejarnya. Namun tiada satu pun yang memenuhi ciri-ciri bakal cucu menantu Tok Ayah. Sehinggalah dia bertemu dengan lelaki bernama Rian Hadri yang menjadi punca dia mandi kopi flat white. Rian Hadri. Orangnya sekacak nama namun dia ini sedikit nerd, selenga dan banyak cakap! Rian sudah suka pada Rita sejak zaman universiti tapi Rita rak pernah sedar kewujudan dia sebab dia muda 4 tahun daripadanya. "Biar saya ajelah yang jadi suami awak. Saya pun comel dan bila kita dah ada anak nanti, anak kita akan ikut kecantikan awak dan kecomelan saya." - RIAN HADRI "Umur berapa tadi? 26 tahun? Ya Allah, Gen-Z! Rasa macam tengah child-grooming pulak!" - RITA ATASHA Sikap mereka berdua amat kontra akan tetapi mereka berkahwin juga akhirnya. Perkahwinan yang penuh pergaduhan manja itu mula berubah saat Rita bertemu dengan Yasmin, si bekas kekasih Rian. "Awak tinggalkan saya untuk perempuan tua ni? Seriously, Rian? Si tua ni taste awak?" - YASMIN JANGAN BERHENTI BERCINTA
Di Bawah Langit Yang Sama. by misseshaa
misseshaa
  • WpView
    Reads 39,109
  • WpVote
    Votes 2,026
  • WpPart
    Parts 65
HAIKAL AMRIN | MAYA KEHLANI If it never hurts, was it ever love? Haikal Amrin tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana kehadiran seorang wanita. Luka daripada hubungan silam membuatkan dia trauma untuk membuka hati kepada mana-mana perempuan. Namun, apabila usianya semakin menghampiri angka 30-an, keinginan untuk memiliki sebuah keluarga mula memenuhi ruang hatinya yang sekian lama kosong. Segalanya berubah apabila Maya hadir dalam hidupnya. Mahligai yang dibina atas nama cinta bersama wanita itu terasa sempurna. Maya Kehlani bukan sekadar pekerja di kafe miliknya, malah seseorang yang rupanya telah lama bertapak di sudut hatinya tanpa disedari. Pertemuan pertama mereka empat tahun lalu masih kekal segar dalam ingatan Haikal, seolah-olah takdir telah lama menulis nama mereka pada helaian yang sama. Hubungan mereka berdiri utuh. Bagaikan bulan dan bintang, Haikal dan Maya saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap tawa, setiap janji, dan setiap bicara terasa seperti rumah yang akhirnya ditemui setelah sekian lama mencari arah. Namun, tidak semua kebahagiaan ditakdirkan untuk bertahan selamanya. Apabila satu persatu kebenaran terungkap mampukah mereka pertahankan mahligai yang dibina bersama? Atau sebenarnya, takdir mereka sememangnya ditulis untuk saling menyakiti sejak awal lagi?
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,072,842
  • WpVote
    Votes 38,258
  • WpPart
    Parts 68
#not edited 𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.
ISTERI TUAN GHIBRAN  by cweetiee
cweetiee
  • WpView
    Reads 1,959,800
  • WpVote
    Votes 141,329
  • WpPart
    Parts 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu dah tua orang asyik panggil tuan muda."- Dahlia umairah. "Yang kau panjat pokok kelapa jiran tu dah kenapa? nak mati !" -Emir Ghibran iskandar Hari demi hari bersama isteri kecil nya, rasa sayang mulai pun hadir antara mereka. "Awak tau beza awak dengan monyet? Dia monyet, awak buaya." Dia gadis pertama yang mencuit hatinya dan juga merupakan wanita pertama yang menakluki seluruh jiwanya. "Jangan cakapkan itik ayam pun kejar saya tau, kira untung awak dapat memperisterikan saya." Cinta ini milik mereka kerana, Tuan Muda hanya untuk Puan senget ! Warning⚠️ [Typo dimana-mana] [Have many harsh word] [cliche&cliche] [Broken grammar] Start :21/3/2022 End :
Z & Y: Forever After All [C] by akakbungamatahari
akakbungamatahari
  • WpView
    Reads 4,411
  • WpVote
    Votes 204
  • WpPart
    Parts 54
📓 16 Z & Y: Forever After All Kadang cinta yang hilang... akan pulang pada masa yang paling tak disangka. Yara Insyirah, si gadis tenang yang pernah jadi orang tengah antara dua hati Faris dan Ziyad. Dalam diam, dia jatuh cinta dengan Ziyad. Tapi satu pergaduhan kecil merobek semuanya. Yara pergi. Meninggalkan Cinta . Keluarga. Rakan. Ziyad Rauf, trauma dalam percintaan. Tapi satu nama yang buat dia Berani. Tapi bila cinta pergi, siapa yang akan tinggal? Bertahun kemudian, Yara pulang ke Malaysia. Dan cinta itu... muncul kembali. Kali ini bukan sekadar cinta monyet, ia datang dengan restu babah, air mata, dan zuriat yang tak disangka. Dari seorang disukai Babah menjadi isterinya. Dari seorang isteri menjadi ibu kepada tiga cahaya cinta. Yara diuji. Ziyad tetap ada. Mereka tetap ada walau badai mendatang. Ini kisah cinta yang pernah hilang... lalu kembali, lebih kuat daripada dulu. Z & Y: Forever After All. Kerana bila cinta itu benar, ia akan kembali. Selamanya.
SATU MALAM | C by Milomasinn
Milomasinn
  • WpView
    Reads 382,234
  • WpVote
    Votes 12,962
  • WpPart
    Parts 70
KARYA PERTAMA | Rayyan Malik ×× Alya Sofia Alya Sofia cuma mahu bekerja dan terus hidup. Tetapi satu malam mengubah segalanya apabila dia bertemu Rayyan Malik - CEO muda yang dingin, berpengaruh, dan terlalu berbahaya untuk disentuh. Dia fikir hubungan mereka akan tamat selepas malam itu. Malangnya, Rayyan Malik bukan lelaki yang mudah melepaskan apa yang dia mahu. Semakin Alya cuba melarikan diri, semakin Rayyan mendekat dengan cara yang menyesakkan. Di sebalik wajah tenang dan kuasa yang dimiliki lelaki itu, tersembunyi obsesi yang perlahan-lahan mula menghancurkan hidup Alya. Dalam dunia Rayyan Malik, tiada istilah kebetulan. Sekali dia memilih seseorang... jalan keluar sudah terlambat. Dan Alya baru sedar- malam itu bukan permulaan sebuah cinta. Tetapi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih gelap. Start: 20/5/2026 End:
Veil Of Obsession by srphnna
srphnna
  • WpView
    Reads 76,039
  • WpVote
    Votes 3,179
  • WpPart
    Parts 66
Spin-Off Devil's Desire Bermula dari sebuah kontrak yang dipaksa menjadi satu rumahtangga, tanpa cinta, tanpa pilihan hanya dua jiwa yang terikat dalam takdir yang tidak dirancang. Di antara dosa yang tidak mampu dipadam dan cinta yang tidak pernah dirancang mampukah mereka mempertahankan cinta yang lahir daripada sebuah kontrak sebelum segalanya musnah? "I was raised to rule, not to love. And in the end, you became the victim of a world that taught me how to be ruthless" - Zayyan Eryvian "I could stand against anyone and pretend to be strong in front of the world. But when it comes to you, my words fail me, and I become too weak to fight back." - Mawar Elara Apabila ujian mula menimpa mereka, adakah mereka mampu melawan badai itu bersama, atau akhirnya hanya seorang yang bertahan ? "Mummy nak Zay kahwin dengan Aeya after the six-month contract habis nanti, Aeya ni lebih sesuai dan setaraf dengan apa yang kita ada" - Maria Valuxca Suffering bound them together, becoming a poison too exhausted to even destroy them completely.