story 2
119 stories
PURNAMA by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 1,359
  • WpVote
    Votes 40
  • WpPart
    Parts 9
Tajuk: PURNAMA Penulis: TEY MARZUKI Harga: RM24/RM27 Afifah dan Purnama Nilam, dua insan berlainan zaman, dahulunya telah dipertemukan oleh takdir dan kemudiannya terpisah jua oleh takdir. Meski berjurang beribu zaman, namun kasih tetap mekar merangkul perasaan. "Meski musim sudah berganti, dunia memudar dan masa berputar, namun kasih hamba padanya akan sentiasa subur di hati..." - Purnama Nilam "Saya berasa bersalah pada Purnama... meninggalkan dia sendirian, di kala dia memerlukan." - Afifah Sayang, pertemuan yang sepatutnya menggembirakan berubah menjadi tragedi. Masa lalu yang hampir terlupakan telah datang menghantui. Bara dendam yang jauh terpendam menyeruak, menenggelamkan seluruh Panca Sakti dengan kegelapan. Dan di saat huru-hara memuncak, saat itu jugalah kasih dan persahabatan bakal diuji. "Ketika bulan dan matahari menyatu, kasih yang terpisah pasti bersatu..." 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
HIKAYAT SANG PENDEKAR:PUTERA YANG HILANG by LunaLabyrinth09
LunaLabyrinth09
  • WpView
    Reads 72
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 7
seorang putera yang lahir dari keluarga bangsawan atau raja, namun karena suatu peristiwa atau intrik kerajaan, ia terpisah dari keluarganya sejak kecil dan hidup dalam keadaan tersembunyi atau di lingkungan yang sederhana. Meski begitu, darah kepahlawanannya tetap mengalir dalam dirinya, membentuk karakter kuat, berani, dan penuh semangat keadilan. Suatu hari, ketika Ahmad menolong seorang lelaki tua yang cedera di hutan, lelaki itu berkata kepadanya, "Wahai anak muda, ada takdir besar menantimu. Engkau bukan anak biasa, dan engkau akan menjadi pelindung negeri ini." Ahmad terkejut dan bertanya, "Siapakah aku sebenarnya, Tuan?" .....
𝑱𝒆𝒋𝒂𝒌 : 𝑳𝒆𝒈𝒆𝒏𝒅𝒂 𝑲𝒊𝒕𝒂𝒃 𝑲𝒖𝒏𝒐 | OG by rysztrisyia
rysztrisyia
  • WpView
    Reads 165
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 4
Berkisahkan seorang remaja yang sedang mengenal diri di kala dunia yang sedang menekan dengan jangkaan yang tidak pernah diminta. Dia menerima suatu ujian. Sebuah kitab yang diamanahkan kepadanya menjadi sebahagian episod hayat yang tidak pernah terlintas dek akalnya. Jejak bukan sekadar hikayat tentang perjalanan, tetapi tentang pencarian diri, akar yang tidak boleh diputuskan, dan makna hakikat diri yang sering disalahertikan. Kerana ada jejak yang membawa kita pergi, dan ada jejak yang akhirnya membawa kita pulang. Nota, Maaf kerana karya ini tidak sempurna Hamba hanyalah manusia biasa dan setahun jagung.
LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 5,411
  • WpVote
    Votes 521
  • WpPart
    Parts 64
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ - SYUHADAH 12th BOOK Enam tahun selepas peperangan yang menggugat kesejahteraan Gapura Ilmi, pasukan tentera mereka diminta untuk digerakkan ke negara Deir Ar-Rahmah yang pada ketika itu sedang bergolak dengan kehadiran negara Cempaka sebagai dalang bagi peperangan tersebut. "Tugas ini agak berisiko." Firaz, yang pada ketika itu baru sahaja pulang dari bumi Mekah seusai menunaikan ibadah umrah bersama isterinya langsung diarahkan untuk mengetuai misi di sana. "Abang tak mohon cuti rehat ke?" "Tak perlulah. Ini kan amanah yang harus digalas untuk menyelamatkan umat." Terpaksa meninggalkan keempat insan tercinta dalam tempoh berbulan-bulan lamanya. Dan dia pulang membawa haruman yang membanggakan seluruh negara. "Ayah... jomlah main sama-sama dengan Faeeq." Anak bongsu daripada tiga beradik itu terdedah dengan kesepian sejak usianya empat tahun. Segala-galanya berubah sekelip mata. "Tolong jangan beritahu Abang Farhan." Kehilangan demi kehilangan yang menyesak jiwa terus membuatkan diri mereka jatuh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Setiap nyawa yang hilang mesti digantikan. "Ayah sayang anak-anak ayah ini. Janganlah sedih." Setiap darah yang tumpah harus dituntut. "Bukan mudah untuk ubati rindu, Faeeq." Dia pikul tanggungjawab yang berat. Dan tanggungjawab itulah yang digantikan dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka. "Yang hebat tak akan selamanya di atas dan musuh tak akan selamanya tangkas." Terimalah, LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI. Start: 2 APRIL 2025 End: 21 JUN 2025
SULTANAH by the_haraa
the_haraa
  • WpView
    Reads 1,310
  • WpVote
    Votes 167
  • WpPart
    Parts 6
"Beta akan kembalikan kegemilangan empayar Qhori!" Seorang puteri lahir melihat dunia. Jatuhnya darah Sultanah Umamah nyeri ke lantai istana hampir mangkat demi memberi sirna keajaiban buat rakyat jelata- tidak! Bukan semata rakyat jelata, bahkan seluruh makhluk tanah air Qhori! Perkhawinan Sultanah Umamah dan Raja Tauseef dirangcang oleh kedua buah keluarga. Mereka dari empayar yang berbeza. Sebuah perjanjian termeterai demi menjaga hak serta kedaulatan empayar Qhori yang dibuat oleh Sultan Umer Uthbah iaitu ayahanda Sultanah Umamah dan ditandatangani oleh Raja Tauseef sendiri. Apakah isi perjanjian itu? Maka, sejarah baru bermula. Helaian lama dibuang- lebih parah, hak rakyat tergadai demi kemaslahatan empayar pimpinan Raja Tauseef yang kini mendapat gelaran Sultan. Apa yang disajikan? Kebahagian? Senyuman manis? Janji setia? Di mata rakyat semuanya baik saja. Tiada cacat cela tetapi figura itu saksikan di depan mata bagaimana hak rakyatnya terhakis sedikit demi sedikit. Ibundanya hanya digunakan demi mengaut keuntungan! Perkhawinan cumpur untuk mengeratkan hubungan politik dua empayar? Pfftt- bohong!
LAGENDA:PAWANA ARJUNA by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 1,188
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 5
Lagenda: Pawana Arjuna Taufiq Ilham, seorang penyelidik sejarah moden, obses dengan kisah-kisah legenda dan zaman kesultanan. Namun, obsesinya membawa risiko yang tidak dijangka - suatu hari, dia tiba-tiba terperangkap dalam tubuh seorang putera yang hidup berabad lamanya dahulu: Putera Pawana Arjuna. Putera Pawana Arjuna bukanlah putera biasa. Walaupun lemah secara fizikal, dia memiliki hati yang suci, jiwa yang besar, dan kasih sayang yang tulus kepada rakyatnya. Tetapi kebaikannya dibalas dengan pengkhianatan yang paling kejam, dan dendamnya menimbulkan sumpahan yang menjerat Taufiq ke dalam dunia lama itu. Kini, Taufiq harus menempuh zaman silam yang penuh intrik istana, konspirasi dan bahaya, sambil menyesuaikan diri dengan tubuh seorang putera yang pernah dicintai dan dikhianati. Setiap langkahnya penuh risiko - adakah dia mampu menyingkap identiti pembunuh yang mengkhianati Putera Pawana Arjuna, membongkar rahsia istana, dan mungkin mengubah sejarah yang telah tertulis? Dalam dunia di mana kuasa, dendam, dan kesetiaan bertembung, Taufiq menyedari bahawa menjadi baik tidak semestinya menjamin keselamatan, tetapi keberanian dan hati yang tulus mungkin menjadi senjata paling ampuh untuk menuntut keadilan. Lagenda: Pawana Arjuna - sebuah kisah tentang pengkhianatan, sumpahan, dan perjalanan seorang lelaki moden dalam tubuh putera legenda, yang harus memilih antara membalas dendam atau mengekalkan kebaikan yang diwarisi.
BAYANG TERKANDUNG by boyy_swaag
boyy_swaag
  • WpView
    Reads 8
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
Aiman Fakhri, seorang mahasiswa dari universiti terkemuka, tiba-tiba tersesat ke alam Sukaloka, sebuah dunia purba di bawah pemerintahan Kerajaan InderaMahkota. Di sana, dia terjebak dalam kehidupan Putera Amar Diraja, pewaris takhta yang degil dan penuh keangkuhan. Dalam usahanya mencari jalan pulang, Aiman bukan sahaja menemui rahsia besar tentang asal-usul dirinya, tetapi juga nasib sebenar kerajaan yang menantinya untuk diselamatkan
RENJANA by nbhhsna_
nbhhsna_
  • WpView
    Reads 398
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 9
[ren.ja.na] | رنجان Definisi : rasa berahi (cinta, kasih, rindu, dll) yg kuat: banyak antara anak dara dan remaja puteri yg tertuna rindu dan ~ kerana perwira yg muda belia ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 'Angkara mulut badan binasa' itu yang orang tua pernah katakan kepada gadis melayu bernama Kaseh Seroja. Malang tidak berbau, Kaseh ditimpa musibah tetapi musibah yang luar biasa. "Tahun berapa? 1942?! Jepun?!" - KASEH SEROJA Tersesat pada tahun 1942 di mana tentera Jepun menawan Tanah Melayu. Apa yang Kaseh buat sampai tersesat sampai ke sini? Macam mana dia nak balik ke zaman 2020? Zaman selepas merdeka. TERcinta pulak dengan Rejimen Askar Melayu, Leftenan Tuah Bakti yang dikatakan bakal tunangannya. "Kaseh tunggu abang, lepas abang selesaikan semua ini abang janji akan kahwin dengan Kaseh" TUAH BAKTI Bukan itu sahaja tetapi Leftenan daripada Tentera Jepun yang datang ke Tanah Melayu untuk menjadi penterjemah Bahasa, Leftenan Isamu Mitsuo juga mendapati Kaseh Seroja wanita Melayu yang mempunyai aura istimewa. "Kaseh, saya cintakan awak. Kaseh, awak tidak boleh samakan saya dengan askar jepun yang lain." - ISAMU MITSUO Bagaimanakah Kaseh Seroja ingin bebas daripada zaman ini dan pulang ke dunianya yang sebenar? Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma, relakah hati itu untuk teruskan ?
Sumpah Amerta  by orphicnna
orphicnna
  • WpView
    Reads 26,381
  • WpVote
    Votes 3,426
  • WpPart
    Parts 48
Cucuk sanggul misteri membawa Arluna kembali ke zaman silam. Takdir mempertemukannya dengan Sri Amerta, sang raja bersiong yang sentiasa hauskan darah. Untuk membalas jasa Sri Amerta yang telah menyelamatkannya, dia terpaksa membalasnya dengan darah. Arluna seorang yang keras kepala dan mulut tak pernah insaf ditambah lagi dengan Sri Amerta, lelaki yang bermata tajam dan berhati dingin dengan egonya yang setinggi gunung. "Lidah mu memang tajam, Arluna. Kadang aku terfikir, apakah lebih berbahaya sumpahan di darah ku atau lidah mu yang dapat membunuh tanpa pedang?"-Sri Amerta "Mungkin kedua-duanya, bezanya aku menggunakan lidah untuk bercakap bukan untuk...menggigit orang lain dari belakang." -Arluna Iris Namun di sebalik semua kekecohan dan pergaduhan tersebut timbul sesuatu yang lebih berbahaya daripada racun iaitu perasaan cinta yang merobohkan tembok ego masing-masing. start : 25/10/2025 end : 20/01/2026 reminder : susunan bab paling hujung mungkin agak terabur, mohon baca ikut susunan yaa :) author malas nk edit 🙏 #1 in Historical (23.12.2025) #1 in Time Travel (11.01.2026) #1 in Fairytale (06.01.2026) #1 in Royal (02.01.2026) #1 in Fantasi (23.01.2026) #1 in Enemy To Lovers (16.04.2026)
LUANG PI by Valerie4ziz
Valerie4ziz
  • WpView
    Reads 1,131
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 72
Antara bau colok yang mendamaikan dan bunyi loceng wat yang sayu, dua jiwa yang sarat dengan hiba ini mula berbicara tanpa suara. Dahlia tidak mampu memiliki Chai, dan Chai tidak boleh menyentuh Dahlia.