Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
HumairaSyazwana's Reading List
189 stories
She, My Exception (REVAMP) by daisynaar
daisynaar
  • WpView
    Reads 717,746
  • WpVote
    Votes 17,504
  • WpPart
    Parts 36
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa. Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan. "Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka, sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian. "Siapa ni, mama?" - Rayyan Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan. Start - 18 Dec 2023 End - 25 March 2024 Start Revamp - 17 Dec 2025 End Revamp - ?
EARIQ DARREN (II) by eliesyaqyra
eliesyaqyra
  • WpView
    Reads 1,678
  • WpVote
    Votes 106
  • WpPart
    Parts 9
"Jika cinta ini ditakdirkan untuk berakhir, biarlah abang simpan ia dalam diam sebagai kisah yang pernah hidup dalam hati abang, Marsya Edryana."
STRANGER TO LOVE  by zhoulie24
zhoulie24
  • WpView
    Reads 24,479
  • WpVote
    Votes 1,313
  • WpPart
    Parts 52
Iskandar atau lebih dikenali sebagai Kanda merupakan seorang businessman muda yang berjaya. Walaupun hidupnya nampak sempurna, sebenarnya dia jenis yang suka pendam masalah sendiri. Bersama sahabat baiknya Syahmie dan Sofie, mereka sentiasa ada susah senang bersama. Semuanya berubah bila Kanda terserempak dengan seorang gadis ceria bernama Hazarina/Rina. Dari sebuah pertemuan di kafe, sehinggalah beberapa kali terserempak tanpa sengaja, hati Kanda mula berubah sedikit demi sedikit. Rina pula seorang gadis happy go lucky yang sentiasa positif walaupun orang berkata macam-macam tentang dirinya. Bersama adiknya Aisyah/Ecah, hidup mereka penuh dengan gelak tawa. Tanpa mereka sedar, pertemuan demi pertemuan mula mendekatkan dua hati yang langsung tak pernah kenal antara satu sama lain. Tapi... adakah semuanya sekadar kebetulan? Atau memang takdir yang menemukan mereka? "Kadang-kadang, orang yang paling susah jatuh cinta... akan kalah dengan seseorang yang hadir tanpa dirancang." Idea From ★Zhoulie ★Apis
Unexpectedly Yours by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 15,510
  • WpVote
    Votes 400
  • WpPart
    Parts 3
[4th romance] Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?
Safer Than Ever by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 890
  • WpVote
    Votes 79
  • WpPart
    Parts 2
[6th romance] Falisha Dalili hanya tahu satu perkara dalam hidupnya: berkorban. Sejak ibunya pergi meninggalkan keluarga demi lelaki lain, Falisha menjadi satu-satunya penjaga ayahnya yang sakit. Hidupnya sederhana, terbeban hutang yang bukan miliknya, namun dia tetap bertahan. Saat ayahnya pergi, sekali lagi dunia Falisha runtuh. Rumah yang selama ini menjadi pelindung rupanya sudah dicagarkan. Pemilik sahnya kini adalah Khair Edrees, lelaki asing yang tiba-tiba merampas satu-satunya tempat dia pernah merasa selamat. Khair datang menuntut hak, dan Falisha diminta pergi. Tetapi Khair memberikan satu pilihan lain. Untuk kekal memiliki rumah tersebut, Falisha perlu berkahwin dengan Khair. Ketika hidup memaksa mereka berada di bawah satu bumbung, Falisha mula sedar bahawa apa yang ditawarkan Khair bukan sekadar perlindungan. Tetapi sebuah tempat untuk kembali, dan seorang lelaki yang tidak pernah berniat untuk pergi.
Warmer Than Ever by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 639
  • WpVote
    Votes 62
  • WpPart
    Parts 1
[7th romance] Nara Ardea tidak pernah berharap untuk difahami. Dia cuma belajar untuk bertahan, walaupun dunia sering memintanya memberi lebih daripada yang dia mampu. Bagi Rais Adham, menjaga adiknya adalah segalanya. Dan bila Nara muncul dalam hidup Rifsya, dia melihat gadis itu sebagai ancaman, seseorang yang hanya akan menyusahkan adiknya. Salah faham demi salah faham membentuk jurang antara mereka, tanpa Rais sedar bahawa caranya menilai dan mengawal telah melukakan sekeping hati yang dalam diam mencintai. Namun apabila kebenaran tentang Nara akhirnya terbongkar, Rais menyedari sesuatu yang tak pernah dia akui sebelum ini: ada hati yang telah terluka, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menebus segala salah silapnya. Kerana cinta kadang datang bukan dengan kata manis, tetapi dengan kesedaran, pengorbanan, dan keberanian untuk menebus kesilapan.
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 67,834
  • WpVote
    Votes 9,657
  • WpPart
    Parts 33
[3rd romance] Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula.
Sempurnakan Cinta Kita (C) by thelykaa
thelykaa
  • WpView
    Reads 360,565
  • WpVote
    Votes 10,020
  • WpPart
    Parts 52
'Sempurnakan Cinta Kita' ⭑.ᐟLet me introduce the characters in this story⭑.ᐟ ⭑.ᐟ Important character ⭑.ᐟ ╰┈➤ Muhammad Arif Iskandar (28 Tahun) ╰┈➤ Nurul Nabella Natasya (26 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Taufik Haiqal (28 Tahun) ╰┈➤ Nurul Nabila Natasya (24 Tahun) .𖥔 ݁ ˖ supporting character.𖥔 ݁ ˖ ╰┈➤ Muhammad Danish Haiqal (5 Tahun) ╰┈➤ Rose Laylina (25 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Alif Hazriq (29 Tahun) ╰┈➤ Nur Qaisara Amani (24 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Akif Azril (27 Tahun) ╰┈➤ Datin Tina (47 Tahun) ╰┈➤ Dato' Hassan (50 Tahun) ╰┈➤ Datin Emliy (53 Tahun) ╰┈➤ Tengku Ariyan Kasyaf (28 Tahun) ˖⋆⭒˚.⋆Enjoy and happy reading ⋆⭒˚.⋆
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 10,037
  • WpVote
    Votes 2,159
  • WpPart
    Parts 16
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
Rumah Syurga Kita [OG] by TheHayrinz
TheHayrinz
  • WpView
    Reads 43
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
Theo Rayyan X Elara Junaina . Architecture X Orphanage keeper. - Fluffy Romance - Sad Romance - Hurt to Comfort - 10% thriller