mzarieth
"Boleh tak jalan slow sikit? Tahu tak, kain aku ni ketat? Selangkah kau tu sama dengan sepuluh langkah aku..." - LARA NAILUFAR
"Dah tahu tak selesa, kenapa awak paksa diri pakai macam ni?"
- IRFAN IMTIYAZ
"Sebab kau kata cantik, sopan, ayu. Aku pakailah."
- LARA NAILUFAR
"Awak buat semua ni untuk dapat pujian saya?"
- IRFAN IMTIYAZ
"Haah." - LARA NAILUFAR
"Saya rasa awak ni... gila." - IRFAN IMTIYAZ
"Gilakan kau." - LARA NAILUFAR
Irfan melangkah laju menjauhi Lara. Yakin dirinya tak lagi dikejar, Irfan menoleh ke arah tempat Lara dan dia berdiri tadi. Gadis itu hanya tercegat sambil berpeluk tubuh.
"Kenapa? Kau nak aku kejar? Sorry to say, kalau bab lari ni memang aku surrender. Merentas desa dulu pun aku ponteng, inikan pula nak kejar kau. Bye!"
- LARA NAILUFAR
β‘β‘β‘
Apa jadinya bila cinta yang dikejar...
Sebenarnya cuma satu cabaran media sosial?
Sebuah misi rahsia di balik skrin telefon, demi konten dan pujian pengikut laman sosialnya.
Tanpa Lara sedar, dalam dia mengejar 'like', hatinya mula benar-benar jatuh cinta pada Irfan. Tapi, bolehkah Irfan terima kenyataan bahawa dia sedang digunakan?
START : 25 OCT 25