Malay 🥰
10 stories
Bukan Cinta Sempurna ✓ oleh thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Membaca 2,431,201
  • WpVote
    Suara 28,806
  • WpPart
    Bagian 12
(Terbit PBAKL 2024) (ADAPTASI DRAMA AKASIA BUKAN IPAR SEMPURNA DI TV3) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
DARA UNTUK LUTH [RS] oleh SYA_AUTHORS
SYA_AUTHORS
  • WpView
    Membaca 56,931
  • WpVote
    Suara 2,570
  • WpPart
    Bagian 31
🇲🇾🇵🇸 DellyRose ~Hubungan kita terlalu rumit untuk diceritakan, namun terlalu bahagia untuk disembunyikan~ Dia suka pada abang angkatnya sendiri? Dia DARA JELITA? Suka pada AQASH LUTH? Abang angkatnya sendiri? Gila. Memang gila. Tapi gila itu benar. Seketul DARA sudah terjatuh cinta pada abang angkatnya sendiri. Sukar untuk dia nafikan perasaan indah ini. Rasanya terlalu menyenangkan. Terasa ingin larut dengan perasaan ini selama-lamanya. Perasaan itu kekal tumbuh. Dia biarkan mekar tanpa pengetahuan sesiapa. "Abang nak kenalkan kekasih abang pada ibu dan ayah..." Bagaikan batu terhempas tepat padanya. DARA terkedu sendiri. Setelah itu dia sedar sendiri. Hati AQASH sudah ada penghuninya. Bukan dia, tapi DARIA. Kakak kandung yang sudah bertahun-tahun dia cuba cari. Haruk? Benar. Berita itu cukup menyetap kasar tangkai hatinya. Tak tahu reaksi apa yang patut dia berikan. Bahagia? Atau kecewa? Perasaannya pada AQASH. Patutkah dia perjuangkan? Tak. Dia mengalah. Dia sedar dirinya tak berapa layak. "Terima kasih jadi abang yang baik untuk Dara selama ni.." "Sama-sama" Hancur angan-angan seorang DARA dengan cintanya pada AQASH. Perlahan dia sibukkan diri dengan kisah hariannya. Apatah lagi dengan kehadiran USTAZ YUSOF. "Berdamai dengan takdir Dara. Imam muda yang menjengah dalam kehidupan DARA pada waktu yang sesuai. Namun semuanya tidak berjalan lancar. DARIA menghilang sehari sebelum perkhawinannya dengan AQASH. Keadaan menjadi huru-hara. Nama baik perlu dijaga, perkhawinan perlu diteruskan dengan DARA sebagai mangsanya. "Apa salah abang sebenarnya pada dia?" "Mungkin dia perlukan masa..." "Masa? Berapa banyak lagi? Abang pun ada hatilah Dara..." Kacau-bilau. Keadaan menentukan segalanya. Akhirnya DARA terpaksa menjadi isteri ganti pada AQASH. Hari-harinya payah, terlalu ketat dengan perasaannya sendiri. Sehingga suatu hari. Daria kembali. "Akak sayangkan Aqash" "Tapi dia suami Dara" "Pertahankan kita Dara" Bertahankah mereka?
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) oleh msroses_
msroses_
  • WpView
    Membaca 1,934,061
  • WpVote
    Suara 15,576
  • WpPart
    Bagian 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) oleh msroses_
msroses_
  • WpView
    Membaca 2,935,742
  • WpVote
    Suara 1,985
  • WpPart
    Bagian 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Mrs. King: The Queen From Marhaen oleh thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Membaca 12,876,534
  • WpVote
    Suara 578,813
  • WpPart
    Bagian 74
(COMPLETED) Dia satu-satunya cinta. Sejak pertama kali aku menjejak ke sini, hanya dia menjadi sebab aku memilih untuk tinggal di 'neraka' itu. Menjadi isterinya adalah angan-angan terbesar. Mengapa bukan cita-cita? Angan dan cita berbeza. Cita untuk sesuatu yang boleh digapai. Angan? Dia Si Putera Raja. Pewaris tunggal King of Werland. Tingkahnya dingin, wajahnya kaku. Auranya mencengkam,matanya tajam. Dalam erti kata lain, dia adalah igauan. But, he hates me. Sejak pertama kali bertemu empat mata dengannya-18 Mei sehinggalah sekarang, hinaan tak pernah lepas dari bibirnya. Sehingga satu sebab, dia memilih aku sebagai isterinya.
Kerana Dia Uzzam ✔ oleh NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Membaca 897,801
  • WpVote
    Suara 34,221
  • WpPart
    Bagian 49
Nina Fini | Karya Kedua Syed Uzzam Zafran X Ammara Fathina -He's the guy who left me speechless. He entered my life before I even knew I was so deeply in love with him.- 18/6/2019 - 10/8/2020
RAHSIA HATI oleh ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Membaca 5,203,417
  • WpVote
    Suara 83,352
  • WpPart
    Bagian 46
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meninggalkannya demi mengahwini lelaki lain. Sikapnya yang dulu dingin bertambah dingin. Hatinya mula tertutup untuk menerima cinta baru. Hanya bekas kekasih yang diinginkannya. Muncul idea gila lelaki itu yang ingin mempunyai anak, darah dagingnya sendiri untuk mengisi ruang kosongnya. Namun siapa yang sanggup mengandungkan anak Megat Ian? Dan rela untuk dipergunakan lelaki itu? Bahagiakah Megat Ian bila hasratnya sudah tercapai? *********************************************** Nur Aaira Medina seorang gadis yang polos dan ramah. Namun kehidupannya tidak seindah yang disangka. Membesar dengan neneknya menjadikan dia lebih berdikari. Namun ujian pula hadir mengujinya. Disebabkan desakan wang dia rela melakukan perkara yang boleh memakan diri sendiri. Mahkota yang disimpan diambil oleh lelaki yang tidak mencintainya. Bagaikan dia menjual maruahnya. Mampukah Aaira mendapat kebahagiaan? ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Kepada yang cukup umur dan berfikiran terbuka sahaja. SELAMAT MEMBACA Please only 18+ readers 🔞⚠️ Second book Start : 28 July 2019 End : 18 November 2022 Author : ssweetroses
+17 lagi
PERLU KAMU oleh ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Membaca 3,411,121
  • WpVote
    Suara 62,755
  • WpPart
    Bagian 44
PERLU KAMU (COMPLETED) (UNEDITED) Tanpa diduga Marisa terikat dengan lelaki itu tanpa kerelaan hati disebabkan kepentingan mereka. Marisa menjadi mangsa keadaan. Hati Marisa sakit diperlakukan kasar oleh Rykal sepanjang tempoh perkahwinannya. Cinta Rykal bukan untuk dirinya tapi untuk kakak tirinya. ________________________________________ Rykal pula sanggup berkorban apa saja demi Laila, kekasih pujaannya. Dia rela berkahwin dengan adik tiri gadis itu buat sementara waktu atas permintaan Laila. Dia sanggup asalkan dia dapat bersama dengan Laila pada akhirnya First Book Start : 16 June 2018 End : 24 May 2020 Author : ssweetroses
COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING) oleh farhaenanurr
farhaenanurr
  • WpView
    Membaca 88,495
  • WpVote
    Suara 2,851
  • WpPart
    Bagian 65
SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa sama ada di atas darat atau udara. Kelajuan yang sering menjadi perkara yang akan dilakukan untuk 'healing' bahkan tidak menghiraukan nyawa sendiri. Namun siapa sangka Anggota Tentera Udara berpangkat Mejar ini sudah berani mengintai bunga ditaman. NUR ARFANA FAIQA Nur Arfana Faiqa juga mempunyai perwatakan sangat dingin dengan orang tidak dikenalinya terutamanya manusia bernama 'Lelaki'. Oleh kerana sering kali bertentang mata, Hati turut mengkhianati Tuan tatkala Sang Jejaka mula mendekati. Disaat Hati menerima, ada pula yang menolak. " I followed my heart and it led me to the Air Force" KARYA FARHAENANURR