Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
NorfainahIsmail's Reading List
200 stories
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 83,535
  • WpVote
    Votes 3,770
  • WpPart
    Parts 19
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
Si lelaki muay thai si gadis drift (c)    by sofeawriter
sofeawriter
  • WpView
    Reads 1,174
  • WpVote
    Votes 122
  • WpPart
    Parts 50
Dua dunia berbeza. Seorang pemandu litar, seorang lagi sang pejuang gelanggang. Camelia arissa (24) Gadis drift nombor satu Malaysia. Anak tunggal Dato' Danish Megat dan Datin Delisha Marissa yang sentiasa dimanjakan dengan kemewahan. Hidupnya hanya tentang kelajuan litar, sehingga lah satu kesilapan di litar tertutup Jepun mengubah segalanya. Dia tidak sengaja melanggar seorang lelaki. aiden zayn (23) Jaguh Muay Thai terkenal, anak kedua Tan Sri Qayyum Affan dan Puan Sri Nayla Elvina. Pertemuan berdarah di Jepun itu meninggalkan parut, termasuk ego Aiden yang tercalar. Apabila takdir menemukan mereka kembali dalam satu majlis makan malam keluarga, Zayn tekad dia mahu membalas dendam atas insiden Sabtu lepas. Namun, Aiden tidak tahu bahawa Camelia sebenarnya adalah sahabat baik kepada kakaknya sendiri, Anggun Shireena. Pertemuan demi pertemuan mula mengubah rentak. Dari gelanggang Muay Thai di Putrajaya, bibit benci antara Zayn dan Camelia mula bertukar menjadi rasa yang asing. Di saat hati mula berpaling, bayang silam datang menagih kasih. Tengku Asyraf Anaqi (25), bekas kekasih toxic Camelia yang kaki kelab dan curang, kembali mengejar. Enam tahun dikhianati sudah cukup buat Camelia menoktahkan segalanya, biarpun lelaki itu merayu melutut. Mampukah si jaguh Muay Thai menjadi pelindung buat si gadis litar daripada ancaman masa silamnya? Atau dendam lama Aiden yang akan memusnahkan segalanya dahulu? Kau langgar aku kat Jepun, Camelia. Tapi kenapa kat Malaysia...kau langgar hati aku pula? ✍🏻 Ini merupakan karya keempat saya. Alhamdulillah, saya berjaya tarik ramai pembaca bermula daripada "Jodoh Takdir Kita", "Bercinta Dengan Musuh Sendiri", sehingga ke "Anak-Anak Sofea & Zaquan" Sampai lah saya akhirnya berani untuk mencuba dan mencabar diri buat satu lagi naskhah baharu di sini. Saya harap cerita kali ini pun akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada korang semua. So enjoy reading everyone 🫣
SI TENGKU PEMBULI by SuriAksara
SuriAksara
  • WpView
    Reads 9,993
  • WpVote
    Votes 636
  • WpPart
    Parts 34
"Satu universiti tahu, kau milik aku. Dan bila kau milik aku, maksudnya hanya aku yang boleh 'sentuh' kau." Bagi QISHA AMEENA, mendapat tawaran biasiswa ke Grand Imperial University (GIU) adalah satu anugerah yang hampir mustahil. Selepas setahun berhempas-pulas bekerja demi kos perubatan ibunya, dia fikir ini adalah peluang untuk mengubah nasib. Namun, dia tidak sedar GIU bukan sekadar tempat menuntut ilmu, tetapi sebuah 'rimba' elit yang kejam. TENGKU HAEL ISKANDAR. Nama yang membawa gerun di Fakulti Perniagaan. Dingin, berkuasa, dan sangat obsesif. Sejak hari pertama Qisha melangkah masuk, Hael telah menandakannya sebagai 'target' peribadi. Tiada siapa dibenarkan mendekati Qisha, apatah lagi menyentuhnya, kecuali Hael. Qisha benci Hael. Dia benci setiap cacian dan layanan kasar lelaki itu yang seolah-olah menganggapnya sebagai hamba. Namun, di sebalik topeng 'pembuli' itu, ada rahsia gelap yang menghantui Hael Iskandar. Tragedi Hana yang mati di tangan 'syaitan' bertopengkan manusia masih berdarah di ingatan Hael. Dia tahu niat sebenar rakan-rakannya terhadap Qisha. Hael tidak membuli untuk menghancurkan dia membuli untuk memagar. Kerana di GIU, menjadi 'milik' Hael Iskandar adalah satu-satunya cara untuk Qisha tidak berakhir seperti Hana. Antara benci yang membuak dan rahsia pernikahan yang tersimpan rapi, mampukah The Beast melindungi permatanya tanpa menghancurkan hati gadis itu sendiri? START : 27 DECEMBER 2025 STATUS : ON GOING END : ~ HAEL X AMEENA ~ S I T E N G K U P E M B U L I 😎 (Warning: Cerita ini mengandungi dos gula yang tinggi dan deretan saspens yang mendebarkan di kampus! Add to library sekarang!)
Qayl's : His Aralyn by soofiiyay_
soofiiyay_
  • WpView
    Reads 154,957
  • WpVote
    Votes 6,771
  • WpPart
    Parts 62
Qayl Hedzrin, lelaki yang dibesarkan oleh keluarganya sendiri. Ibunya, Datin Izora yang sentiasa menyayanginya dan memberikan kasih sayang yang cukup kepadanya. Berbeza pula dengan ayahhnya, Dato' Adzrin yang kurang suka terhadap Qayl. Elnaura Aralyn, kebahagiaannya sudah lama hancur setelah kedua ibu bapanya meninggal dan dia dihantar kerumah anak yatim. Takdir tuhan telah menyatukan dua orang insan tersebut. "Nama aku Qayl, Qayl Hedzrin. Kau?" Mereka bahagia. Namun, bolehkah kebahagiaan itu kekal selama-lamanya? "Awak tipu saya, Qayl!" "Wa ila rabbika farghab" "dan hanya kepada tuhanmulah engkau berharap" (Q.S As-Syarah:8)
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] by sopheahadie
sopheahadie
  • WpView
    Reads 48,006
  • WpVote
    Votes 1,382
  • WpPart
    Parts 46
Sara Jasmeen, gadis malang yang dibuang oleh mamanya sendiri atas kesalahan yang dia tak pernah terniat untuk melakukannya. Membawa diri jauh ke kota Edinburgh pada usia yang sangat muda. 10 tahun menetap di situ mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan dan dunianya terisi dengan hadirnya seorang sahabat susah senang. Selepas 10 tahun, hatinya terbuka untuk pulang ke tanah air dan semasa dalam perjalanan pulang, ditakdirkan tuhan berjumpa dengan seorang lelaki bernama Raes Amrullah. Raes Amrullah, lelaki biasa namun misteri. Tempoh singkat perkenalan dengan Sara Jasmeen membibitkan rasa yang aneh dalam hati lelaki itu. Sangkanya itulah kali pertama dan terakhir dia akan bertemu dengan gadis itu, namun ternyata perancangan tuhan itu indah. Beberapa pertemuan antara mereka membuka rahsia hidup Sara yang pedih, berjanji dengan dirinya bahawa dia akan mengembalikan kebahagiaan dalam hidup gadis itu. Menikmati alam rumah tangga bersama Raes, sedikit demi sedikit memberi sinar baharu buat Sara. Namun, pelayaran cinta bersama Raes tidaklah kekal tenang, satu peristiwa menyebabkan pelayaran mereka dilanda badai apabila hadirnya Firdaus yang menimbulkan kacau bilau. Sekali lagi Sara dibuang,lebih parah dibuang oleh suami sendiri yang telah menabur janji untuk membahagiakannya. Saat kebenaran mula terbongkar, Raes sasau mencari sang isteri namun hampa apabila Sara membawa diri dengan hati yang berdarah. Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Masih adakah peluang untuk Raes menebus silapnya? Masihkah Sara mengizinkan Raes hadir semula dalam hidupnya? Apakah pengakhiran hubungan Sara dan mamanya? Layakkah Sara merasa bahagia setelah beribu liku yang dihadapi dalam hidupnya?
Jiran Partner Hati💛 by RafaMikael
RafaMikael
  • WpView
    Reads 2,766
  • WpVote
    Votes 168
  • WpPart
    Parts 18
~Hanya Ghazawan yang melindungi Puterinya~ Hadee Ghazawan, sejak dia berpindah ke kawasan perumahan yang baru, hidup jadi tunggang terbalik. Hati dia sekali berterabur! Pertemuan dengan Puan Puteri Dayana yang garang macam nak cekik orang buat dia takut nak buat mesra. Heh! Tapi yang peliknya, anak-anak mereka elok berkawan. Hanee Faseehah dan Dani Amsyar cuba memainkan peranan untuk merapatkan hubungan Baba dan Mama masing-masing. Dah kalau anak boleh baik, takkan baba dan mama pula nak bercekau? Hadee Ghazawan cuba menarik perhatian Puteri Dayana supaya hubungan mereka menjadi baik sebagai jiran. Heh jiran aje ke? Tapi lain pula jadi. Hati masing-masing berketipak ketipung lah pulak! Adui! Jiran partner hati? Seriuslah weh?! Start: 10.03.2024 End:
Mr.Garang by shazilah
shazilah
  • WpView
    Reads 388,457
  • WpVote
    Votes 13,221
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Haiqal Danish Bin Dato Benjamin rayyan. Merupakan Seorang CEO Rayyan Holdings. mempunyai Wajah yang menarik minat setiap Wanita dan juga mempunyai senyuman yang sangat manis. tetapi sayang seribu kali sayang! Haiqal danish tersangat lah susah untuk senyum! Nurul aqilah Ashikin binti Muhammad Haidar. Seorang gadis Ayu dan mempunyai rupa paras yang cukup manis. seorang yang sangat murah dengan senyuman dan juga merupakan PA kepada Haiqal Danish. Aqilah mempunyai satu tabiat iaitu Suka berangan! dia sering kali berangan Bahawa Haiqal Danish tersebut merupa kan suaminya. Tetapi berbeza pula dengan Haiqal Danish. Haiqal Danish paling pantang bersemuka dengan Aqilah. Ini semua salah Daddy nya yang memandai Menjadikan Aqilah sebagai PA haiqal Danish. Apa yang akan terjadi jika Haiqal Danish berkahwin dengan Aqilah? iaitu PA nya sendiri?
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [TERBIT] by Estellesses
Estellesses
  • WpView
    Reads 495,960
  • WpVote
    Votes 3,698
  • WpPart
    Parts 7
Fayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amilya?
FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING ) by SchaMalaika4
SchaMalaika4
  • WpView
    Reads 83,286
  • WpVote
    Votes 2,168
  • WpPart
    Parts 66
Mengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan dimenangi oleh Dorin Vasile.Dorin melayan Seroja Dianne dengan baik.Dia meminta Seroja mengahwini Andrian Vasile iaitu satu satunya anak buahnya dan merupakan perwaris terakhir Vasile.Perkahwinan kontrak selama 2 tahun itu dipersetujui oleh Seroja setelah Dorin menjanjikan dia akan dibebaskan setelah 2 tahun. Andrian mempunyai 2 watak berbeza selepas kemalangan.Trauma yang dialami menyebabkan dia menyakiti Seroja berulang kali.Seroja nekad merawat Andrian sehingga lelaki itu sembuh. Lagi pun penyakit lelaki itu merupakan kes unik pertama untuk dirinya sebagai pakar psikiatri. 2 tahun Seroja Dianne mengabdikan dirinya kepada Andrian .Trauma Andrian pulih sepenuhnya dan dia menceraikan Seroja dan meninggalkan wanita itu sehelai sepinggang di jalanan.Dia mengatakan segala hati dan perasaan terhadap Seroja adalah palsu.Dia cuma ingin cepat sembuh dan menjejak kembali bekas tunangannya.Tanpa dia sedari Seroja sedang hamil. Seroja membawa dirinya pulang ke tanah air dengan bantuan kedutaan Malaysia di Romania.Di Malaysia, Seroja dipulaukan oleh keluarganya lantaran dia hamil tanpa bapa.Seroja kemudian membawa dirinya bekerja di luar negara. Bertahun berlalu, Seroja membesarkan Alexandru Sebastian tanpa suami disisi.Pertemuan secara tidak sengaja ketika dia menghadiri konvensyen di Madrid membuatkan dia takut Andrian akan mengambil Alexandru darinya. "Where is you father sweet boy?" "Mummy said he's dead" "He's my son right?" "There is no way in hell I had pregnant with your son Don Vasile" Sekali lagi Seroja diculik.Kali ini diculik oleh bekas suami sendiri.Sekali lagi Seroja dipaksa untuk menjadi isteri Andrian. Mampukah Andrian mengambil hati Seroja semula? "FORCED TO BE HIS" Karya SCHAMALAIKA4 Copyright 2023