auth0rmee
- Reads 418
- Votes 78
- Parts 25
Dia CEO muda. Dia juga seorang penyanyi. Tapi yang dia tak pernah rancang... adalah menjadi isteri kepada lelaki yang dia tak kenal.
Aryana Vyn - gadis berani, manja, dan keras kepala - menerima lamaran dari lelaki misteri yang hanya muncul dalam hidupnya tanpa amaran: Duke Lance Aiden Cale.
Lelaki itu dingin. Dominan. Memaksa. Dan entah kenapa... dia seperti mahu melindunginya dari dunia yang Aryana sendiri tak tahu sedang memburunya.
Tapi cinta bukan semudah itu.
Apabila rahsia gelap Lance terbongkar, dan Aryana mula menyaksikan sisi kejam yang cuba disorokkan lelaki itu, satu soalan mula menghantui fikirannya:
Adakah dia isteri... atau hanya perisai Lance dalam perang yang lebih besar?
Dan bila adik lelaki Lance, Lazriel Cale, muncul di depannya-membawa luka lama dan rahsia kematian ibu mereka-Aryana mula sedar... dia tak pernah tahu siapa sebenarnya lelaki yang tidur di sebelahnya setiap malam.
"You're mine now, Aryana. In love or in fear... you'll still be mine." - Lance Cale
- Dalam dunia mereka, cinta bukan janji. Tapi senjata. -