5 stories
ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBAND by CikInzzz
CikInzzz
  • WpView
    Reads 995,761
  • WpVote
    Votes 37,216
  • WpPart
    Parts 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat sederhana. Hidup sebatang kara bersama seekor kucing bernama Luna setelah ditinggalkan oleh nenek yang merupakan satu-satu keluarganya. Kehidupannya berubah 180 darjah apabila bertemu secara tidak sengaja dengan seorang jejaka bernama Alexander Ray Ibrahim. Serta merta hidupnya yang aman menjadi chaos dengan telatah tidak semenggah Ray. Penat Dahlia hendak melayannya sehingga dia hampir berputus asa. Keadaan menjadi bertambah kecoh setelah orang kampung mula mempersoalkan siapakah Ray sebenarnya sehingga memaksa campurtangan ketua kampung. Dahlia pasrah apabila terpaksa menerima Ray sementelah Ray sendiri tidak menolak untuk disatukan dengan Dahlia. Siapakah Alexander Ray Ibrahim yang sebenarnya sehingga sanggup menerima gadis kampung sebagai teman hidupnya. Malah dia sanggup melindungi Dahlia dari ancaman yang sedang memburunya. Apa pula perasaan Dahlia terhadap Ray kerana Ray tidak pernah pula mengungkapkan kata cinta kepada Dahlia. Dapatkah mereka hidup bersama selamanya? My first attempt to write about mafia world or maybe close to mafia world. I'll try my best. It's my own version of mafia. Mafia Melayu. Hehehe. Please enjoy reading this story with an open heart.
𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘! by Izayhss
Izayhss
  • WpView
    Reads 509,474
  • WpVote
    Votes 11,138
  • WpPart
    Parts 65
Perbezaan umur bukanlah satu halangan. Walaupun umur mereka tidak sepadan dan jauh beza, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka melakar memori indah bersama. Hidupnya yang dipenuhi dengan dosa akan segera beransur dengan kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, perkara itu menjadi satu halangan apabila Tengku Rayqal Raiz turut merupakan salah seorang mafia. "How much?", "Huh? Harga apa?", "Hantaran you ", Siapa sangka gadis yang paling benci akan lelaki ini telah berjaya ditambat oleh seorang lelaki yang berlanjutan usianya. Namun, tetap sahaja sikap dingin itu masih tersemat di dalam dirinya. "Apa masalah Tengku ni, hah? Memang lahir-lahir terus jadi ulat bulu eh?" - Eyrah Elyana. Hubungan mereka semakin lama semakin rapat sejak Tengku Rayqal Raiz membawanya ke majlis makan malam. "You should marry daddy, I swear " - Tengku Raysha Radia. "Raysha nak you jadi mummy dia"- Tengku Rayqal Raiz "Tengku dah gila ke apa? Saya tak sesuai jadi ibu kepada anak Tengku. Diri saya pun tak terurus apatah lagi bila saya dah jadi isteri Tengku nanti"- Eyrah Elyana Hari demi hari, perasaan itu semakin berubah ke arah sayang. "Tengku nak kahwin dengan saya?"- Eyrah Elyana Bolehkah mereka membina mahligai yang tenang dan aman seperti pasangan lain? "I can be the best and the worst"- Eyrah Elyana. "If you want to feel my bullet, please make a mistake" - Aleeya Qalyssa. "The day of your death is the day of my happiness" - Zayn Zayris. "Don't you dare disturb us. My friends are too dangerous" - Diana Dayana. ⛔ Bahasa kasar - carut ⛔ Aksi ganas ❗Abaikan Typo ❗Abaikan tatabahasa dan grammar
WASIAT by hexapropymate
hexapropymate
  • WpView
    Reads 322,237
  • WpVote
    Votes 10,323
  • WpPart
    Parts 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 210,481
  • WpVote
    Votes 13,897
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
FARREL'S BOO©️ | TERBIT by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 4,932,367
  • WpVote
    Votes 96,903
  • WpPart
    Parts 19
Under Series Vol I. Known as His Boo. Dedaun luka yang tetap indah, bertemu ais kutub yang dingin dan mematikan. Dua jiwa dari dunia berbeza, disatukan oleh takdir yang tidak pernah mereka pinta. Aisy Melina tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Namun selepas kehilangan ibu bapa, dia menjadi benteng terakhir buat adik-adiknya. Ketabahan itu teruji apabila sebuah kecuaian meragut nyawa, menghancurkan hidup yang sedia rapuh. "Adik saya mati sebab awak!" - Aisy Melina Khalaf Farrel, nama yang menjadi mimpi ngeri Aisy. Dingin. Misteri. Bermata kelam dan wajah sekeras arca. Darah Jermannya tak hanya mengukir ketampanan, tapi juga tembok beku yang sukar didekati. Sejak kematian ayahnya, Khalaf tidak kenal erti simpati. "I won't forgive and forget." - Khalaf Farrel Mereka tidak pernah mencari antara satu sama lain, namun dunia seolah-olah telah menetapkan ikatan. Tiada siapa percaya lelaki itu mampu menyimpan nama sesiapa dalam hatinya. Dia tidak memberi peluang. Apatah lagi membuka ruang. Dia ada hati ke? Namun di balik beku itu, ada bara yang menyala. Dan satu-satunya yang membangkitkannya hanyalah Aisy Melina. "You will make me need you in my life without anyone realising it," - Khalaf Farrel Sekeras mana pun seorang Khalaf, dia tetap punya titik rapuh, Aisy... dan keluarganya. Sentuh mereka... maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun. "She's mine. If you make me repeat those words, I won't speak with my mouth, but with my hands." - Khalaf Farrel Saat bahagia dan luka mula bersatu, satu rahsia mula terbuka. Rahsia yang bisa menghancurkan segalanya. Khalaf teruji. Mampukan dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya? Aisy? Ibunya? Atau bayangan lain yang diam-diam menanti untuk memusnahkan mereka? "He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you." All Rights Reserved Nabillss.