Superb
29 stories
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 267,211
  • WpVote
    Votes 8,464
  • WpPart
    Parts 20
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup. "What is selipar Jepun?" - Ian Hadif "Japanese's slippers." - Iman Amani "Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster! "It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif "Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani "Cakap apa?" - Ian Hadif "Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani "Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri. "To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif "Tell him that I love him, so much."- ImanAmani. Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?
Kahwin Paksa Ke? (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 59,801
  • WpVote
    Votes 1,768
  • WpPart
    Parts 17
Paksa Sampai Cinta!
Bonjour, Mon Amour (Akan Datang PBAKL 2023) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 1,393
  • WpVote
    Votes 94
  • WpPart
    Parts 15
Pahlawan Café menjadi saksi manisnya pertemuan kali pertama Qadr Naufal dan Layla Tihani. Layla dan Qadr; seolah-olah gabungan nama mereka mempunyai chemistry kerana mereka bertemu pula di Sedapnya Café, Kota Paris. Betapa terkejutnya Layla yang Qadr bukan lagi si gentleman yang pernah menghadiahkan dia chocolate fondant dahulu. "Awak tak perlu rasa kasihan dekat saya ataupun Orked." ~Qadr "Saya bukannya kasihan, Qadr." ~Layla "Then?" ~Qadr "Kasih, sayang. Those are the right words." ~Layla Dalam diam Layla mula jatuh sayang dengan Qadr sehingga dia bersetuju untuk menjadi suri hati Qadr tetapi Qadr mahu membayar dia pula! "Kalau awak tak nak duit then awak nak apa?" ~Qadr "Kalau awak nak bayar jugak, awak bayarlah dengan kasih sayang awak sebab kasih sayang ni lebih mahal daripada segala-galanya yang ada di dunia ini." ~Layla Indahnya hubungan mereka seperti indahnya pemandangan senja Eiffel Tower tetapi di antara mereka ada Waiz. Berjayakah hubungan mereka menemui penamat yang membahagiakan? Mampukah Qadr membuang rasa bersalah yang sentiasa menghantui diri? "Jika rasa cinta itu ialah rasa yang membahagiakan, maka saya rasa saya dah jumpa bahagia saya; dengan awak." ~Qadr "Sebab saya ada, Qadr. Saya akan selalu ada untuk awak." ~Layla
Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 25,454
  • WpVote
    Votes 1,590
  • WpPart
    Parts 25
Rutin Eliya Inara yang suka menulis diari di dalam LRT sambil memerhatikan gelagat 'Encik Ulat Buku' yang suka membaca itu berubah setelah perkenalan mereka dalam situasi yang memalukan! Masalahnya, Eliya dah buat gaya boikot tak nak naik LRT pun; Aydin Noah a.k.a. Encik Ulat Buku boleh muncul di mana-mana saja. Aydin pula selamba sahaja menuduh yang Eliya stalk dia. "Eh, sorry sikit. Tak ada maknanya saya nak stalk awak. Nak stalk macam mana kalau Facebook dengan Instagram pun awak tak ada? Such a nerd!" ~Eliya Inara~ Mula-mula memanglah Eliya hendak elakkan diri, tetapi lama-lama dia tercari-cari pula. Walaupun Aydin itu si genius Matematik yang nerd, tetapi apa yang dilakukan oleh Aydin mudah buat hati Eliya jadi hangat. "Jodoh ni ialah jodoh kalau tanpa dirancang senang sangat kita berjumpa dengan orang yang sama di tempat yang berlainan. Over and over again." ~Aydin Noah~ Memang pun Eliya jatuh suka dengan Aydin over and over again! Tapi... Aydin boleh selamba tayang muka tenang! Sebab itulah Eliya selalu keliru. Sudahnya, Eliya nekad untuk berterus terang apabila Aydin mahu ke luar negara selama setahun sebagai sukarelawan. "Saya suka awak dan saya rasa saya patut beritahu sebelum awak pergi." ~Eliya Inara~ "I'm sorry, Yaya." ~Aydin Noah~ Aydin pergi dan Eliya tinggal untuk pulihkan hati yang terluka. Baru sahaja Eliya mahu jayakan rancangan untuk 'move on' daripada Aydin, tiba-tiba lelaki itu muncul kembali. Mulut kata tidak, sedangkan hati... "Saya rasa saya memang sukakan awak sangat-sangat."~Eliya Inara~ "Bak kata Mr Darcy daripada Pride and Prejudice, 'you have bewitched me, body and soul, and I love... I love... I love you."~ Aydin Noah~ Beranikah Eliya untuk jujur pada hati sendiri sekali lagi? Adakah kisah Eliya + Aydin akan bertemu perkataan TAMAT yang menggembirakan?
Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 65,655
  • WpVote
    Votes 1,789
  • WpPart
    Parts 18
Bagi Nuha Dhamia, tidak ada istilah kahwin paksa dalam kamus kehidupannya. Kalau sudah berkahwin, kenalah buat cara orang yang sudah berkahwin. Walaupun dia 'terkahwin' dengan Benyamin Ziqri a.k.a 'mamat kutub utara' (gelaran suka hati yang dia bagi), itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba memecahkan tembok ais yang dibina. "Saya kahwin dengan siapa sebenarnya ya?" - Nuha Dhamia "Hah? Apa jenis soalan macam tu?" - Benyamin Ziqri "Jangan banyak bunyi. Jawab ajelah dulu." - Nuha Dhamia "Dengan sayalah." - Benyamin Ziqri "Hah, tahu pun. Saya ingatkan awak rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya." - Nuha Dhamia Nuha tekad melancarkan misi mencairkan hati encik suami yang dingin bak kutub utara. Masalahnya Benyamin ini dingin betul dengannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan, kadang-kadang gelakkan dia dan kadang-kadang risaukan dia pula. "Yang degil sangat nak tunjuk hero tu kenapa? Siap panjat kerusi dengan hammer lagi. Kan saya dah cakap, biar saya yang buat. Kenapa degil sangat? Suka memanjat. Awak ni teringin nak merasa jadi Spiderman ke?" - Benyamin Ziqri "Eh, saya boleh buatlah. Bukannya susah sangat pun. Dekat rumah sewa, saya dah biasa buat benda-benda macam tu." - Nuha Dhamia "Boleh tak kalau awak jangan buat saya selalu risau?" -Benyamin Ziqri Nuha tepuk dahi sendiri. Pening betul! Confuse! Baru sahaja misi mencairkan hati ais encik suami hampir berjaya, datang pula satu demi satu dugaan yang menganggu rumah tangga mereka. "I am used to living by myself for years until you suddenly came in. I am not used to these sudden changes yet." -Benyamin Ziqri "Who messed with whose life in the first place?"- Nuha Dhamia Masih adakah peluang untuk Nuha Dhamia mencairkan semua 'ais' milik Benyamin Ziqri yang membeku? Mampukah segala dugaan dilalui tanpa merosakkan kepercayaan yang ada? Mampukah bahagia menjadi milik mereka ataukah Nuha Dhamia terpaksa reda dengan segala-galanya?
Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 47,693
  • WpVote
    Votes 1,397
  • WpPart
    Parts 21
Setiap wanita mempunyai definisi dan ciri-ciri tersendiri 'Encik Sempurna' mereka. Begitu juga dengan Ulya Hana. Dia percaya dan yakin yang Encik Sempurna a.k.a jodoh dia wujud kerana dia yakin dengan jodoh Allah. Jodoh akan datang kalau dia berusaha untuk mencari dan berdoa. Sebaik sahaja misi pencarian 'Encik Sempurna' bermula, ramai pula calon-calon yang muncul. "Perfect guys only exist in books" ~Luth Hannan~ "Saya takkan lupa orang yang sudah membuatkan saya tersenyum"~ Tengku Hud Harraz~ "One is loved because one is loved. No reason is needed for loving." ~Encik anonymous~ "Perfect guys don't exist, but there is always one guy that is perfect for me" ~Ulya Hana~ Siapa agaknya 'Encik Sempurna' Ulya Hana? Adakah betul dia itu sempurna? Atau sebenarnya Bukan Encik Sempurna?
UNDERCOVER WIFE by ZuraNovelis
ZuraNovelis
  • WpView
    Reads 9,975
  • WpVote
    Votes 380
  • WpPart
    Parts 6
Cerita mengenai Elena yang nekad untuk menyiasat akan identiti lelaki yang menyerupai suaminya yang telah mati. Coming soon October 2018.
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 655,403
  • WpVote
    Votes 44,167
  • WpPart
    Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
Aku Bukan Dyslexia  by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 25,654
  • WpVote
    Votes 2,127
  • WpPart
    Parts 6
Aku Ahmad Furqan dan ini kisah aku
Nuansa 2 | Terbitan Oktober by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 8,832
  • WpVote
    Votes 994
  • WpPart
    Parts 11
Promo first 10 chapters Kes pembunuhan Anne, kes kemalangan kenderaan polis ketika memindahkan bahan bukti, kes kebakaran bilik operasi dan penangkapan Ace of Spade iaitu salah seorang Sinister Seven daripada Kumpulan Clan of Sinners hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. "Cukup Nuha, jangan. Jangan rendahkan diri kau sama dengan mereka. Biar undang-undang yang menghukum. Biar Allah yang mengadili." - Ahmad Aqil. "There won't be another life but next time don't fall in love with an international criminal like me." - Tengku Nuha Zuhailin. Mempercayai seseorang itu sama sahaja seperti menyerahkan pisau tajam kepadanya. Ia datang bersama harapan untuk dilindungi sepenuh hati atau risiko untuk ditikam tak mati. Tengku Nuha Zuhailin dan Inspektor Ahmad Aqil datang daripada dua sisi dunia yang kontra namun mereka mempunyai misi yang sama dengan motif yang berbeza iaitu menjatuhkan Clan of Sinners dengan apa cara sekalipun. Sesungguhnya, cinta itu memerlukan pengorbanan. Tak akan wujud kebahagiaan tanpa perjuangan.