EYFIEZAAsri's Reading List
8 stories
Pengawas dingin musuhku by EYFIEZAAsri
EYFIEZAAsri
  • WpView
    Reads 51
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 26
Arianna Yasmin tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana satu pengumuman di tapak perhimpunan sekolah. Dirinya yang low-profile, tenang, dan bijak tiba-tiba dicalonkan sebagai Ketua Pengawas, dan perlu bekerjasama rapat dengan pelajar paling dingin dan berpengaruh di sekolah - Rafael Ziyad. Seorang lelaki misteri yang naik ke sekolah dengan Lamborghini, disukai ramai, tapi langsung tak ambil peduli tentang orang sekeliling... termasuk Arianna. Kehadiran Farisya, pelajar diva popular yang ingin menjadi Penolong Ketua Pengawas dan secara terbuka menganggap Arianna sebagai pesaing, menambahkan lagi tekanan. Konflik semakin memuncak bila mereka semua terlibat dalam kem kepimpinan pelajar, dan Arianna tiba-tiba hilang di dalam hutan. Tiada siapa tahu di mana dia... kecuali Rafael yang tekad mahu mencarinya. Dari hubungan benci, muncul rasa ambil peduli. Dari musuh, hadir perasaan yang tak boleh dijelaskan. Namun bila cinta mula tumbuh, muncul pula rahsia, pengkhianatan dan ujian kepercayaan. Bolehkah dua dunia yang berbeza satu dari kemewahan dan satu dari kesederhanaan bersatu dalam cinta? Atau mereka cuma sekadar musuh yang tak pernah ditakdirkan untuk bersama? "Bukan semua ketua itu pilihannya sendiri. Kadang-kadang... takdir yang paksa."
CIKGU GARANG VS CIKGU GILA by EYFIEZAAsri
EYFIEZAAsri
  • WpView
    Reads 668
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 35
Di sebuah sekolah menengah yang terletak di hujung bandar kecil, dua orang guru menjadi perhatian bukan kerana kisah cinta, tapi kerana perang personaliti yang meletup setiap kali mereka bertembung! Cikgu Suri Atikah, guru Matematik yang terkenal dengan ketegasan dan kesempurnaan, sangat berdisiplin dan cerewet. Segalanya mesti ikut jadual, ikut plan, ikut peraturan. Manakala Cikgu Adam Khairil, guru Seni Visual pula ibarat 'badut profesional' suka bergurau, suka langgar protokol, dan kerja dia asyik cari pasal dengan Cikgu Suri. Kadang-kadang dia sengaja tertinggal buku mesyuarat, kadang-kadang dia conteng meja bilik guru... tapi peliknya, cuma meja Suri yang kena. Suatu hari, pihak sekolah umumkan bahawa projek karnival tahunan sekolah akan diketuai oleh... Cikgu Suri & Cikgu Adam, secara bersama! Maka bermulalah babak-babak lucu, mesyuarat yang jadi sesi bertekak, cadangan yang saling bercanggah, dan insiden-insiden yang buat pelajar pun terhibur. Namun di sebalik semua itu, muncul satu perasaan aneh yang tak pernah mereka jangka... Bila Cikgu Gila mula tunjuk sisi bertanggungjawab, dan Cikgu Garang mula tersenyum kerana gurauan kecil. cinta perlahan-lahan tumbuh di sebalik musuh yang selalu bertikam lidah.
Rahsia 10 Nama by EYFIEZAAsri
EYFIEZAAsri
  • WpView
    Reads 74
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 21
Identiti, kebebasan, dan pencarian kebenaran dalam dunia yang dikawal sistemik.
Dia Vampire by Nxraz_wn
Nxraz_wn
  • WpView
    Reads 3,822,249
  • WpVote
    Votes 187,609
  • WpPart
    Parts 113
Pengenalan singkat Ain Amani dengan Andrea Az Zahra Rislea membawanya kepada kehidupan yang penuh dengan misteri. "Tadi aku nampak macam ada orang kat depan rumah kau. Tapi, tak tahu la... Aku kan rabun" - Ain Amani Namun, perpisahan antara mereka selepas tamat SPM bertaut kembali setelah sekian lama. "Tolong aku... Tolong aku sembuhkan dia dari sumpahan tu" - AndreaAz Zahra
THE NEXT HEIR [Completed] by purple_rea
purple_rea
  • WpView
    Reads 316,999
  • WpVote
    Votes 25,024
  • WpPart
    Parts 126
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan jiwa mereka. Dalam diam juga, seorang pemburu sudah berada di antara mereka. Selamatkan jiwa... Selamatkan generasi... Jangan biarkan mereka peroleh apa yang mereka mahukan. P/s:sambungan Iezzi:The Last Hope
My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing  by yournaughtybae-
yournaughtybae-
  • WpView
    Reads 3,885,169
  • WpVote
    Votes 253,907
  • WpPart
    Parts 5
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling Rafael tajam. Perangai over protective lelaki ini semakin hari semakin menjadi-jadi dan boleh buat dia naik gila ! "Not if it's some ass who thinks he can put his hands on you!" Rafael menolak Bella ke dinding. Dia menahan Bella dengan kedua-dua belah tangannya disisi perempuan itu. Matanya kian tajam menusuk anak mata Bella. Bella tidak percaya akan apa yang dia dengar. Rafael tidak pernah bertindak seperti ini sebelum ini dan hakikat bahawa terdapat begitu ramai orang yang menyaksikan dia dan Rafael sekarang menjadikannya lebih mengerikan. Tetapi entah kenapa Bella boleh tersengih di saat api kemarahan Rafael membara. Damn ! This guy bila jalous nampak comel ! #1 in teen fiction; 2 june 2018 #1 in teen fiction; 14 august 2018 #1 in teen fiction; 8 september 2018 #1 in teen fiction; 16 september 2018 #1 in teen fiction; 1 december 2018 #1 in teen fiction; 15 december 2018 #1 in teen fiction; 23 december 2018 #1 in teen fiction; 6 june 2019 #1 in teen fiction; 9 june 2019 #1 in teen fiction; 14 june 2019 #1 in teen fiction; 22 january 2020 #1 in teen fiction; 14 february 2020 #1 in teen fiction; 9 September 2022
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 2,423,665
  • WpVote
    Votes 64,556
  • WpPart
    Parts 60
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih atas kematian Ezzara tidak mungkin akan menyentuh wanita lain walaupun itu adalah haknya sebagai seorang suami. Baginya, Alya tidak patut diperlakukan seperti pelacur yang disentuh atas dasar nafsu semata mata. Namun, apabila sudah tinggal sebilik dan tidur sekatil, cinta pasti berputik jua. Aydan mula melayani isteri selayaknya namun hal tak terduga terjadi menyebabkan si isteri terluka. Atas desakan papanya, Aydan membawa Alya berbulan madu dan sekaligus mengambil peluang tersebut untuk memujuk si isteri. Rumahtangga yang dibina baru menjejak bahagia, hadir pula sebuah kebenaran. Karlisa yang menyimpan dendam kerana Aydan menolak cintanya bertekad untuk menghuru harakan hidup Aydan. Ezzara telah lama dibunuh namun dia masih gagal mendapatkan lelaki itu jadi, dia merencanakan sesuatu yang baru. Isyahani yang tidak sengaja mendengar rencana jahatnya itu diugut dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak cukup itu, Alya dan bayinya yang baru beberapa minggu di dalam kandungan turut menjadi mangsa Karlisa. Aydan kesal. Dia bangkit dari kisah sadisnya dan menukarkannya kepada kisah kejam. Dia dan adik-ii nya berpakat. Karlisa harus menerima hukuman bagi segala perbuatan kejamnya. ⚠️ 2018 copyright
Pengawas King Dihatiku by ciksidekick
ciksidekick
  • WpView
    Reads 144,968
  • WpVote
    Votes 4,086
  • WpPart
    Parts 13
Dia mungkin dingin tetapi dia seorang yang sangat berpegang teguh kepada janji . Disebalik sikap dingin itu terselit satu kisah silam yang pernah menghantui hidupnya . Masihkah ada ruang di hatinya untuk perempuan ? Adakah hati itu akan terkunci untuk selama-lamanya ? Hatinya mula terpaut pada seorang gadis sejak gadis itu cuba mendekati dirinya . Tetapi dia hanya berdiam diri dan memendamkan perasaan buat sementara waktu . Baru sahaja ingin merasakan kebahagiaan hadir pula si cinta pertama yang pernah bertahta di hati . Apabila hadirnya si cinta pertama yang 'pernah' membuatkan jantungnya naik gila , segala - galanya berubah . Tetapi hanya seorang gadis yang memiliki kunci hati itu . Tetapi dapatkah gadis itu membuka pintu hatinya dengan mudah ? Yang pasti akan aku buka hatimu dengan kunci cinta yang setia , kerana kau ... Pengawas King Dihatiku !❤