ashelam
Tahniah!
'Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan ke Institusi Sakti Kebangsaan Malaysia.'
Institusi Sakti Kebangsaan Malaysia? Dah kenapa aku dapat tawaran ini, mohon pun tak pernah, minat ke arah budaya melayu dan tentera pun tak ada.
Apa yg aku selalu dengar ISKM atau SAKTI nama pendeknya menekankan pembelajaran diselitkan tentang khazanah melayu lama dengan cara ketenteraan. Nampak gah, hanya 250 orang setiap tahun akan dipilih dan direkrut masuk. Kriteria sampai hari ini tetap menjadi tanda tanya sebab tiada seorang pun yang tahu.
Selepas habis belajar mungkin akan diserapkan ke pasukan khas tentera yang disebut sebagai Platun56, kekal di sekolah atau diberi kerja khas yang penuh kerahsiaan.