DesbarTargar's Reading List
20 stories
Cermin - "who is the monster among them all?" by nimrod311
nimrod311
  • WpView
    Reads 396
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 15
"Who is the monster among them all?" Semasa menjalankan misi mencari sebuah kepingan emas yang dicuri, 3 beradik yang dikenali sebagai "The Trio" telah menjumpai sebuah cermin aneh di rumah seorang professor. Tanpa mereka sedari, cermin aneh itu membawa mereka ke dunia yang penuh rahsia. "Aku yakin cermin tu sembunyikan sesuatu yang dasyat!" - Syd "Masuk ke dunia ni maksudnya kita sengaja nak tempah maut" - Hann "Ahh! Selagi ada otak aku, kita dapat keluar dari dunia gila ni" - Jack Detektif Tyra dari Unit Orang Hilang Kota Meteor Saga turut menjejak seorang professor yang hilang iaitu Prof Cullen. Semasa mengekori Syd yang baru keluar dari rumah Prof Cullen, dia turut masuk di dunia cermin bersama Syd. Kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak, Tyra merancang untuk mencari Prof Cullen di dunia cermin. "Kat dunia asal kita memang tak nampak. Tapi kat sini kita boleh lihat semua kebenaran" - Tyra Hann dan Jack turut masuk ke dunia cermin untuk mencari Syd yang hilang. Namun mereka diserang oleh berberapa ekor makhluk aneh dan diselamatkan oleh seorang gadis misteri bernama Gizelle. "Apa yang kau cuba sembunyikan dari kami? Kenapa relik emas ni ada dekat kau?" - Hann Mengapakah relik emas yang mereka cari ada pada Gizelle? Siapakah Gizelle? Adakah makhluk aneh ada kaitan dengan misteri kehilangan Prof Cullen? Siapakah monster antara mereka semua? Ikuti kisah misteri mereka di dunia cermin yang penuh rahsia.
Galaksi Sakti by HdinHafizuddin
HdinHafizuddin
  • WpView
    Reads 59
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 2
Lima makhluk yang berbeza bangsa, asal dan rupa serta memiliki ilmu magik yang tersendiri bersatu melawan ancaman gelap yang datangnya daripada Kota Larangan yang terletak dalam dimensi terlarang. Pemimpin mereka, seorang penyihir legenda, sedang dalam usaha mencari Artifak Kosmik untuk memenangi perang ini selain ingin menguasai seluruh galaksi. #InkfinityNovellaChallenge2024 #INC2024
Aku bukan Tomboi! by Vinny_xi
Vinny_xi
  • WpView
    Reads 232
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 13
"Aku bukan tomboi!" Itulah kata-kata Akma apabila orang mempertikaikan perwatakannya. Dia seorang perempuan cuma hasil didikan Tuan Akbar, bapanya yang menginginkan anak lelaki menjadikan dia seorang perempuan yang berperwatakan lasak. Akma ingin mengubah dirinya seperti perempuan sejati. Namun kongkongkan bapanya tidak mungkin dia berjaya. Dengan tekad yang tinggi, Akma dengan senyap-senyap mengubah dirinya. Namun, semua itu musnah bila rahsianya terbongkar. Tuan Akbar tidak dapat menerima perubahan anaknya lalu menghalau Akma keluar dari rumahnya. Kerana tercabar Akma, dia terus lari dari rumah dan selepas bertahun-tahun tidak pulang akhirnya Akma pulang. Kepulangannya bukan berseorangan. Dia pulang membawa kekasih hati dan ingin menamatkan zaman bujangnya. Dapatkah Akma memulihkan semula hubungannya dengan Tuan Akbar? Sanggup ke Zaki untuk menghadapi ujian-ujian yang telah Tuan Akbar aturkan untuknya?
Raja Yang Bermahkota by ZixxKrullah
ZixxKrullah
  • WpView
    Reads 6
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
Orsted-MC -1st buat wattpad kalau Ada Salah tolong betulkan -Akan upload seminggu sekali [AMARAN!!] cerita ini tidak Ada kena mengena dengan dunia nyata semua ini hanyalah rekaan semata-mata untuk author mengasah bakat membuat jalan cerita
Hijrahnya Seorang Bidadari by nurfatindayana
nurfatindayana
  • WpView
    Reads 358
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 12
#inc2024 #infinitynovellachallenge Nur Ainul Fatihah, namanya cantik dan indah seperti pemiliknya. Namun tidak pada kisahnya. Kisah yang tidak ingin diketahui oleh sesiapa. Sehingga menutup hatinya menerima kehadiran cinta yang baru. Tapi kehadiran Ahmad Rafiqi Wafi telah berjaya mengubah dirinya. Walaupun ada kalanya dia sentiasa berjuang mempertahankan kewarasan hatinya kepada menuju jalan yang benar. "Bagi saya, zina tu lagi baik. Apa yang saya buat ni lagi teruk dari zina." - Ainul "Tapi, awak dah berubah. Walaupun sekarang awak masih belum mampu berubah sepenuhnya." - Wafi Putus asa Hilang harapan Sering dia merasakan bahawa dia tidak memiliki peluang untuk kembali mencari cahaya. Sering berjuang melawan diri sendiri. Namun sokongan manusia yang sentiasa bersamanya membuatkan dia sedar bahawa semua manusia itu mampu berjuang. "Awak kena percaya, rahmat Allah itu meliputi langit dan bumi. Dia juga Maha Pengampun."- Wafi
Sang Mutan - #InkfinityNovellaChallenge2024 by waygnies
waygnies
  • WpView
    Reads 77
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 1
Untuk, Inkfinity Novella Challenge 2024. (Blurb Belum Tulis)
Mawar Hitam by Aisyah_Farhanah
Aisyah_Farhanah
  • WpView
    Reads 79
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 3
Seorang gadis yang baru sahaja kehilangan ibu dan ayahnya, tersesat secara tiba-tiba di alam Serawa. Ara bertemu dengan Sukma, jejaka peria serta adik-beradik; Cempaka dan Indera. Satu-satunya cara untuk pulang adalah melalui Gua Bukit Naga. "Bahaya! Banyak orang hilang di sana!" -Cempaka- "Tuan hamba benar-benar ingin pulang? Bagaimana jika hamba memberi satu tawaran? Tuan hamba perlu mencari pembunuh Puteri Mawar, hamba akan membantu tuan hamba untuk ke Bukit Naga." -Indera- "Hamba bukan pembunuh!" -Sukma- Benarkah Sukma bukan pembunuh Puteri Anggun Mawar Sari? Apakah perkaitan kematian tuan puteri dengan legenda mawar hitam? Rahsia apa yang tersembunyi di sebalik Istana Kerajaan Serawa yang megah? Semuanya dalam Mawar Hitam. Jemput baca ya. ^_^
ARDIMAN - TAHUN PERTAMA -CANCELED by ARJUNAKot
ARJUNAKot
  • WpView
    Reads 43
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 4
Dunia di mana wujudnya manusia dengan kuasa luar biasa, mereka digelar Superhuman. Ali Ardiman, pewaris terakhir bagi keluarga Ardiman, keluarga Superhuman yang sebelum ini mengetuai Superhuman Union of Malaysia (SUM). 15 tahun lalu, kumpulan The 4 Horsemen digabungkan oleh Superhuman-Superhuman yang berkuasa, objektif mereka ialah untuk menghancurkan persatuan Superhuman dan mencipta era di mana mereka dapat menggunakan kuasa Superhuman mereka tanpa had dan sekatan persatuan. Mereka berjaya menghancurkan SUM dan memburu setiap ahli serta berjaya membunuh Aidan Ardiman, ayah kepada Ali. Sebelum mati, Aidan meninggalkan kuasa 'Eyes of Ardiman' kepada Ali. Bersama ahli-ahli SUM yang tinggal, Ali melarikan diri dan menyorokkan diri. Kejadian ini memaksa Ali berlatih sepenuhnya untuk mengetuai SUM yang baru suatu hari nanti namun kerana tidak mampu menahan lagi bebanan tanggungjawab yang diberikannya, Ali melarikan diri dan memulakan hidup sebagai manusia biasa. 15 tahun berlalu, Ali hidup seperti biasa namun dia terpaksa menggunakan kuasa Superhumannya pada suatu hari demi mempertahankan wanita yang tidak bersalah. Sejak hari itu, Ali semakin terasa bertanggungjawab untuk menggunakan kuasanya demi mempertahankan orang ramai.
Kisah 2 Hati 2(Slow Update) by bituinhana
bituinhana
  • WpView
    Reads 63
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 4
Pertemuan kembali membuka 1001 kisah Hanim dan Hana,cinta Hanim yang sejati dan suka duka Hana imbangi peribadi dan kerjayanya Ray cinta sejati yang tak mungkin bersatu,Kyrol yang tersepit antara dua hati. Walau dalam seribu kepayahan,dua hati akan tetap bersama walau apa halanganya
La.Mien by NoHR16
NoHR16
  • WpView
    Reads 124
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 6
"Mulai sekarang nama kau Layl, si bisu." -Ken Ayahnya dijadikan kambing hitam di atas kesalahan orang lain dan dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenarnya. Parut yang membentuk tulisan 'Layl' di belakang leher menjadi bukti. 'Tak ada sesiapapun yang akan pandang orang bisu ni kalau aku tak buat macam tu, Nier.'-Layl Nier yang faham akan pergerakan tangan Layl yang membentuk bahasa isyarat mengerutkan dahi. "Jadi, kau patahkan leher lawan kau sebab itu?" Bisu bukan halangan. Kerana di situ, yang menjadi kayu ukur hanyalah kekuatan fizikal. Dia membuktikan kebolehannya untuk mencapai pangkat tertinggi di dalam hierarki ketenteraan di kerajaan tersebut. Hanya untuk matlamat utama. Episod hitamnya bermula saat dia melangkah setapak ke hadapan. Apa yang dia usahakan demi keselamatan ayahnya tiada satu pun yang tercapai. "Kalau kau nak keluar dari sini pun tak apa. Aku ikut."- Ken "Kemudian apa? Kau pun nak jadi pelarian macam aku?" - 'Layl' Pertemuan tidak terduga antara dia dan seorang gadis asing mengingatkannya lagi akan tujuan hidup yang masih bersisa. "Macam nilah, aku tolong kau bersihkan nama ayah kau. Dan kau tolong aku dapatkan orang- orang aku semula." - Laila. Dia mendengus sinis, "Kau yakin aku akan setuju?" - 'Layl' "Aku perlukan kekuatan dan intelek kau. Manakala kau..." Laila datang mendekat. "Kau perlukan kuasa yang aku ada. Lambat laun kau akan setuju, Damien"