Ongoing
54 stories
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 53,933
  • WpVote
    Votes 3,626
  • WpPart
    Parts 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 162,246
  • WpVote
    Votes 15,880
  • WpPart
    Parts 36
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu perkara sebenar kepada ayah di dalam kandungannya, lelaki itu sudah meninggalkan dirinya. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Masa tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Airis cuba untuk menerima Riyaz setelah pintu hatinya tertutup untuk mana-mana lelaki. Dia serik dalam percintaan setelah apa yang terjadi di dalam hidupnya. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN
Pelan Cinta #1 by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 159,626
  • WpVote
    Votes 12,258
  • WpPart
    Parts 45
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
Tengku Adam [BAKAL TERBIT]  by itsnicaaaaaa_
itsnicaaaaaa_
  • WpView
    Reads 57,216
  • WpVote
    Votes 1,156
  • WpPart
    Parts 11
Spin off : Leo's Addiction. Tengku Adam Asyraaf. Sebaris nama yang gah, memiliki daya tarikan yang tersendiri. Lelaki itu mempunyai segalanya. Rupa, kemewahan, kuasa. Code name : Ash. Dia dahulunya seorang yang periang dan ceria. Tetapi angkara satu kejadian hitam yang berlaku pada masa lalunya membuatkan dia menjadi dingin dan kejam. Faiqah Az Zahra. Gadis manis yang mencuri perhatian Tengku Adam untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Faiqah merupakan seorang pemilik butik yang terkenal di kota Kuala Lumpur, sekaligus menjadikan dia sebagai seorang ikon dunia pemodelan. Tengku Adam Asyraaf, cinta pertamanya. Gadis polos seperti Faiqah ibarat makanan harian bagi Tengku Adam. "Kau kena bayar semuanya!" -Tengku Adam Asyraaf "Terima kasih untuk segalanya, Asyraaf. Awak ajar saya bahawa cinta pertama itu tidak selalunya indah." -Faiqah Az Zahra Saat Faiqah mula menjauh, Tengku Adam menjadi tidak tentu arah. Selangkah Faiqah menjauh, seribu langkah Tengku Adam cuba mendekat. "I hate you too, love." -Tengku Adam Asyraaf
Bunga Abadi [TERBIT]  by itsnicaaaaaa_
itsnicaaaaaa_
  • WpView
    Reads 284,884
  • WpVote
    Votes 6,668
  • WpPart
    Parts 22
Althaf Dailami - Seorang anggota PASKAU yang bernaung di bawah TUDM. Tegas dan komited dalam melaksanakan tugas. Siapa sangka, tugasnya menyebabkan dia kehilangan kekasih hati kerana kesibukan bekerja. "Salah aku sebab memetik bunga abadi yang bernama Arina Kaisara ni di taman orang lain." -Althaf Dailami Kekecewaan yang dirasainya menyebabkan Althaf nekad menerima pilihan hati ibunya. Namun, pinangannya ditolak oleh wanita itu. Dia tidak kecewa, tetapi hanya menerima hakikat bahawa cinta mungkin bukan miliknya. Anggun Laura - Seorang akauntan yang bekerja di bawah firma swasta. Telus dalam menjalankan tugas. Seorang gadis yang ayu dan ceria, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terpesona. Di sebalik wajah ceria itu, menyimpan seribu satu sejarah hitam. Pengkhianatan kekal dalam ingatan membuatkan dia trauma untuk mengenali lelaki. "How could you..." -Anggun Laura Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Althaf Dailami seakan memberi sinar harapan baru untuknya dan juga Althaf. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu ikatan yang sah. "Anggun sudi tak jadi isteri Althaf?" -Althaf Dailami Saat bahagia mula dikecapi, masa lalu mula muncul kembali, meragut bahagia yang baru sahaja dibina. Akankah Anggun Laura menjadi bunga abadi milik Althaf? Benarkah cinta itu sebenarnya memang milik mereka? Start : Feb 24, 2025. End : June 15, 2025.
𝐁𝐒π₯𝐚 π‡πšπ­π’ 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐒𝐧𝐭𝐚𝐒 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 299,584
  • WpVote
    Votes 15,414
  • WpPart
    Parts 77
𝐐𝐚𝐬𝐑 𝐈π₯𝐑𝐚𝐦 | π…πšπ­πžπžπ§ 𝐍𝐚𝐟𝐒𝐬𝐚𝐑 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 ππ€π…πˆπ’π€π‡ Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 πˆπ‹π‡π€πŒ Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 ππ€π…πˆπ’π€π‡ "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 πˆπ‹π‡π€πŒ Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed
[Cβ€’] The Devil Heir  by _adlinfdhlina
_adlinfdhlina
  • WpView
    Reads 463,400
  • WpVote
    Votes 26,182
  • WpPart
    Parts 71
⇨ SPIN OFF ORCA Di Universiti Arundel, nama Hazreen Hazzan dan Hazreeq Hazzan bukan sekadar legenda mereka adalah bahaya yang dibungkus dengan karisma. Hazreen, si abang kembar yang dingin, sombong dan tidak percaya sesiapa. Hazreeq pula si adik, senyumannya manis, tutur katanya memikat tetapi hatinya kosong. Mereka mempunyai segalanya. Namun semuanya mula retak apabila seorang gadis biasa melangkah masuk ke dunia mereka. Eryna Humaira gadis bertudung yang tidak mencari perhatian, hanya mahu hidup semula selepas luka lama yang hampir mematahkan jiwanya. "Ouch. Awak ni jenis tak bagi peluang, eh?"- Hazreeq Hazzan "Kalau peluang tu datang dengan niat main-main, saya pass."- Eryna Humaira Hazreeq yang tidak pernah ditolak mula terasa tercabar. Hazreen pula buat pertama kali merasakan dunianya terganggu oleh seseorang yang langsung tidak cuba menawan hatinya. "Tu tempat aku."- Hazreen Hazzan "Biasanya. Tapi hari ni saya duduk sini dulu. Siapa cepat dia dapat, kan?"-Eryna Humaira Namun di sebalik pertemuan itu, tersembunyi luka zaman silam, dan pengkhianatan yang bakal menuntut bayaran paling mahal. "Seseorang yang menarik."- Hazreen Hazzan "Weird girl." - Hazreeq Hazzan Apabila hati terlibat, tiada apa yang dihiraukan, malah darah daging sendiri pun terlupakan. Siapakah yang sanggup mengkhianati demi melindungi? Dan siapakah yang akan menghancurkan segalanya walaupun melibatkan darah sendiri? Cinta tidak pernah selamat di tangan mereka yang terbiasa memiliki segalanya. Siapakah sebenarnya Devil Heir? Lelaki yang terang-terangan dingin dan berbahaya atau lelaki yang kelihatan sempurna, tetapi menyimpan kehancuran di sebalik senyuman? πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯ ----------------------------------------------------------------- COMPLETE: 3 MAY 2026