Chill chill
2 stories
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,934,147
  • WpVote
    Votes 15,583
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
INDAH CINTAKU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 754,319
  • WpVote
    Votes 6,128
  • WpPart
    Parts 10
3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri. Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Memang tak lah! Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala otak je nanti. "Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi "Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz..Bukannya ibu dengan Maklong tahu pun" - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap. "Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi Eh? Kenapa lain pulak ceritanya? Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.