Aish rayhan
3 stories
C | Love, Aish Rayhan  by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 3,322,347
  • WpVote
    Votes 189,736
  • WpPart
    Parts 68
1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan saya. Saya nak awak jaga saya. Please, saya takut." -NAYRA ADELIA "Ingat Nayra Adelia, aku kahwin dengan kau sebab aku kasihankan kau saja." -AISH RAYHAN Mereka berkahwin namun hanya atas dasar simpati dan perlindungan. Meski Aish masih mencintai masa lalunya dan melayan Nayra dengan teruk, Nayra tetap cuba untuk membuka hati Aish untuknya kerana dia ikhlas mencintai suaminya itu. Tetapi kesabaran setiap orang pasti ada batasnya. Apatah lagi dugaan tak henti menguji rumah tangga mereka. Di kala itu hanya perpisahan yang terlintas di fikiran. "Izinkan saya pergi, Encik Rayhan." - NAYRA ADELIA Pada akhirnya, pilihan apa yang terbaik untuk mereka? Bertahan bersama atau perpisahan selamanya? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
C | Bawa Dia Kembali  by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 153,392
  • WpVote
    Votes 14,532
  • WpPart
    Parts 52
Bawa Dia Kembali by viepixxa Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia bertemu dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Di mata saya, awaklah perempuan yang paling indah. Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Dikala Nufa sudah mula belajar menerima takdir, badai melanda yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
C | Love, Ariq Farhan by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 679,878
  • WpVote
    Votes 48,408
  • WpPart
    Parts 62
2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau nak jumpa aku kan?" -ARIQ FARHAN "Haah sebab aku nak pikat kau dengan masakan aku!" -QISYA RIHANA Hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka memilih untuk berkahwin. Meskipun Qisya kuat berahsia dan suka menipu Ariq, Ariq tetap menerima isterinya itu seadanya. Ketika rumah tangga terasa indah, kebenaran mula terbongkar satu persatu yang mengakibatkan rumah tangga mereka retak. Kepercayaan Ariq terhadap Qisya mula hancur. "Izinkan aku jadi isteri yang baik untuk kau sebelum kita berpisah." -QISYA RIHANA Penyesalan dirasakan oleh si isteri namun dia terlambat. Lalu, benarkah perpisahan adalah pilihan terbaik untuk mereka berdua? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa