JamesLaha's Reading List
5 historias
Jodoh Itu Milik Kita por karyaseni2u
Jodoh Itu Milik Kita
karyaseni2u
  • LECTURAS 9,383
  • Votos 228
  • Partes 1
"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kit a akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…" SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq. "Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" – Dahlia "Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial "Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!" – Syafiq Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri? Judul : Jodoh Itu Milik Kita Penulis : Sara Aisha Penerbit : KaryaSeni Semenanjung : RM26 Sabah/Sarawak : RM29 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni
Cik Cinderella Dan Encik Tengku (Adaptasi Drama) por karyaseni2u
Cik Cinderella Dan Encik Tengku (Adaptasi Drama)
karyaseni2u
  • LECTURAS 72,409
  • Votos 1,241
  • Partes 5
Tajuk: Cik Cinderella dan Encik Tengku Penulis: Airisz Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-71-0 Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak) Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf. Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Cinta Si Wedding Planner por karyaseni2u
Cinta Si Wedding Planner
karyaseni2u
  • LECTURAS 22,172
  • Votos 353
  • Partes 5
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Cinta Si Wedding Planner Penulis: Dhiyana Penerbit: Penulisan2u Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Diskaun RM3 dan Free Postage pembelian melalui www.p2u.my & aplikasi Karyaseni
KERANA TERPAKSA ...AKU RELAKAN por UmieNadzimah2015
KERANA TERPAKSA ...AKU RELAKAN
UmieNadzimah2015
  • LECTURAS 15,847
  • Votos 300
  • Partes 5
Karya ke-3 Umie Nadzimah Kerana Terpaksa...Aku Relakan Karyaseni Adaptasi : Slot Akasia , TV3 ,2014 SINOPSIS Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Di hari pernikahan, dia hilang ayah,hilang saudara malah tunangnya juga turut dirampas. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis paling malang , sebatang kara dan tidak punya apa-apa. Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayangi apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan , Indah Halina mendapat tempat teristimewa di hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri. Di rumah banglo Dato’ Safiyalah bermulanya kisah cinta dongeng antara Indah Halina gadis kampong yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segala. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah pabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum. Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa… Akhirnya Tajul Razin seolah-olah tidak sudi lagi… Indah Halina : Dirinya umpama seekor pipit di hutan, yang lansung tiada istimewa sedangkan si dia merak kayangan …manakan mungkin terbang beriringan… Tajul Razin : Sungguh dia tidak tega untuk melepaskan segalanya…hanya kerana terpaksa, dia merelakan… Namun kuasa Tuhan mengatasi segala perancangan manusia… apakah kesudahan kisah cinta mereka?
cinta 3 suku ( Herna Diana ) por aisy___syie
cinta 3 suku ( Herna Diana )
aisy___syie
  • LECTURAS 337,816
  • Votos 4,363
  • Partes 65
'Sketsa perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman - gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara dalam hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. Arie - pertemuaannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lulus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.