200 stories
HUD 1 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 11,437
  • WpVote
    Votes 1,199
  • WpPart
    Parts 47
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sakit. Tetapi dia yakin, bahawa Allah SWT akan memancarkan sinar kebahagiaan buatnya suatu hari nanti. Layanan kasih sayang daripada ibu bapa juga tidak dia rasai. Adik-beradik juga tidak mahu menerima kekurangannya. Hanya caci maki, penghinaan dan kebencian yang mengiringi hayatnya. "Ayah, Hud takut... sejuk." "Kau ada bilik, kan? Berambus pergi bilik kau sana!" Insan yang sepatutnya melindungi juga memberikannya layanan buruk. Apatah lagi ibu yang melahirkan. Hendak menangis juga tidak berguna. Dia sudah kekeringan air mata. Dia sudah lali dengan segala ujian yang menimpa diri. Di sekolah juga dia keseorangan. Hendak berkawan tiada yang sudi, tetapi ejekan pula yang dia terima setiap hari. "Hud cacat." "OKU! Cacat!" Sabar sajalah yang dia mampu buat masa itu. Remuk di kalbu sudah tidak dihiraukan lagi. "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 1. - Sebahagian daripada cerita ini adalah berdasarkan kisah benar manakala sebahagian lagi cumalah rekaan penulis semata-mata. - Nama watak yang terdapat di dalam cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh semua pembaca. START: 20 DISEMBER 2024 END: 4 FEBRUARI 2025
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 80,694
  • WpVote
    Votes 7,072
  • WpPart
    Parts 42
[2nd romance] Short story. Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 353
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 1
[4th romance] Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula.
KESAYANGAN TUN by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 89,528
  • WpVote
    Votes 2,317
  • WpPart
    Parts 12
Unedited version! (may contain typos, repetition, and messy structure). 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 [Drama + Romance] [Spin-off Manuskrip] "Kalau aku kahwin sekali pun hangpa masih orang penting dalam hidup aku. Aku tak akan buang hangpa dua. Hang, adik, Syarifah ... hangpa tiga kesayangan aku."" Mula: 1/1/2025
Oh My Husband by missyhzyy
missyhzyy
  • WpView
    Reads 466,536
  • WpVote
    Votes 13,523
  • WpPart
    Parts 113
[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kepada abangnya. Namun Hani pendam. Dia tak nak kerana dia, abangnya dan kawan baiknya bergaduh. Hani cuba melupakan Ryan bila mendapat tahu lelaki itu mempunyai teman wanita. Dia cuma mencintai kawan sekelasnya namun gagal kerana Ryan terlalu baik buatnya. Malah membawanya ke Ipoh. "Hujung minggu jalan-jalan ke Ipoh."- Ryan. Hani bersetuju sahaja tanpa berfikir panjang. Dia tidak tahu bahawa lelaki itu ingin menyelamatkan dia dari menjadi mangsa Zarif. Pada hari yang sama Zarif telah ditangkap basah. Layanan Ryan terhadapnya membuatkan Hani jatuh cinta dekat lelaki itu dan menerima pinangan dari lelaki itu. Akhirnya mereka berkahwin juga. Banyak halangan yang mereka hadapi sepanjang perkahwinan mereka. Namun suatu hari Puteri muncul kembali. Apabila Ryan mendapat tahu bahawa Puteri mempunyai penyakit dia membantu gadis itu sehingga sembuh. Namun kebaikan Ryan itu telah disalah anggap oleh Hani kerana suaminya itu sering kali pulang lewat dan jarang bercakap dengannya. Apabila ditanya Ryan pasti akan memberi alasan yang sama. Tapi semuanya terbongkar apabila Hani ternampak gambar suaminya dan Puteri di galeri telefon milik Ryan dan menyebabkan kepercayaan Hani terhadap Ryan mula hilang. Dia kemudian bertindak keluar dari rumah dan kembali semula ke rumah keluarganya. Hari demi hari Ryan memujuk namun hatinya telah tertutup. Tapi suatu hari Hani terpaksa juga kembali semula disisi suaminya. Persoalannya mengapakah Ryan sanggup menipu dirinya dan apakah punca Hani kembali semula kepada suaminya? Mampukah mereka mempertahankan perkahwinan tersebut? ⚠DILARANG MENCIPLAK, MENIRU ATAU MENCURI IDEA DAN JUGA JALAN CERITA BUKU INI⚠ ⚠100% IDEA PENULIS⚠
I'm The One  by missyhzyy
missyhzyy
  • WpView
    Reads 328,536
  • WpVote
    Votes 9,526
  • WpPart
    Parts 83
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku walaupun dia telah bertaubat? Intan Sofea gadis bernasib malang yang sering menganggap dirinya sebagai anak haram. Walaupun dia tahu ibunya berkahwin sebelum melahirkannya. Tetapi ramai yang menganggap ibunya berkahwin ketika mengandungkan Intan Sofea. Setelah Intan Sofea lahir dia dan ibunya ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang dia tidak tahu siapa. Pertemuannya dengan seorang wanita tua menyelamatkannya. Dia diupah bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah villa. Dan dia berjumpa dengan seorang jejaka juga merangkap anak kepada wanita tua yang mengambilnya. Dan mulalah perjalanan hidupnya yang terseksa dengan lelaki tersebut. "Kau kena sedar sikit kau tak layak nak bergaul dengan kami ni"- Tengku Arash "Hina sangat ke aku ni?"- Intan Sofea. Tapi pada suatu hari tiba-tiba sahaja Intan Sofea menghilangkan dirinya tanpa sebarang berita mahupun jejak setelah berlaku suatu krisis yang dia tidak dapat lupakan. Malah Tengku Arash juga berasa pelik dengan kehilangan gadis yang selalu dia buli itu. Dari situlah dia tahu bahawa dirinya telah pun jatuh cinta dengan gadis itu. Mampukah Tengku Arash mencari Intan Sofea ataupun dia melupakan sahaja kehilangan misteri gadis itu? Dan apakah pula kaitan Isac sepupu kepada Tengku Arash yang selalu melayan Intan Sofea dengan baik dalam kisah mereka berdua. Dan apakah rahsia antara Intan Sofea bersama Isac? Kenapakah dia sentiasa muncul dalam buku hidupnya. ⚠DILARANG MENCIPLAK, MENIRU ATAU MENCURI IDEA DAN JUGA JALAN CERITA BUKU INI⚠ ⚠100% IDEA PENULIS⚠
SWEET POISON | COMPLETE by bungatehh
bungatehh
  • WpView
    Reads 31,913
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 60
Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama mereka. Pertemuan pertama yang membuatkan ketua mafia itu jatuh hati buat pertama kalinya terhadap gadis remaja itu. Namun, masing-masing memendam perasaan sehingga menyebabkan mereka terpisah dek kerana satu salah faham. Setelah 5 tahun, mereka berdua bertemu kembali. ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short love-story ini adalah rekaan daripada imaginasi saya sebagai penulis. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
MIA ADRIANA by Awiyyn
Awiyyn
  • WpView
    Reads 236,159
  • WpVote
    Votes 9,969
  • WpPart
    Parts 52
#1st Under The Ravenes Series •Never play with the queen. Tak pernah terlintas di dalam minda Adriana untuk menjadi seorang babysitter sementara. Dalam kamus hidup pun tak pernah! Tetapi atas desakan rakannya di samping dirinya yang memerlukan kewangan, Adriana akur dan terima kasih. Dan dia bersyukur juga kerana terima. Sebab gaji boleh tahan lumayan juga! First impression bila dapat jumpa bos face to face, handsome! Terserlah aura dominannya itu. Dan buat pertama kali dalam kamus Adriana, jantungnya berdegup dengan sangat laju. Itupun pertama kali sahajalah. Dah masuk kali kedua, hampeh! "Tuan stalk saya eh?" -Mia Adriana "Kau ingat aku ni free? Ingat maruah aku sebagai seorang lelaki ni murah sangat ke sampai nak stalk orang?" -Rayyan Darwish And yeah! Pergaduhan itu memang berlanjutan. Tetapi Rayyan juga tidak dapat menafikan yang keberadaan gadis itu di sisinya membuat Rayyan rasa selesa. Sama seperti Adriana jua. Sama-sama rasa selesa dan tanpa sedar, hati mereka juga turut perlahan-lahan terbuka. "Lamar saya selepas enam bulan." -Mia Adriana "Kenapa pula?" -Rayyan Darwish Of course mereka bahagia. Tetapi... adakah kebahagiaan itu kekal selamanya? "I'm sorry." #06 in thriller {2024} #01 in queen {2025} #05 in king {2025} Start : FEBRUARY 2022 End : OCTOBER 2022
SOLOMON : MR DEVILISH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 837,044
  • WpVote
    Votes 66,521
  • WpPart
    Parts 57
# 2nd Hello Mister! Series •He's one kind of a man who can bring hell and heaven to you. | High Master × Enchantress | QARYA. Hidupnya penuh dugaan dan penuh cabaran. Selalu dibenci dan selalu di duga. Kehilangan bapa membawa satu titik hitam dalam hidupnya. Tak cukup dengan itu, hidupnya diuji lagi apabila dua sahabat sejati pergi meninggalkannya sendiri. Jujur. Dia cuba jadi kuat. Tapi tewas juga di akhirnya "Oh. Ini ke orangnya? Yang buka tudung tu." Qarya disanjung oleh pelajar-pelajar lain. Malangnya dia dipandang sinis oleh pelajar-pelajar dari tanah airnya. Qarya akui banyak dosanya. Dek kerana hidup berpaksikan dunia, Qarya hilang identiti sebenar dirinya. Menjadi seorang mata-mata mempertemukannya dengan seorang lelaki dingin yang unik. Aura maskulinnya unik. Matanya unik. Rambutnya unik. Segalanya tentang lelaki itu sangat berbeza daripada manusia normal. "Stay at least three meters away from him. Just don't get involve with him in any way." Amaran itu benar belaka. Pak cik Salmon mata cantik itu punya bau yang pelik. Sangat. Tapi pertemuan kedua mereka... agak jauh berbeza. "Hey there my little witch. I've look for you everywhere." Solomon Rupanya lelaki itu tak adalah seburuk yang diperkatakan. Dia agak baik. Cuma terlalu menyakitkan hati dan merimaskan. "You looks so dominant. Like an alpha. You know... I have things for alpha girls." -Solomon "Save your thoughts for yourself Master Solomon." -Qarya "Yes ma'am!" -Solomon Qarya abaikan sahaja gangguan yang diterima. Qarya tak berminat untuk bercinta. Sehinggalah satu hari... "Destroy Deville family." -X Qarya tahu. Jalan misinya mula menjadi semakin sukar apabila Solomon memilih dia untuk menjadi High Mistress dalam keluarga itu. "I'll destroy you first, my little witch." -Solomon Qarya hanya tenang menghadapi misi Solomon untuk menghancurkan tembok tenangnya. Tapi malang. Lelaki itu terus berjaya tundukkan Qarya di bawah penguasaannya. "Obey me." -Solomon
Kerana Cinta Itu Ada by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 8,296
  • WpVote
    Votes 667
  • WpPart
    Parts 3
Second spin off Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Zain Al-Fareed | Nadya Elara