kamilah399450's Reading List
5 stories
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 516,088
  • WpVote
    Votes 28,236
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts 📎update setiap hari 2 chapter JANJI Start : 04/09/2025
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 675,066
  • WpVote
    Votes 35,700
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #3 Revenge #3 Cute #6 Bromance #7 Sayang #8 Melayu #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
KESAYANGAN TUN by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 99,956
  • WpVote
    Votes 3,347
  • WpPart
    Parts 19
Unedited version! (may contain typos, repetition, and messy structure). 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 [Drama + Romance] [Spin-off Manuskrip] "Kalau aku kahwin sekali pun hangpa masih orang penting dalam hidup aku. Aku tak akan buang hangpa dua. Hang, adik, Syarifah ... hangpa tiga kesayangan aku."" Mula: 1/1/2025
AAQIF'S: HER GUARDIAN [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 1,039,406
  • WpVote
    Votes 35,817
  • WpPart
    Parts 79
Aaqif Danial × Dania Alisya [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ ⚠️ su*cide attempts, self-h*rm ⚠️ harsh words, lots of cursing. ⚠️ torture, abuse, assault, k*lling scenes ⚠️ read on your own risks. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu dosa besar antara Aaqif Danial dan Dania Alisya. Tumbuhnya benih haram didalam rahim Alisya menyebabkan hidupnya hancur dalam sekelip mata. Kehilangan semua orang tersayang dengan cara yang tragis membuatkan Alisya hilang arah, namun berkat kesabaran ibu bapa angkatnya, Alisya bangkit sedikit demi sedikit. Takdir menemukan semula mereka menyebabkan perasaan benci dan rindu mula berputik kembali. "Long time no see, bunny" - Aaqif Danial "Aku benci kau dan sampai bila-bila pun aku tetap bencikan kau" - Dania Alisya Namun, demi merungkai sebuah kebenaran, lamaran Aaqif diterima. "They said to trust actions and not words. But you betrayed me in both ways. But this time I'll try putting my trust on you again" - Dania Alisya "I have nothing in me that I could give you except for love, hence I vow to give you everything that this world could offer. I love you, Dania Alisya" - Aaqif Danial Saat bahagia mula bertandang, ujian demi ujian menimpa, dan satu persatu kotak pandora yang disimpan rapi oleh Aaqif kian terbuka, menguji kepercayaan Alisya pada Aaqif. Berjayakah Aaqif mendapatkan semula kepercayaan Alisya yang pernah dikhianati dahulu sekali gus menyemai cinta yang pernah mekar antara mereka. "Time didn't heal me, but you did." Start: 15 November 2023 End: 28 April 2024
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 210,589
  • WpVote
    Votes 13,897
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021