Aunivers
2 stories
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,680,276
  • WpVote
    Votes 28,927
  • WpPart
    Parts 9
[ Terbit - Fajar Pakeer ] 2025 Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara. Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa. Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji. "Saya buta, Jibrail. Saya cacat." - Yasmeen Alana. "Cik Alana tetap sempurna pada mata saya." - Mohd Zeyad Jibrail. Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail. Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan? "Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku." - Mohd Zeyad Jibrail. Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba. Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran? Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina? Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia. "Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata."
Beautiful Broken Rules  ✓ by qkeiyafluer
qkeiyafluer
  • WpView
    Reads 2,042,234
  • WpVote
    Votes 102,456
  • WpPart
    Parts 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila bersama dengan orang yang baru dikenalinya. Sweet talker apabila bersama bidadarinya. Dengan status pekerjaannya sebagai seorang pilot lagi membuatkan ramai wanita ingin mendekati dirinya. Tersilap langkah akibat nafsu sendiri. Tetapi, cinta dan mati lelaki ini, hanya untuk bidadarinya sahaja. Sehingga akhir hayat. "Aku tak pernah cintakan kau sebagaimana aku cintakan dia" QAIREEN ZENIA - Seorang wanita bekerjaya. Bekerja sebagai doktor bedah di sebuah hospital. Cantik dan juga setia dengan pasangannya. Wanita yang kuat mengharungi dugaan sepanjang perkahwinannya. Tetapi menjadi wanita yang lemah apabila melibatkan seorang lelaki yang bergelar suami. "But a real friend wouldn't steal her best friend's husband" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 1 July 2021 End: 24 September 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaaa