Wish read
5 stories
PARAGON by GwenMahdi
GwenMahdi
  • WpView
    Reads 18,966
  • WpVote
    Votes 3,221
  • WpPart
    Parts 54
[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalankan oleh sebuah organisasi. Projek itu berakhir dengan bencana. Kini, konflik daripada peristiwa itu masih ada. Situasi tersebut memberikan kesan buruk kepada semua pihak, terutamanya para rakyat. Nell, seorang remaja lelaki dengan kuasa aneh telah bertekad untuk keluar dari kurungan negaranya. Dia perlu ke utara demi mencari seseorang. Namun sepanjang perjalanannya, malapetaka sentiasa berlaku. Dia sendiri tidak pasti adakah semua yang terjadi berpunca daripada dirinya. Takdir telah menemukannya dengan Kaio dan Sonny, dua orang pelarian yang cuba hidup seperti biasa selepas peperangan; Azaka, seorang perempuan yang mempunyai suatu misi yang tidak diketahui; dan Auvo, lelaki penyendiri yang terpaksa keluar dari 'persaraannya'. Dalam kekalutan dan huru-hara, mereka perlu mencari solusi untuk menamatkan segala sengketa yang telah berlanjutan buat selamanya. Cover: Su Jian (Artstation)
Cure by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 11,229
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 19
Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka hidup tatkala zaman ais dan wabak zombie appocalypse melanda dunia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Termasuklah kumpulan mercenaries yang menggelar diri mereka Patriot yang diketuai oleh Komander Azzmel, bekas tentera. Mercenaries yang selalu membuat kerja kotor untuk puak-puak yang bertelagah bertakhta di neraka yang merupakan alam diambang kiamat. Namun, kumpulan mercenaries ini buat pertama kalinya, mendapat kerja bersih. Kerja bersih yang menyelamatkan populasi manusia di ambang kemusnahan. Mereka harus mengiringi satu-satunya kunci untuk menangguh kiamat itu. Penawar kepada penyakit yang merubah bangsa manusia menjadi pemakan daging segar. Ya, kunci itu adalah manusia biasa seperti mereka. Tetapi yang mahu merebutkan kunci itu musuh yang pelbagai. Diktator yang menguasai neraka. Pemberontak yang sering bertelagah antara satu sama lain. Dah tentu, zombie yang melata mencari otak.
PENJAGA ✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 185,230
  • WpVote
    Votes 15,164
  • WpPart
    Parts 34
"Walau ada satu mata kasar yang tidak mampu melihat, namun ada mata yang terganggu tidak sedari, -dan air terjun miliknya yang tersentuh tanpa sengaja, telah membuah amarah yang perlu dibalas mereka," Sebuah pengembaraan yang sepatutnya membuah seribu kisah gembira akhirnya berubah menjadi tragedi tatkala mereka tersilap langkah. Menelusuri pelbagai cabaran agar mereka tidak lagi terikat dengan sumpahan itu. Gabungan genre seram, thriller, romantik dan komedi. Bukan beshe beshe. Highest rank : #1 in Seram #2 in Mystery and Thriller Penjaga 2 is ready for you guys !!! P/s: storyline agak berterabur
MISI LINDA by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 188,874
  • WpVote
    Votes 1,647
  • WpPart
    Parts 13
Kisah benar yang pernah berlaku di sebuah hospital di Lembah Kelang Ada beberapa cerita mengenai kemunculan misi Linda. Dipercayai misi linda adalah seorang jururawat yang mati disihir di dalam hospital. Kononnya rohnya merayau-rayau di hospital. Ada ketika kemunculannya dia menjadi baik serta menolong seperti seorang jururawat. Jika tidak bernasib baik kemunculannya begitu menakutkan dan membawa mudarat
White Collar Crime [C] by aaamiiraaaa
aaamiiraaaa
  • WpView
    Reads 39,145
  • WpVote
    Votes 2,758
  • WpPart
    Parts 35
[[ Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Mystery/Thriller]] Sebaik saja aku sebut "berjuta-juta ringgit" apa yang akan kau fikirkan sekarang? Adakah ia tentang seorang ahli jutawan bersama jutaan wang ringgit di dalam tab mandinya? Atau adakah ia adalah satu kerugian besar dari sebuah filem yang tidak ramai orang inginkan? Tetapi, Pernahkan kau terfikir tentang White Collar Crime? Atau gelaran itu seolah tidak penting dalam hidup kau? * * * * * Demi menutup satu kebenaran, satu nyawa perlu digadaikan. "Kenapa mesti membunuh?" - Damien "Dengan itu saja aku dapat menutup 'mulut' dia daripada terbuka." - unknown "Manusia jenis apa kau ni?" - Armand "Jenis manusia yang baik, mungkin?" - unknown "Your wife or me?" - unknown "I'll kill you for sure!" - Damien "Kau tak boleh give up macam ni, Damien! Aku yakin kita dapat jatuhkan dia tak lama lagi. Kita perlukan sedikit masa je lagi!" - Armand "Sampai bila, Armand? tunggu sampai aku terima mayat isteri dan anak aku? Macam tu huh?" - Damien Kehidupan Damien dan Armand berubah sebaik saja mereka menerima tawaran untuk menyertai ejen FBI dalam menyiasat satu kes jenayah wang terbesar yang berlaku di Thailand. Dapatkah Damien dan Armand menyelesaikan kes yang melibatkan berpuluh billion dollar? Atau salah seorang daripada mereka akan terkorban? Mula : 30 Sept 2018 Tamat : 17 Mei 2019