Luccaxue
3 stories
HEY LAURA IT'S ME by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 519
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 5
"Orang jahat memang susah nak gelak sebab hati mereka dah hitam. Hitam, hitam, hitam dan hitam!" ~ Laura Dia bencikan Iskandar. Bagi Laura, sejauh mana pun kejahatan menjulang piala, akhirnya piala itu akan jatuh ke tangan kebaikan. Kerana itu dia menunggu kehadiran Iskandar demi sebuah jawapan. Bertahun menunggu, bukan Iskandar yang muncul tetapi Marlo, lelaki kasar, kurang ajar dan sarkastik yang sering mengekorinya. Datangnya Marlo bersama berita kelenyapan Iskandar dari dunia. Rimos Cafe menemukan Laura dengan Fateh, barista yang kacak, sopan tetapi agak lemah. Mengenali Fateh membuatkan hatinya terganggu. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu memperlihatkan sisi romantisnya. Berada di sisi Fateh seringkali mengingatkan dia pada Iskandar sehingga Laura celaru. "Pernah tak kita bertemu sebelum ni?" ~ Fateh "Kita tak pernah kenal sebelum ni. Mungkin bos pernah terserempak dengan perempuan seiras saya. Dalam dunia ni, banyak pelanduk dua serupa...." ~ Laura Dunia Laura tiba-tiba kucar-kacir apabila dia diburu oleh Tuan Farid. Ketika itu seorang lelaki bernama Zack muncul. Lelaki yang memegang kunci pada semua rahsia yang berlegar di sekitar mereka. Namun, benarkah Zack ada kunci pada segala rahsia sedangkan di atas mereka ada manusia licik yang bijak bermain dengan sebuah kenyataan? Ada kematian yang berlaku. Ada kehilangan yang perlu mereka terima. Ada kenyataan yang harus mereka telan. Dan ada kejahatan yang mereka perlu hadapi. Semuanya tersimpan di dalam Hey Laura, It's me.
CRUSH ATAU KAWAN by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 1,627
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 5
Kemalangan yang meragut nyawa bapa Fira telah merubah hubungan akrab Fakhrul dan dirinya. Akibatnya, Fira tidak lagi menyenangi sahabat sepermainannya itu. Dia anggap Fakhrul tak lebih macam kacang hantu. Bersekolah di sekolah asrama penuh yang sama, Fakhrul tekad untuk melindungi sahabat sepermainannya walaupun Fira begitu dingin dengannya. "Nak tau something? Saya bukan tong sampah!" - FIRA "Tak boleh ke, sekali aja, kau terima niat baik aku?" -FAKHRUL Hati Fira bukanlah keras mana dengan makhluk bernama lelaki. Dia cuma menyampah dengan si Fakhrul sahaja. Dalam diam, dia CRUSH kepada Ketua Pengawas sekolah (KP), Fateh Izhan. "Orang bijak, genius macam dia, manalah padan dengan low-scorer macam aku. Tapi, aku boleh cuba kurangkan gap tu. Usaha...Then, he'll notice me someday. Dia kenal aku pun cukuplah". -FIRA Satu kejadian menyayat hati merubah happy go-lucky Fira. Pemergian ibu dan abang tercinta membuat Fira hampir putus asa untuk terus belajar. Tetapi, selepas hujan ada pelangi. Dia diambil menjadi anak angkat kepada ibu CRUSHnya, Umi Izzah. Tidak punyai sesiapa lagi, Fira ditunangkan secara rahsia dengan Fateh. "Insya Allah, I'll accept you whoever you are." -FATEH IZHAN Namun, permintaan Fakhrul buat Fira tergamam. "Tunggu aku...Untuk lima tahun lagi...Bolehkan?" -FAKHRUL Macam mana Fakhrul boleh terfikir hingga ke arah itu? Padanya, mereka cuma berkawan! Hati Fira sedikit pun tidak tergugat. Dia sudah menjadi tunangan orang. Kenapa perlu berfikir tentang lelaki lain? Fira tegas dengan pendiriannya, Fakhrul cuma KAWAN dan Fateh pula CRUSH. Antara CRUSH atau KAWAN, mana satu yang ditakdirkan menjadi jodoh? Hebatnya takdir itu, kalau memang bukan jodoh, buatlah apapun, tak akan jadi jodoh!
MISS MOCHI by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 531
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 5
"Awak panggil saya nama kuih? Mochi tu kuih, kan? Kenapa awak panggil saya mochi?" - Raisya "Saya dah panggil nama Raisya tapi awak tak menoleh pun. Bila saya panggil Mochi, terus aje awak pusing." - Ilham Panggilan Mochi memang pelik bagi Raisya. Namun kerana panggilan pelik itu dia jatuh hati kepada Ilham. Lelaki itu bukan sahaja kacak tetapi juga romantik serta pandai mengambil hati. "Saya rindukan awak. Sepanjang hari ni hati saya tak tenang sebab tak nampak muka awak." - Ilham "Encik Ilham tahu tak? Ada akta untuk dakwa orang ketiga. Kalau encik sibuk nak kacau kami, bersedialah nak kena saman." - Raisya "Macam mana nak wujud orang ketiga kalau orang kedua tu pun macam tak wujud?" - Ilham Raisya terbuai dengan layanan Ilham sehingga dia hampir lupa statusnya. Dia telah ditunangkan oleh arwah datuknya sejak kecil lagi dengan anak kenalannya bernama Ariff. Raisya terpaksa melupakan Ilham sehingga tarikh lahirnya ke-26 tiba. Saat kesetiaannya kepada tunangnya mula goyah, akhirnya Ariff muncul di depan Raisya. Seusai mengenali tunangnya, Tajul Ariff, Raisya terngadah. Kemunculan Tajul hanyalah disebabkan dendam kepada Ilham, bukannya disebabkan wasiat itu. "Awak muncul bukan sebab nak penuhi wasiat tu. Awak tak ambil tahu pun sebenarnya. Awak muncul di depan saya sebab Ilham. Sebab awak tak nak Ilham gembira. Awak pun tak suka saya sebenarnya!" - Raisya "Memang saya nak seksa Ilham. Sebagaimana saya terseksa sakit dulu. Sebab tu saya muncul di depan awak. Saya memang sengaja rampas awak daripada dia! Awak dah tahu semuanya... Tapi jangan harap awak lepas daripada saya!" - Tajul Raisya akur jika jodohnya bersama Tajul kerana dia sudah berjanji akan tunaikan wasiat arwah datuknya. Namun, mampukah cinta hadir dalam diri Miss Mochi buat Tajul Ariff sedangkan cintanya yang berputik hanya untuk Ilham Ariff?