mrrjdwn's Reading List
2 stories
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,111,244
  • WpVote
    Votes 354,604
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,157
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.