📖 OG - CR - TR
77 stories
Pesan Sayang by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 6,141
  • WpVote
    Votes 929
  • WpPart
    Parts 15
Setelah bertahun-tahun merantau jauh, Irma akhirnya kembali ke kampung halaman. Tapi kepulangannya bukan sekadar untuk melawat, ia membawa seribu kenangan lama yang kembali menghantui. Dulu, Irma dan Ojan adalah sahabat baik, saling berkongsi cerita dan impian. Namun, satu kejadian pahit memisahkan mereka, meninggalkan luka yang sukar untuk sembuh. Apabila bertemu semula dengan Ojan, semuanya seakan kembali seperti dahulu - tawa, rasa nyaman, dan perasaan yang tak pernah padam. Namun, masa yang telah berlalu dan rahsia lama yang belum terbongkar membuatkan Irma tertanya-tanya adakah mungkin untuk mereka memulakan sesuatu yang baru, atau adakah kenangan lalu akan terus menghalang? Sebuah kisah tentang cinta, persahabatan, dan mengubati luka lama yang masih ada.
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 16,130
  • WpVote
    Votes 2,821
  • WpPart
    Parts 22
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
Caution, Haphazard! by queenkongpink
queenkongpink
  • WpView
    Reads 76
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 4
Haphazard /ˌhapˈhazəd/ Meaning: Haphazard is an adjective describing something characterized by a lack of order, planning or organization. Synonym: random, aimless, unplanned In short; this is a platform for my ranndom stories.
Ultrasound [discontinued] by tulisansofia
tulisansofia
  • WpView
    Reads 4,430
  • WpVote
    Votes 466
  • WpPart
    Parts 30
Malik Naml, ialah seorang guru subjek Ekonomi, A-Level bagi peperiksaan HSoE di sebuah kolej. Guru berumur 28 tahun itu menyimpan kisah silamnya baik-baik sebagai seorang pemilik kelab malam, namun semua rahsianya terbongkar setelah dia membantu salah seorang pelajar perempuannya, Hawwa Shu'ara. Gambar ultrasound seorang bayi yang ditampal di dewan kolej itu bakal membuatkan kehidupan dirinya dan Hawwa tukang terbalik, seakan-akan Malik telah mencalar maruah pelajarnya yang terkenal kerana labuh tudungnya, baik budi-pekertinya- Namun, gambar ultrasound itu jugalah yang bakal menjemput sebuah perkahwinan yang tidak pernah dijangka sesiapa.
His Rare Collection  by violetfasha
violetfasha
  • WpView
    Reads 166,885
  • WpVote
    Votes 6,336
  • WpPart
    Parts 57
"Rare collection" refers to a group of items-often books, manuscripts, artworks, or artifacts-that are: 1. Uncommon or hard to find 2. Historically significant or valuable 3. Often old, limited edition, or one-of-a-kind 4. Preserved carefully due to their uniqueness In a library context, a "rare collection" usually includes ancient texts, out-of-print books, original manuscripts, or culturally important documents.
P H A R A O H by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 94,222
  • WpVote
    Votes 11,558
  • WpPart
    Parts 22
(A FIRAUN RETELLING) CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA Zaman Fatrah adalah zaman kemuncak kesesatan dunia. Satu era di mana tiada rasul diutuskan. Tiada penyeru hidayah yang membetulkan. Hidup bertuhankan nafsu semata-mata. Membuas dan merakus dalam setiap jiwa. Tiada petunjuk. Tiada jalan yang lurus. Di era sukar ini, wujud raja yang mengaku tuhan. Pharaoh Alexander. Lelaki kejam dan cilik. Membunuh itu hobinya. Darah itu kegemarannya. Menyeksa itu hiburannya. Dirinya digeruni segenap dunia. Disembah seperti tuhan. Dipuja seperti pemilik alam. Namun wujud juga di sisi lain, seorang pemuda sederhana. Allah itu Tuhannya. Nabi Isa itu nabinya. Millah itu agamanya. Pedang Allah nama diberi, Saefullah. Niatnya hanya satu. Membetulkan segala pegangan manusia era ini. Menjadikan semua hanya beriman pada Yang Satu. Menyebarkan kembali agama yang mulai luput. Namun di penghujung cerita, segalanya berubah. Takdir Tuhan mengatasi segalanya. Dunia sendiri terkedu dengan aturan-Nya. "Aku bukan tuhan, aku hanya hamba." Rujukan kitab berkenaan agama nasrani: (قصص النبيين جزء ٤) 1. Qisasun-nabiyyin juzuk 4. Karangan Abul Hasan Ali Al-hasani An-nadwi (تفسير الجلالين) 2. Tafsirul Jalalain. Karangan Imam Mahalli dan Imam Suyuti. (الرحيق المختوم) 3. Ar-rahiqul makhtum. Karangan Safiyyurrahman Al-Mabarkafuri. 4. Fadhail Amal. Karangan Shaikul Hadith Maulana Zakariya. 5. Fadhilat Sedeqah. Karangan Shaikul Hadith Maulana Zakariya. (القرآن الكريم) 6. Al-quranul karim. Cover by @ummulemonade
ShortStory : Pasha Safwa by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 5,080
  • WpVote
    Votes 642
  • WpPart
    Parts 22
Short Story Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Mereka dipertemukan untuk rasa yang sama namun takdir tak menyebelahi. Antara cinta dan Tuhan, sudah tentu Iman di dada menjadi pilihan. - Cerita pelik-pelik antara Pasha dan Safwa. Pasha = Guitar Safwa = Bunga Guitar + Bunga = Tak ngam Enjoy! - Start : 26/8/22 End : Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
180 by tulisansofia
tulisansofia
  • WpView
    Reads 290
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 9
seorang ibu tunggal mengahwinkan anak lelakinya dgn anak gadis berskarf sanggul agar menukar keputusan anaknya: agar tidak membunuh diri. (age-rating: 18 & ke atas) * high in mature content