heartforlieysaaa's Reading List
5 stories
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒�𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 6,985
  • WpVote
    Votes 1,928
  • WpPart
    Parts 14
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴... ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. Dan pada saat itulah, Haidar hadir bagaikan bintang yang enggan padam cahayanya. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih?
𝑪𝑰𝑵𝑻𝑨 𝑯𝑨𝑻𝑰 𝑨𝑵𝑰𝑸 | 𝑺𝑳𝑶𝑾 𝑼𝑷𝑫𝑨𝑻𝑬𝑫 by heartforlieysaaa
heartforlieysaaa
  • WpView
    Reads 874
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 1
mᥙһᥲmmᥲძ ᥲᥒі𝗊 ᥱskᥲᥒძᥲr & ᥲᥒggᥙᥒ ᥲᥣᥡssᥲ ᥴᥣᥲrіᥒძᥲ ෆ 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐧𝐢𝐪 𝐄𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - Lelaki yang sukar didekati, tegas, dan penuh prinsip. Namun di balik wajah serius itu, tersembunyi sisi manja yang hanya ditunjukkan pada insan teristimewa. Dia bukan jenis yang mudah jatuh cinta, tetapi keayuan dan kelembutan Anggun berjaya menembusi benteng hatinya. Sekali berjanji, dia akan pegang sampai mati. 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧 𝐀𝐥𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐂𝐥𝐚𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚 - Gadis berhati lembut dengan senyuman manis dan lesung pipit di pipi kiri yang mencairkan sesiapa saja. Peramah tetapi pemalu, dia percaya pada cinta sejati. Aniq, lelaki yang dahulu menyindirnya, kini menjadi orang yang paling dia rindu. Tapi tak semua kisah cinta berakhir bahagia... lebih-lebih lagi bila Arianna, sahabat baik sendiri, menjadi punca runtuhnya kepercayaan. Hubungan mereka diuji. Janji-janji mula pudar dek racun cemburu yang ditabur Arianna dalam diam. Dan akhirnya, hubungan yang dibina atas cinta dan kesetiaan mulai retak... Namun, mampukah cinta bertahan bila pengkhianatan datang dari orang paling dipercayai? "I love you husbaby!" - Anggun Alyssa Clarinda "I love you more, my sugar dumpling." - Muhammad Aniq Eskandar
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐘𝐀𝐃 ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 3,383,063
  • WpVote
    Votes 30,353
  • WpPart
    Parts 8
(Terbit PBAS 2023) Keputusan mereka untuk berkahwin bukan hanya sebab saling mencintai. Tapi ada lagi sebab lain. Redza mahu menyingkirkan sikap buruknya. Dan, Zya pula ingin bersama Redza untuk menutupi kisah silamnya. Sepenuh hati, dia percaya Redza boleh menerima buruk baiknya. Namun, segalanya bertukar apabila dia bertentang mata dengan lelaki yang diperkenalkan oleh Redza kepadanya. Lelaki itu alfa. Rupanya, tuturnya dan tingkahnya mampu menggoyahkan mana-mana hati wanita. Dia... Ziyad Al Falikh. "Perkenalkan, ini daddy I. Harap you dan daddy I boleh get along." - REDZA AZHAD "Daddy?" - ZYA MIKAYLA "In specifically, your sugar daddy?" - ZIYAD AL FALIKH Ziyad Al Falikh pernah bergelar "sugar daddy" pada Zya tiga tahun lepas. Dan, itulah kisah silam yang cuba ditutup kemas olehnya selama ini. Sekarang, bagaimana dia mahu tinggal sebumbung dengan lelaki itu dan menganggapnya sebagai bapa mentua? Gawat! "Zya, I already told you before. Kau tak mungkin dapat lari daripada aku. Kau ingat lepas kau sedap-sedap kikis duit aku, kau boleh berhambus begitu saja? You're mine love. My only one." - ZIYAD AL FALIKH "Saya dan Redza akan berkahwin tak lama lagi. Tuan tak perlu ganggu saya lagi!" - ZYA MIKAYLA "Should we play a game then? Attempt to get rid of me. I want to see how far you can go. You know, sayang... I really miss you."- ZIYAD AL FALIKH Apa akan jadi pada hubungan Zya dan Redza? Apakah Zya mampu lari dari Tuan Ziyad yang sentiasa mengejarnya?
Luth Huzaiman by Flouraena
Flouraena
  • WpView
    Reads 54,157
  • WpVote
    Votes 2,616
  • WpPart
    Parts 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai Anna dan ingin menjadikan Anna permaisuri hatinya.Setelah berjuang lama,akhirnya Anna menjadi miliknya. "awak tak takut ke kalau muka saya ni buruk?" "mata dah cantik,tak mungkin wajah awak boleh jadi buruk" Seperti cerita yang lain,tak mungkin kisah hidup mereka akan terus bahagia tanpa ada cacat cela. "saya beruntung dapat suami macam awak,Luth.Tapi orang macam saya takkan pernah sesuai bersama dengan manusia seperti awak" "saya sedar diri" -LUTH HUZAIMAN-
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 2,141,265
  • WpVote
    Votes 57,609
  • WpPart
    Parts 47
Season 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan bermain dengan nama Allah semata-mata untuk dapatkan kepercayaan saya! Kali ini saya tak akan tertipu dengan encik lagi!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Kenapa flower? Kenapa flower berubah sampai macam ini sekali? Hubby rindukan flower." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Encik dah lupa atau pura-pura lupa? Saya jadi macam ini semuanya kerana encik! Saya bukan lagi Aisya yang dulu! Dan saya bukan flower encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 7 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔, Aisya Qhaisarah Rose kian pulih dari trauma dan kemurungan yang menghancurkan seluruh hidup gadis yatim piatu itu. Bersama semangat dan harapan yang baru, Aisya bangkit untuk membina kehidupannya semula. Dengan menjual nasi lemak dan kuih muih, dia berjaya melupakan peristiwa hitam yang lalu. Namun, kehadiran Riyyadh Syahfiq Zayyhdith, yakni bekas suaminya, telah mewujudkan tembok kebencian yang kukuh di hati Aisya. Saban hari, Riyyadh mengejar untuk meraih cinta dari Aisya. Tetapi, tidak semudah yang disangka. Kerana, Aisya tidak lagi seperti dahulu. Pintu hati gadis itu telah tertutup rapat buat Riyyadh. Tiada lagi nama Riyyadh di ruang hatinya. Jadi, mampukah Riyyadh menagih kembali bunga dambaannya itu? Atau adakah sekali lagi, kisah mereka akan tergantung tanpa penghujung yang nyata? "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"