clodekael
- Reads 1,271
- Votes 47
- Parts 7
"Dua jiwa bertembung di medan perang, bermusuh tanpa tahu -
bahawa kelak, hati merekalah yang akan bertempur paling hebat."
Tuan Azril Luthman, si military prodigy, berimpian menjadi anggota elit tentera. Disiplin, tegas, dan keras hati, dia percaya bahawa kelemahan tiada tempat dalam dunia ketenteraan.
Rafael Iskandar, pewaris muda keluarga bangsawan, dihantar ke kem tentera - bukan atas kehendaknya, tetapi kerana paksaan seorang ayah yang ingin "memperbaiki" anaknya yang liar dan memberontak. Apabila Azril dan Rafael bertemu sebagai rekrut baru, pertarungan antara dua dunia bermula.
Bagi Azril, Rafael melambangkan segalanya yang dia benci - manja, tidak berdisiplin, dan terlalu bergantung pada orang lain. Bagi Rafael pula, Azril adalah lambang dunia yang kejam yang dia cuba lari darinya.
Namun di sebalik dendam kecil, ejekan, dan perbalahan di medan latihan, takdir mula menulis kisah yang lain. Di tengah-tengah derap langkah tentera, peluh, dan dentuman tembakan, sesuatu yang lebih dalam tumbuh perlahan - sesuatu yang tidak pernah diajar dalam mana-mana latihan ketenteraan.
Dalam dunia yang menolak kelembutan, adakah hati mereka cukup berani untuk bertarung demi sesuatu yang lebih berharga dari kemenangan?
Atau mungkinkah medan perang akan memisahkan mereka... sebelum mereka sempat memilih?
[ buku ini mengandungi unsur lgbt , bully , penulisan matang ]